Rabu, 30 Jun 2010

HARGA SEBUAH IMAN


Tidak bersyukurkah aku!
apa lagi aku nak kejarkan
semuanya sudah ada
keluargaku bahagia
anak-anakku semua berjaya
kehidupanku aman damai dan harmoni

Jelas kini kerana godaan dan haloba
aku lupa diri dan rasa
aku persis seekor pelanduk yang lupa akan jeratnya
aku juga lupa
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua
kenapa aku jadi begini!

Dimana iman dan takwaku
dimana jati diri dan kekuatan mindaku!
apakah aku sudah jadi sang perindu
atau aku sudah jadi sang penafsu serakah
membuat onar dan huru hara
bedanya aku manusia
aku bukan maksum

tapi kerana apa aku jadi begini
ohhhhhhhh
kini aku mula sedar
kerana semua itu tidak kekal
aku merasakan diri ini
seperti dosaku mengejar diriku
hinaku membunuh imanku
perilaku aku hilangkan takwaku
masih adakah ruang taubat buatku!

kerana kejahilan dan kebodohanku
kenapa aku mudah tertipu
aku takut azabmu
peritnya NERAKAMU
aku mahu diriku di ampuni
dari segala dosa dan noda
ampunilah aku




***********************





Tiada ulasan: