Rabu, 16 Jun 2010

INI BUKAN CERITA KEDAI KOPI TAU!!!!!!!






Termenung seketika aku waktu ini, mengimbau kisah lama, aku tiba-tiba teringat
kisah penuh tragis. Memang aku pun tidak tahu nak mulakan cerita macam mana,
baru hari ini kepala aku yang diserang migrine sedikit pulih bila aku telan pain killer,
orang kata bahaya kalau diamalkan selalu, tapi aku peduli apa , asal sakit aku cepat
hilang aku tak kisah, dari aku menanggung keperitan dan kesengsaraan, bahaya ke
tidak itu lain cerita. Aku cuba selami kisah ini, mungkin akan menjadi satu cerita
macam budak sekolah rendah atau cerita kedai kopi.

Tahun 1997 hingga 2005 masa tu aku masih lagi menetap di Segamat Johor, sebelum
aku berhijrah ke Negeri Sembilan pada pertengahan tahun 2005. Aku suka melakukan
semua perkara, dan kerja apa aku tak pernah buat!, semua sudah aku laluinya. Dari
keboringan aku cuba mintak kerja sambilan di Pejabat Imigresen dan Pejabat Pendaftaran. Memang menyeronokkan waktu itu, aku seperti rasa dunia ku bebas dan punya
rakan-rakan sekerja, sebelum ini pun aku pernah bekerja di Jabatan Kerajaan.
Atas sebab tertentu aku meletakkan jawatan.

Mmmm, rakan2 di Pejabat Imigresen yang masih aku ingat lagi, seperti Cik Linda,
Encik Yusuf serta lain-lain aku sudah lupa la pula, namun mereka ini sangat menghormati
dan punya sifat yang baik terhadap aku walaupun aku hanya pekerja kontrek sambilan.
Begitu juga di Pejabat Pendaftaran, aku masih ingat beberapa orang kakitangan disitu,
Encik Shamsi sekarang sudah bergelar Haji, Puan Atiqah sekarang sudah bersara, Allahyarhammah Cik Syarifah Faridah ( telah meninggal dunia )
dan lain-lainnya. Seronok sangat waktu tu. Ingat lagi semasa aku sedang mengemas
kaunter sebelum pelanggan akan masuk untuk berurusan membuat Kad Pengenalan
dan juga mendaftar kelahiran, aku cuba-cubalah melakukan kerja mengambil alih untuk
menanda tanda angka giliran. Memang kakitangan kat sini mesra dan ramahtamah.
Kemunculan seorang Ibu muda bersama seorang bayi kecil dan seorang mungkin Ibu
kepada perempuan muda tersebut, menarik minat ku, aku lantas menghulurkan
angka giliran awal kepada beliau, kerana aku kesiankan bayi tersebut asyik menanggis.

Agaknya kelaparan atau kesejukan mungkin. Puan Atiqah selaku Kerani Kanan disitu
mengambil alih tugas untuk pendaftar kelahiran bayi tadi bersama Ibunya
dan Puan Atiqah menanyakan sesuatu kepada perempuan muda itu. Aku lihat dahi
Puan Atiqah berkerut macam ada sesuatu yang tidak kena, aku memerhati dari belakang
tabir, kenapa ya!. Mungkin ada cerita disebaliknya , aku makin berminat, kemudian
Ibu Muda dan bayi serta wanita yang bersamanya di suruh masuk kebilik kebal,
Puan Atiqah membenarkan aku turut serta, huhhh alangkah gembiranya, bukan senang
dapat peluang sebegini. Aku mendengar penuh khusyuk sekali, Tiba-tiba air mataku
tidak terbendung lagi, terus deras mengalir laju dipipiku. Aku amat sedih dan terharu
sangat-sangat mendengar kisah perempuan muda ini.

Bukan sahaja terharu malah tiba-tiba kemarahan aku membuak-buak, rasa mahu
aku membalas kejahatan yang telah di lakukan terhadap perempuan muda ini. Dimana
kelak masa depan dan apakah ada lagi peluang untuknya....bagaimana pula dengan
bayi ini. Apakah hidupnya nanti punya masa depan dan akan diterima masyarakat!.
Itulah yang aku sedih sangat. Perempuan muda ini telah menjadi mangsa serakah
ganas bapanya sendiri, harapkan ' pagar tapi pagar makan padi' dan umpama juga
'bapak haruan makan anak sendiri', sehingga mengandungkan anak luar nikah. Apakah
nasib beliau!, adakah lagi harapan dan kasih sayang dari seorang ayah terhadap anak
sendiri?.Di manakah perlindungan yang sepatutnya diberikan kepada seorang anak!,
bukannya kerakusan dan gelora hawa nafsu buas dilakukan terhadap anak!.

'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' begitulah nasib perempuan
muda ini. Untuk mendaftar kelahiran bayi, perlu ada bapa atau berbinkan bapanya.
Tapi jika kes sebegini memang sukar untuk pendaftaran.

Aku ni bukan apa, kadang2 kaki menyibuk punya pasal pun ada gak.. sibuk kalah
wartawan penyiaran Utusan Malaysia aku temuramah.. Bila Puan Atiqah keluar
untuk mengambil borang pendaftaran aku mulalah tanya berbagai-bagai soalan.

"Macam mana boleh jadi segini dik!, adik tak melawan ke tindakan ayah
adik tu!, atau terajang jer anu dia", ehh aku lak lebih2. Silap cakap ke
aku ni!.. tetiba je pompuan muda ni merenung aku dengan pandangan
yang penuh kebencian.

Aku terkedu dan rasa malu pun ada, tapi aku buat tak kisah. Aku lihat
tidak ada langsung riak dari wajahnya, macam kosong dan hampa
merenung jauh kedalam mataku. Wajahnya bungkam, lesu dan tidak
bermaya, macam tidak punya perasaan lagi, dan wajahnya hambar
sehambarnya. Tetiba je wanita yang mengiringi perempuan muda
tadi bersuara dengan perlahan.

"Entahlah puan, saya tak tau nak cakap macam mana dah,
puas sudah kepayahan dan keperitan yang ditanggong oleh
anak saudara saya ni!. Dia bukan lagi punya jiwa, jiwa dia
telah tiada, dia hidup pun hanya kerana saya yang bagi
dia jiwa dan semangat,kalau saya tidak ada tak tau lah
apa akan jadi dia ni, mau bunuh diri agaknya!.

"Bayangkanlah selama tujuh tahun dia menanggong sengsara
di jadikan hamba kebuasan nafsu bapak dia puan. Bukan
dia sahaja, malah adik2 perempuan yang lain pun sama
menjadi mangsa serakah bapak dia."

"Waktu benda ni berlaku, emak dia ada ke tak de Kak!"
saya cuba bertanya lagi,

" Memang mak budak2 ni tak de di rumah lah!.
Mak dia mencari rezeki untuk tambah belanja rumah,
tapi ni kah balasan bapak dia pada isterinya!. Rupanya
izinkan bini g kerja, dia punya senang meratah anak
dia sendiri.
Puan cuba bayangkan, sedang tidor bapak budak2 ni datang
menganggu dan melondehkan semua pakaian anak dia!.
Kalau melawan, siap parang sebelah sedia menanti,
tak dipancung kepala atau dirobek perut mau tak
dia nak melawan!. Sudahlah di rogol berulang2 kali
bapak dia siap bagi amaran... kalau kasi tau mak
korang aku bunuh dengan parang ni!".

"Setiap malam kesemua anak2 perempuan dia jadi
mangsa kerakusan bapak setan ni. Puan tahu sebenarnya
bapak dia ni adik saya sendiri, tapi sejak benda ni
berlaku saya sumpah sampai mati saya tak mengaku
adik saya lagi!".

"Saya sayang kan anak sedara saya sebab tu bila
benda ni berlaku, dia ni datang rumah saya di Muar,
wajah dia serabai dan tidak bermaya, saya ingat
dia tak sihat!. Saya bawa dia keklinik untuk buat
pemeriksaan. Ya Allah! haram saya tak tau sungguh,
doktor kata dia ni dah mengandung, tapi tak tau
dah berapa bulan".

"Rasa gelap mata saya puan ketika itu!.Nak pengsan
pun ada, nasib darah tinggi saya belum teruk mana
kalau tidak tah la apa nak jadi!. Saya menanggis
dan peluk anak sedara saya ni, tapi dia memang
dah tak punya jiwa langsung, kita tanya dia, memang
dia akan diam tak bercakap apa pun".

"Saya berkali2 soal namun akhirnya dia kata, bapak
dah rogol saya Mak Ngah!. Dah banyak kali dah, adik2
yang lain semua dah kena gak.Terduduk saya puan!".
Mengigil satu badan ni, hanya tuhan je yang tau
perasaan saya tika itu, nak marah apa bendanya,!
benda dah berlaku!.

'Akak tak buat report polis ker', saya cuba tanya lagi,
"Ishh saya dah buat dah report polis di Segamat, dorang
sudah pun menangkap bapak setan ni pun, semasa
dia sedap2 duk minum teh di kedai tepi jalan Felda
Pemanis 1". Mungkin sekarang ni dia dalam lokap lagi
atau sedang menunggu bicara kes di mahkamah".

"Saya mintak2 biarlah dia dipenjara kan seumur idup
biar dia rasakan, kalau dia keluar pun nanti dia akan
cari anak2 dia dan mungkin dia buat lagi benda2 ni,
itu lah yang saya taknak berlaku lagi. Apalah dosa
bebudak ni puan. Masa dorang untuk belajar telah
dipunahkan oleh bapak setan ni. Mmmm entahlah
puan, saya sedih sangat2 bila fikirkan masa depan
anak2 saudara saya".

Aku mendengar setiap patah perkataan wanita itu,
demi sesungguhnya aku tidak tertahan juga, tertumpah
air mata aku bila dengar setiap cerita yang di luahkan
oleh wanita ini.

Terfikir dalam fikiran aku, apa nak jadi manusia
pada penghujung akhir dunia sekarang!....
Penzinaan dan perkosaan berleluasa sewenang2nya.
Kejahilan dan kebodohan manusia tiada batasan
untuk kebaikan. Kerana nafsu, manusia lupa diri,
kerana wang juga manusia lalai dan dimanakah
jati diri manusia pada abad ini!.

Apakah akan terjadi anak cucu kita akan datang jika beginilah
keadaannya. Pembuangan bayi yang tidak berdosa saban hari
disogokkan dalam dada2 akhbar, macam cerita kedai kopi,
tidak ada jalan penyelesaian.
Kebatilan masih bertambah bukan makin berkurangan.

.......................................................

Tiada ulasan: