Jumaat, 25 Jun 2010

LELAKI MUDA CEPATKAN KEMATIAN ISTERI!!!!


Aku terbaca dalam satu makalah yang mengatakan
umur seorang wanita tidak panjang jika mempunyai
suami yang lebih muda darinya.

Berkemungkinan ke!.. tetapi setahu aku umur
seseorang itu bergantung pada cara pemakanan,
cara kehidupan dari segi kesihatan dan kegembiraan
dalam sesuatu hubungan suami isteri dan keluarga.

Kajian dari Sven Drefahl:

Jika selama ini isteri muda dikatakan memanjangkan
hayat lelaki namun jika bersuami lebilh muda pula
memendekkan usia seorang wanita. Kajian dimuatkan
dalam Jurnal Demography menyatakan, " Wanita
yang bersuami antara tujuh hingga sembilan tahun
lebih muda, memendekkan usia mereka sebanyak
20 peratus.

Manakala lelaki yang beristeri muda pula kadar
kematian mereka menurun sebanyak 11 peratus.
Suami muda mungkin kurang memenuhi kehendak
isteri yang lebih tua dan menimbulkan banyak
masalah.

Apapun ajal maut telah ditentukan olehNYA.


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


................................................

2 ulasan:

zeza berkata...

sebenarnya kita ni org pompuan.diduga nasib saja.berkahwin adalah perjudian hidup yang halal.muda ke tua ke..adalah nasib.dan yang penting kita kena bahagia dengan nasib kita..

SEKALUNG BICARA berkata...

terima kasih zeza....

perjudian kadang ada untung dan kadang menyakitkan..... pasrah setiap semua pengalaman yang kita kecapi.....