Jumaat, 22 April 2011

SELAMAT HARI JADI SAYANGKU



Setiap detik waktu mendewasakan usiamu
kini 21 April ulangtahun kelahiran
tika anjakan masa
membawa seribu kenangan dan ingatan
walaupun engkau kini wahai puteriku
kian dewasa menempuh kehidupan yang kian sulit
engkau tabah mengharungi
apa jua cabaran dan halangan di depanmu
dari sekecil dua jari tanganku
aku membelaimu dengan penuh kasih sayang
hasilnya kini engkau semakin matang
semakin bersemangat kental
tidak takut engkau lalui dugaan yang mendatang
engkau cekal
engkau tabah
itulah sikapmu yang amat aku kagumi sayang
syukur padaNYA
atas pemberian permata hatiku
yang kini telah semakin dewasa
dewasa akan kesusahan orang lain
engkau memberi kebahagian insan lain
dengan kebolehanmu
walaupun engkau tidak punya masa untuk dirimu sendiri
tapi demi tugas mu engkau biarkan usiamu
pada mereka-meraka diluar sana
mendapatkan kepakaran kesihatan darimu anakku
pasrahlah wahai puteriku
kerana itu adalah amal kebaikan yang engkau hulurkan
demi ugama,bangsa dan negara
kidmat mu tiada taranya
kerana setiap kebaikan yang engkau lakukan
Ganjaran disana lebih bernilai
dari sebutir intan permata
aku hanya berdoa buatmu sayang
semuga engkau di permudahkan, diberkati dan
tabah melalui rintangan demi setiap nyawa
yang engkau rawati
Akhir kalam
aku ucapkan Selamat Hari Kelahiranmu
Nornadia Mizra yang ke 28 tahun
dan berkhidmatlah dengan penuh keikhlasan
Semuga perjalanan kehidupanmu mendapat keredhaan
dan dijauhi dari segala rintangan .

**************************************

2 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

mesti dapat hadiah herbalife tu...selamat hari jadi juga untuk sicantek itu...

SEKALUNG BICARA berkata...

yes ziza
hadiahnya melancung ke Bangkok pada 4 hingga 9hb mei ni..
u lama tak jengah ke sini. apa kabar darling i