Rabu, 21 Julai 2010

WAYANG KEHIDUPAN..


Tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang mengerti
noktah pengabdian hidup ini
sekilas pergi ia tetap pergi
sepantas usia ia jua berlalu


Tinggallah engkau di situ
meniti hari-hari yang kian pudar
mungkin ini jalan terakhir buatmu
menerobos ruang hakikat
mencari sinar
bukan fatamorgana
kerana cahaya itu
sukar untuk engkau hampiri


Ini tidak mungkin
wajah seperti satu persembahan
boneka wayangan ditayangkan
diulit segala keasyikan
merdu suara tok dalang
mengalunkan irama
hingga dini hari


Persis apa yang di olahkan
mendayu dan menghibakan
menjelma satu bayangan disebalik tabir
kerana tabir itu mungkin boleh
melindungi dari kenyataan sebenar
kelak pasti akan hilang
dari segala kepura-puraan


Lantas kemana arah mu
kemana pergi kekuatan dirimu
ya!... aku teruskan pengembaraan ini
sekalipun kegetiran menghalang
mestipun ianya sukar
kepayahan ini amat bermakna
kerana setiap halangan pasti ada kemenangan



***********************

Tiada ulasan: