Selasa, 21 September 2010

PADA MAKNA DAN RAHSIA



Sayup kedengaran suara takbir
dipagi subuh nan dingin
ku terjaga dari lena
Tiada kicauan burung
tiada unggas berterbangan
tiada wangian kemboja mengharum ruang
tiada cahaya mentari menyinari buana
tiada sepoi-sepoi angin menghembus udara
tiada lagi arus sungai yang mengalir lesu
longlai langkah kakiku
lemah segala urat nadiku
tidak bermaya
tidak berdaya
dimana aku kini


Mimpiku betul-betul mengerikan
terasa terangkat segala tubuhku
di hempas di pulas dan di humban
nun jauh ke dasar
sehingga mehrab sujudku enggan bangun
sehingga bisa putih pantaimu ku suak
kerana duka lara membuatkan aku rebah
aku ingin belas DIA bukan engkau
aku ingin pada Fana dia bukan juga engkau
sehingga misterinya bisa mereka jumpa
pada makna dan rahsia......

Aku lupa bahawa segala akan terjadi
pada kita hamba yang terleka
pada kita yang sering alpa
kita seronok dengan kenikmatan
kita gembira dengan kesenangan
kita lupa yang kita hanya sementara
mengapa mimpi itu cuma aku
aku yang di bawa dalam igauan itu!!!


********************

Tiada ulasan: