Isnin, 21 Jun 2010

MASIH ADAKAH SIHIR DI ZAMAN CYBER INI!







Percaya dan tidak percaya je aku ni.
Jiran sebelah rumah aku, dua tiga bulan lepas
aku nengok tubuh badan dia ok je..berisi lah sikit
sejak dua menjak ni aku terserempak dengan dia..
'ehhh pesal ni!... lain betul bentuk tubuhnya, sudah
semakin kurus dan pucat je rupanya', macam orang tak
bermaya menanggung kesakitan.

Aku pun tanya kan kabar dia,
"Emma kamu sihat ke!..
lama tul akak tak nampak kamu,
ni kenapa kamu sakit ye!.
kenapa tak jawab call dari akak semalam,
ingat nak ajak pergi beli barang sikit!.
tapi tak pe la Emma, akak
tau kamu tak sihat"...

"Dengar call dari akak tu,
tapi Emma tak larat
sangat kak nak bangun,
badan bisa2 segalanya sakit,
macam kena hiris je, akak nengoklah
habis tapak tangan dan tapak kaki Emma ni,
buruknya!...
malu nak salam gan orang kak,
dahlah keras macam Emma ni buat kerja berat
sangat,
mengelupas dan luka2 melepoh, sakit
dan gatal tuhan je tau camne Emma
kena tanggung semua ni. Tak tertahan
rasanya akak"

Aku tanya pada Emma
" tak pergi klinik ke!... mana tau alahan pada
makanan laut atau silap makan yang gatal2 kut!"

"Doktor pun cakap semua ni tak tau kenapa,
darah, air kencing,tekanan nadi dan macam2 dah
dibuat semuanya negetif kak. Doktor pun heran
dia kata saya tak sakit apa2 pun".

Memang heran lah, kalau tak sakit kerana alahan
atau apa aku pun tak tau nak kata apa lah.
Kesian sangat2 aku nengok Emma, kepayahan
yang dia tanggong memang memeritkan.
Cuma jalan terakhir dia pergi berubat secara
tradisional atau perubatan batin.

Pak Dukun mestilah mengatakan penyakit ganjil
macam ni selalu di sebabkan oleh perbuatan
kianat dan dengki seseorang terhadap orang yang
dia dendam.
Namun adakah kita percaya setiap penyakit
yang pelik seperti itu kerana disebabkan oleh Ilmu
Hitam!.

Allah berfirman:

"Dan daripada kejahatan tiupan2 ahli sihir pada simpulan sihir:

(Surah al-Falaq - ayat 4)

Ia juga boleh berlaku melalui apa juga benda atau barang yang hendak
diberi atau dihadiahkan seperti pakaian, kasut,buku, cincin, gambar,
khat,minyak wangi,gula-gula dan macam2 lagi. Semuanya boleh dijadikan
perantara sihir untuk mengenakan mangsa.

Ada juga sihir disampaikan melalui angin,makanan, minuman,sentuhan
badan, berpelukan dan bersalaman, tepukan, perbualan jarak jauh
seperti menerusi telefon, pandangan mata serta melalui asap rokok.

Kita selalu beranggapan, sihir hanya boleh dikenakan melalui makanan
dan minuman. Sebaliknya kita tidak terfikir ia boleh dilakukan
melalui apa saja benda perantaraan bomoh dan pawang. Secara
umumnya sihir adalah ' Satu ilmu yang dipelajari dari guru
yang mahir dengan ilmu sihir menerusi amalan kebatinan yang
berlawanan dengan akidah Islam, malah merosakkan dengan
menggunakan jampi mantera yang diajar oleh makhluk halus
bagi tujuan jahat, terhadap seseorang untuk menyakitinya
dengan berbagai2 penyakit hati (rosak emosinya) atau fikiran
tanpa dapat dikesan punca sebenarnya

Kesimpulannya manusia lupa akan kuasa Allah. Setiap perlakuan yang
manusia lakukan mengenai sihir hanya mendatangkan bahaya dan
kemudaratan kepada manusia dan tidak memberikan apa2 kebaikan
malah merosakkan kehidupan dan kesengsaraan.

Firman Allah swt:

"Dan mereka belajar apa yang membahayakan diri mereka
dan tidak memberikan manfaat kepada mereka"

(Surah al-Baqarah - ayat 102)


...................................................

2 ulasan:

fre da berkata...

yang baik datang dari ALLAH.yang buruk dari kita jua.bersabarlah kalau ditimpa ujiannya.Manusia rambut sama hitam .hati lain warna.skkrang lagi la..rambut mcm pencel warna.dah...

salam yong.apa kabar...

SEKALUNG BICARA berkata...

wksalam.

terima kasih sudi singgah.