Selasa, 5 Oktober 2010

HILANGKAH KEINDAHAN HIDUP INI DENGAN BERSERAH!..


Lama
aku terlamun
dalam kesamaran
wajah kedam bingkas ku bangun
dari lena
lantas ku sapu air mata
mengalir di pipi
deras membasahi
setiap wajah kusamku
ku tatapi wajah dicermin kelam
ku renung dan ku tenung
ku lihat wajah kian layu
tidak bermaya dan tidak seindah dulu
tercalit setiap ruang wajah yang penuh dengan kedutan
lantas aku sapukan setiap titik dari atas ke bawah
mindaku tidak keruan tika ini
segalanya bercelaruan
fikiran entah kemana
hati gusar bagai di sayat sembilu
pedih nan membisa
mata kian berbahang terasa
namun air mata tetap mengalir lesu
ku sapukan lagi biar kering
namun ia tetap muncul jua
ku biarkan sahaja
tak kuasa ku hindari lagi
ku renungi lagi
aku terfikir tika ini
apakah aku perlu rempuhi cabaran dan onak ini
tekad ku telah luntur
kenapa aku lemah
ku usirkan jauh-jauh keburukan itu
akan ku lanjutkan tekat ini
aku harus kuat
kuusirkan kedukaan ini
ingin aku hapuskan segala penderitaan ini
kerana aku tahu
tidak akan kekal segala keindahan
biarlah.. yang utama aku sedar
hidup perlu diteruskan
usah diratapi
tekadkan kekuatan
muga apa yang terjadi telah punah dan hilang
pandanglah jauh kehadapan
dunia masih luas untuk di terokai
carilah kebahgiaan dan buangkan penderitaan.


******************


1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

takkan terhenti saat dalam minit yang terus bergerak
takkan terhenti jam oleh masa yang beredar....
setiap masa takkan berundur dan kita juga terus kehadapan..
hakikat diri kita tak dapat dipertikaikan oleh masa yang kita genggam.harungilah dengan sabar dan ceria.jangan bersedih...LAA TAHZAN