Khamis, 29 April 2010

HARI INI UNTUK KITA........




Pagi ku..usahkan menunggu petangku.
kerna hari ini kesempatanku menatap dunia.
usah di fikiri kebaikan dan keburukan.
tidak tentu hari esok belum datang.
saat mentari menyinari dan siang menyapa.
pandanglah alam buana.
masakan hidup hanya untuk seketika
akan dilahirkan hari ini dan akan mati hari
ini jua.....

Lantas sedetik minit umpama ribuan tahun
indahnya kehidupan.....,meminta keampunan
dari berbagai dosa,mengingati yang MAHA
ESA..
persiapkan diri pergi jauh mengharapkan
kasih sayangNYA..
hari ini tiada kesedihan
hari ini tiada gangguan,
hari ini tiada kemarahan
hari ini tiada kedengkian dan
kebencian....
"Hari ni adalah MILIKKU"

Ku minum secangkir air dingin
menyegarkan..
"Masa hidupku hanyalah hari ini"
lupuskan segala kekotoran
ucapkan yang baik-baik,...buangkan
kekotoran yang menjijikkan...
usah mencela,mengherdik..
bicaralah dengan lembut...
"Aku hanya akan hidup untuk hari ini"
buangkan dan cabutkan pohon-pohon
kejahatan hingga keakarnya..
dan kupatahkan ranting-ranting berduri
itulah takabbur,ujub,riya' dan
buruk sangka.......

Hanya hari ini aku menghirup
udara segar
wahai masa... pergilah berlalulah
biarkan engkau tenggelam seperti
mataharimu..
aku tak pernah menanggisi pemergianmu
dan engkau tidak akan pernah melihatku
merenung dan mengingatimu...
pergilah dan jangan kembali lagi...

"Wahai masa depan" engkau masih dalam
keghaiban
usah khayalan dan menjual maruah
hanya kerana sebuah dugaan
Kerana esok mungkin tiada
esok penentuan hari
Kerana hari ini adalah milik KITA..

...........................................................

4 ulasan:

Azam Abd Rahman berkata...

:)

kedai buku perintis berkata...

salam,

hari ini ,akan jadi hari esok
tapi esok adalah harapan
yang daharapkan kebaikan

dan bila berlalu hari esok hari ni adalah kenangan.
yang diharapkan adalah kebaikkan

slm

Azam Abd Rahman berkata...

Zeza, tapi apa yg kita makan hari ini akan jadi apa hari esoknya? hehehe

kedai buku perintis berkata...

sdr
akan jadi darah
yg merah