Jumaat, 3 Disember 2010

BELAHAN JIWAKU. DATANG BERTANDANG DEKAT DENGAN KU



Saat ku kunjungi kekasihku,
berkata kepadaku
Siapa gerangan jiwaku
engkau dibalik tabir pintu
lalu ku menjawab
sayang,
yang ada di balik pintu hanyalah aku
engkau keliru dalam mengertikan cinta
kerana dalam ungkapanmu itu
perpisahan antara aku dan kamu

Kini setahun telah berlalu
saatku kembali datang mendambakan kamu
mengetuk pintu hati dengan lembutnya
lalu engkau berkata,
Siapa kamu gerangan wahai sayang
lalu aku menjawab teguranmu itu
lihatlah diri,
masakan tidak mengenaliku
tetapi aku yakin kalau yang ada di balik pintu
tiada lain hanyalah kamu
Engkau lalu bicara
sekarang aku baru memahami erti cinta
dan mengenal dengan sebaiknya
Untuk itu
Silakan masuk, wahai belahan jiwaku



**************

Tiada ulasan: