
Aku berlari ke arah senja
rimas pada siang yang berbahang
aku segera mahu membuka tirai malam
menghampar sejadah kasih
untuk sujud rindu
agar cintaku tumbuh menjadi pohon
untuk Kau dan Aku berdakapan mesra
berasmara pada suram redupnya
sehingga lahir dan berkembang suatu rasa
menerawang membelah anid-dunya
yang sifatnya sementara
Kekasih,
Marilah langkahi dunia
kerana balik SANA ada keabadian yang nyata
dan di sini kita hanya di pinta,
untuk mengadun cinta
membakar di relau rindu
agar hangat kasih memutih
dan hati kita menjadi jernih.
Kekasih,
apalah makna cinta,
tanpa abadi dan hakiki
kernanya, lontarkan Dirimu ke AKU
biar kita berpadu
pada Kesatuan Wujud
sehingga segala sesuatu bukan lagi menjadi Dia
tetapi tinggal sebagai AKU.
2 ulasan:
salam
apa kabar.yang terbaik.
sahabat
hati kita milek kita
jiwa kata juga azalinya milik kita
bila kita sudah berkongsi
kemungkinan kita hilang sebahagiannya
mmmmmmmmmmmmmmmm
apa yg saya telah tulis ni..
terima kasih sahabatku.....
akan ku jadikan tinta diariku
.....................
Catat Ulasan