Memaparkan catatan dengan label Ahad 18 April 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahad 18 April 2010. Papar semua catatan

Ahad, 18 April 2010

JANGAN PENTINGKAN DIRI


Manusia paling baik di atas dunia ini ialah
mereka yang suka membuat kebajikan dan
memberi manfaat pada orang lain dengan
penuh keikhlasan.

Mereka sering mendoakan jiran tetangga
saudara mara dan sesama manusia untuk
kebaikan seperti mana mereka inginkan
kebaikan untuk diri sendiri.Menolong orang
dalam kepayahan walaupun diri sering
dalam kesulitan...

Percayalah, Allah akan mengubah
kehidupan kita menjadi lebih baik andai
kita tidak terlalu memikirkan kebajikan
diri sendiri serta selalu mendoakan
kesejahteraan orang lain. Fikir-fikirkanlah!!.


...................................................................................

KECELARUAN EMOSI




90 peratus individu alami insomnia,ini gangguan sementara.
30 peratus gangguan yang sangat kronik.Penyakit tidak boleh tidur
dengan nyenyak, kurang rehat,tidur terganggu dan kerap tersedar.
Penyakit ini mengakibatkan kehilangan tenaga ,tiada semangat,
kurang daya ingatan dan tumpuan, jatuh sakit,sering mengantuk dan kecewa.

Tekanan emosi akibat perasaan bimbang atau marah,
Pengambilan berlebihan bahan seperti kopi dan minuman tenaga Red Bull,
nikotina, setengah ubat, ramuan herba dan alkohol...Gangguan jam biologi,
faktor sekitar,bunyi bising,panas dan cahaya terang..Masalah kesihatan
seperti ulser kemurungan,diabetes,penyakit buah pinggang,kegagalan jantung,
penyakit parkinson dan hipertiroidisme.Insomnia dikaitkan penyakit psikiatri
seperti kemurungan dan skizofrenia.

Makan banyak sebelum tidor,melakukan aktiviti yang mengeluarkan
banyak tenaga sebelum tidur.Kalangan wanita,warga emas dan individu
yang pernah mengalami kemurungan sering berkaitan.Kerana sukar tidur
dan selalu bangun terlalu awal pagi ,bangun tidak merasa segar,
merasa amat letih,tertekan dan terganggu fikiran.Rasa mengantuk yang
keterlaluan pada waktu siang, kerap terlupa dan sukar untuk memberikan
tumpuan. Jadi untuk mengatasi masalah ini terapi kelakuan teknik yang
efektif, pil tidur untuk memberikan tabiat tidur yang sihat.


......................................................................................................................................