Sabtu, 14 Ogos 2010

BERSYUKURLAH DENGAN KEHIDUPAN INI


Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan
bahawa engkau tidak punya apa-apa
padahal bumi,langit dan bintang-bintang
disediakan untukmu

Begitu pula taman pertanian
berbagai tumbuhan padi yang melata
bunga-bunga yang beraneka warna
nan harum semerbak aromanya
dan burung-burung merpati yang merdu kicauannya.

Air yang ada di sekitarmu berkilauan bak mutiara
dan mentari yang ada di atasmu
bak emas nan menyala kilaunya

Suku nomad di lereng dan puncak bukit
membangun khemah-khemahnya nan indah
dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain

Dunia dengan segala keindahannya
disajikan untukmu
maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum

Jika engkau bersedih
kerana kejayaan yang telah berlalu
maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali
dengan menyesalinya

Atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya
hanya dengan bermuram durja

Atau engkau telah lalui masa mudamu
maka jangan kau katakan bahawa zaman telah menua
kerana sesungguhnya zaman tidak menua

Lihatlah
sampai sekarang masih kemunculan dari bumi
berbagai tumbuhan yang sangat subur
sehingga seakan-akan berbicara kepadamu
bahawa Dia yang menentukan segalanya.


***********************

Tiada ulasan: