Sabtu, 30 Oktober 2010

ENGKAU MEMANG SUKA MARAH-MARAH




Kenapa
bila engkau menjadi marah
semua perkara engkau terjah
tidak langsung punya sifat kesabaran
dalam jiwa dan dirimu
engkau persis
makhluk yang tidak punya harga diri
melontar kemarahan yang bukan tempatnya
tidak kah engkau sedar
yang engkau telah meletakkan dirimu
ditempat paling rendah
walaupun engkau punya darjat dunia
dik kerana kemarahan yang engkau lakukan
engkau tanpa sedar
merosakkan nilai kejatian dirimu
di lorong yang paling rendah harga dirimu
Kenapa
engkau lupakah
bahawa bukankah kehidupan ini penoh bermakna
andai engkau punya perasaan belas
hidup ini pasti ceria jika engkau punya kasih sayang
Paling hina dan rendahnya martabat dirimu
dik kerana kemarahan yang membuak-buak
akhirnya tiada guna lagi
engkau dihormati
engkau di sanjung hormat
duduklah engkau di tempat itu
tempat yang paling hina engkau rasai
sesungguhnya
Hina makhluk itu adalah kerana
perbuatan mereka sendiri
merosakkan dan memusnahkan
mendewakan kemarahan
tidak pernah punya kesabaran.



****************************





2 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

salam.sahabat.
marah itu api.kalau dekat dengan api.jadilah kita sebaldi air....

SEKALUNG BICARA berkata...

wksalam temanku..

sayang awak.. memanglah kalau dah marah semua berantakan..

ambik jer air sembahyang dan solat itu yang sewajarnya.. jgn ikut hati nanti mati, jangan ikut rasa nanti binasa..