Jumaat, 2 Julai 2010

MAKIN TUA MAKIN CEMBURU




Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinasikan cemburu
sebagai kurang percaya atau syak wasangka (takut-
takut) suami punya isteri lain.

Perasaan ini timbul kerana rasa bimbang dan syak
wasangka terhadap kesetiaan orang yang dicintai.

Cemburu juga punya perasaan yang hadir dalam hati
insan tanpa mengira lelaki mahupun perempuaan, kecil
ataupun besar, tua mahupun muda

Hadirnya lantaran rasa sayang terhadap seseorang menyebabkan
rasa bimbang akan kehilangan orang yang disayangi.
Semakin tua usia seseorang itu, cinta yang berputik sebelum
bercinta semasa muda kekal rasa rindu dan cemburu yang amat
mendalam.

Rasa cemburu bukan sahaja wujud dalam sebuah
hubungan suami isteri atau kekasih, tetapi juga adik-
beradik, anak-beranak dan juga rakan sekerja.

Cemburu merupakan naluri manusia yang sukar
di bendung. Satu sifat cemburu yang positif dan
satu lagi cemburu negatif.

Tidak semestinya manusia mampu mengawal
rasa cemburu. Lantaran timbul apa yang dikatakan
sebagai cemburu buta.

Ada kaitan cemburu dengan usia, biarpun cemburu
tidak mengenal batas usia,tapi ada mengatakan
semakin berusia seseorang makin tinggi tahap
cemburunya.Pendapat mengatakan wanita lebih
kuat cemburu berbanding lelaki.

Apapun sebenarnya wanita punya sifat penuh kasih
sayang,menyebabkan rasa cemburunya sering disalah
ertikan.Wanita sangat cemburu bila pasangannya
mula menyimpan perasaan pada wanita lain. Apa
lagi bila pasanganya sudah memberi sepenuh perhatian
pada wanita lain. Ini tanda pasangannya sedang bermain
api dengan pihak ketiga. Cemburu wanita lebih bersifat
emosional berbanding cemburu lelaki muncul dengan
sifat ego yang lebih parah.

Cemburu lelaki disebabkan oleh keegoannya,
kerana bila terusik ia akan menjadi sangat marah dan
cemburu, Antaranya penyebab utama perasaan cemburu
lelaki bila pasangannya punya hubungan dengan lelaki
lain.

Lelaki akan cemburu bila lihat pasangannya jalan
bersama, duduk satu kereta atau semeja makan dengan
lelaki lain. Egonya seolah2 miliknya telah dilecehkan
atau direbut pihak ketiga boleh menyebabkan kemarahan
melampau sampai "menghapuskan" kedua-duanya.

Faktor mendorongnya sifat cemburu kerana usia matang
suami isteri hidup bersendiri tidak bercampur dengan
anak-anak kerana masing-masing telah punya kerjaya
dan ada yang sudah berumah tangga.

Dalam suasana hidup kesepian dan kesunyian maka
rangsangan untuk terus mengekalkan keharmonian
rumah tangga perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Yang penting pastikan sisa-sisa umur yang berbaki
dapat diisikan dengan amalan-amalan yang boleh
menjamin keredaan Allah apabila kita meninggal kelak.

************************

Tiada ulasan: