Rabu, 4 Ogos 2010

RUANG YANG KOSONG


Lembayung senja berlabuh
angin menderu sepoi sepoi lembut
mentari kian menghilangkan dirinya
kini aku menanti sang purnama
menjelma dini hari
semakin lama aku mengharap
semakin sempit ruang yang aku nanti

Kemanakah di kau wahai purnama!
aku tetap di sini
menanti dikau tak kunjung tiba
dunia ku gelap terasa
hawa panas kian membahang
tidak ada nya bayu menyapa aku
tidak juga ada kali
membasahi rongga ku yang kehausan
kerana kepanasan ini
semakin mencengkam diriku

Oh dimanakah keindahan itu
aku setia menanti walaupun semua tidak ujud
keujudan itu membuatkan aku terpedaya
semuanya hanya pura pura
semuanya hanya menyakitkan
namun aku tidak mudah mengalah
kerana aku punya jiwa dan rasa
andai dikau cuba mentafsirkan
sedemikian rupa
tetapi aku adalah ruang yang tetap
tidak akan berganjak
biar sekali pun ianya punah
tapi aku tetap pertahankannya


**************


2 ulasan:

zeza berkata...

kalau nak bulan purnama kena masuk PAS.....heheh

SEKALUNG BICARA berkata...

tak nak la bulan hijou zeza... saya nak bulan terang penoh.. baru lah boleh terang dunia ni...kekeke