Khamis, 6 November 2014

LUASNYA LAUTAN KEHIDUPAN

Dalam kita melayari lautan kehidupan
yang maha luas ini
kadang-kadang kita sering terleka
adanya laut yang cetek
adanya terumbu yang tajam
adanya beting yang menghalang
adanya juga bangkai-bangkai kapal
yang telah karam

Kerana terlalu luasnya lautan kehidupan
menjadikan kita tiba-tiba lalai
menggunakan carta dan kompas
yang akhirnya
kita sering terkandas
sebelum sampai ke pelabuhan
walaupun rumah-rumah api
sentiasa berkelip-kelip setiap malam










Tiada ulasan: