Ahad, 29 Ogos 2010

PASRAH


Demi usiaku
sesungguhnya orang yang mabuk kerinduan
di cela kerana menangisi orang yang dikasihinya
dengan deraian air mata yang bercucuran deras


Mengapa juga engkau menangis
setiap kali melihat kesedihan
yang ada diantara jiwa dan jasad
lalu kujawabkan ia
bahawa sesungguhnya tangisan ini
sebenarnya
ungkapan kerinduanku


Maka biarkanlah aku menangis
kerana disini adalah kepuasan
Masa meratapi dia yang tiada
sesungguhnya menangisi bayangan dan rupanya
pesona hilang ditelan usia

Laranganku engkau endahkan
aku tidak segan-segan memberikan nasihat
agar jangan engkau cuba-cuba lalaikan
renungkan hingga bila tiba waktunya


Mungkinkah
Akalkah atau emosi kah dia......


***********************

2 ulasan:

C L J berkata...

Tidaklah dapat ku bayangkan
kalau jejeran air mata
yang pernah keluar itu
dikumpulkan ke perut tinta
buat menuliskan ungkapan pilu mu
bertaut sirat memintal bimbang
akan musibah kini dan akan datang.

Mashaallah.

SEKALUNG BICARA berkata...

Air mata bagi wanita sudah lumrah.
setiap kesedihan air mata adalah rakan baik.
emosi selalu diluahkan melalui air mata.

Perasaan yang sama dalam ratapan terhadap kebimbangan apakah kelak kita akan menuju baik atau buruk.. semua bukan kehendak kita..usaha supaya hidup kita tidak terlalai. PadaNYA harapan kita... insyaallah.


Terima kasih ya C L J.. boleh saya panggil sifu...terima kasih sgt2 kerana sudi berkongsi inspirasi ini..