Selasa, 18 November 2014

14hb NOV 2014 TRAUMA SEPARUH NYAWA..

Hari Jumaat baru ni 14hb Nov 2014 pada pukul 5.00 petang aku di panggil Along masuk bilik pejabat dimana staff aku di pukul dan ditumbuk, katanya di ugut bersama sebilah pisau untuk membunuhnya, Tergamam juga kenapa boleh jadi begitu.

Cerita punya cerita rupanya si Syakirah di pukul oleh boyfriend dia, sampai begitu sekali ganasnya , lalu apa lagi aku bawa dia ke balai polis seksyen 7.. buat lapuran dia di pukul dan ugut dengan sebilah pisau..Ending ceritanya kenapa dia  di pukul aku masih tak faham.. takpe lah.. abaikan dulu cerita si Syakirah ni..

Yang aku nak ceritakan disini macammana boleh aku trauma sangat-sangat.
Lepas buat lapuran, polis beritahu kes ini kena di hantar ke Balai Polis Seksyen 9 pulak untuk tindakan selanjutnya. Lebih kurang pukul 6.30 petang macam tu lah.. aku menuju ke kereta, untuk menghantar lapuran statment tadi. Rupanya boyfriend si Syakirah ni telah menunggu di depan pintu sebelah kedai dobi.. Cuak juga,, terus ajak Syakirah naik kereta dan aku tak fikir panjang pecut ke balai polis ..


                                          Kereta ini lah di pandu oleh Budak Lelaki tersebut.

.
Dalam hujan renyai-renyai dan waktu azan magrib berkumandang aku sampai di lampu isyarat Jalan Kristal antara ICT ke Bandar Shah Alam, Budak lelaki ni tadi berenti kereta di sebelah kanan kereta aku dengan keadaan... Ya Allah tuhan je tau masa tu, Syakira!!! hang keluaq.. aku nak cakap gan hang, kalau hang tak keluaq aku belasah hang satgi.. baik hang keluaq cepat,, tolonglah Syakirah keluaq la. aku nak cakap gan hang saja. Mak cik tolong bagi Syakirah keluaq, saya nak cakap gan dia sat"!!.. huhh dah la perangai dia nak kata kena rasuk mungkin juga..terjerit-jerit panjat kereta aku dengan memanggil-manggil Syakirah di tengah-tengah lampu isyarat tanpa pedulikan orang keliling . Memang menakutkan sekali..Persis nak kata orang gila memang layak pun di gelar orang gila... Macam kena rasuk syaitan pun ada juga ..Hisss jauhkan...bimbang kereta aku di pecahkan itu satu hal..

Budak lelaki tu mengetuk-getuk pintu kereta dan terjerit-jerit suruh syakirah keluar dari kereta. Maunya aku nak buka.. nak mati kena belasah pulak tak pasal-pasal. bila lampu dah bertukar hijau apa lagi.. aku terus pandu kereta dan sampai pulak ke lampu isyarat kedua. Ya Allah mamat sekor ni ikut lagi di belakang kereta aku dan terus parking disebelah kiri..

Tetiba dia keluar dan meletakkan kunci kereta dan budak lelaki ni beredar tidak jauh dari kereta Syakirah, kononnya nak mengumpan supaya Syakirah ni keluar  dan apa lagi  aku lantas memekik menyuruh Syakirah keluar dan mengambil kunci keretanya. Selamat...akhirnya dengan keadaan yang penuh trajis aku pun tiba juga akhirnya ke balai polis dan menghantar surat lapuran aduan tadi...Aku masih terpingga-pingga kes apakah yang berlaku diantara Syakirah dan budak lelaki ni sampai sanggup nak berbunuh-bunuhan.. Hai Macam-macam........

Di akhir cerita ni tadi.. sampai kehari  ini aku masih terasa trauma dan rasa takut untuk berjalan seorang diri untuk pergi ke klinik..Terbayang-bayang situasi waktu senja Jumaat tempoh hari... Mudahan perkara begini tidak akan berulang lagi dengan jalan mengeluarkan surat pemecatan jawatan buat  Syakirah.. Jika tidak tindakan begini aku lakukan memang sampai bila-bila pun selagi Syakirah bekerja di Klinik Najat budak lelaki ini akan menjadi satu ancaman dan mungkin akan lebih teruk lagi perkara yang akan dilakukan kemudian.

Memang rasa terlalu kejam juga tindakan yang diambil. Andainya diteruskan , banyak perkara yang kurang elok telah pun terjadi, etika kerja, lewat datang ke klinik, banyak kerja yang tertangguh serta lembab menguruskan ubat-ubatan dan kemasukan pesakit dalam rekod. Lebih baik pemecatan ini sebelum lebih parah lagi. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna kerana ini melibatkan orang ramai yang datang untuk rawatan.





Tiada ulasan: