
Begitulah juga diri ku... terasa cepat benar masa berlalu, rasanya bagaikan baru dua tiga bulan sahaja anak-anakku berada disisi ku,kini mereka telah membesar dan membawa haluan dan kerjaya masing-masing.
Seperti juga kadangkala kita lebih banyak belajar daripada kesalahan yang dilakukan oleh seseorang daripada kebaikannya.
Hidup ini kadangkala menyeronokkan,adakalanya pula membosankan.Seronok kerana suasana keceriaan dengan kehadiran anak-anak pulang bercuti, kebosanan memberikan impak yang sangat mendalam dalam diri... manakan tidak, tiada sesiapa lagi tempat untuk aku bersuara dan bertukar pandangan,
Betullah kata orang-orang tua dahulu, Anak-anak semasa kecil ditangan-tangankan,tatkala mereka besar rindu-rinduan... teringat akan keletah mereka semasa kecil,berbagai-bagai aksi dan kenakalan mereka lakukan dan kadang-kadang membuatkan kita naik angin, semua perkara mesti ditegur dan silap haribulan berbirat tubuh badan di debik... tapi semua itu dah jadi memori kini.
Cepat masa berlalu, itulah hakikat kita sebagai manusia ini, dari bayi menginjak ke kanak-kanak dan kemudian remaja,seterusnya dewasa dan akhirnya usia dimamah tua jua akhirnya. Itulah perjalanan hidup kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan