Ahad, 23 Mei 2010

KEMBALI BERPUTAR KEHIDUPAN INI


Kerana qadha' telah terjadi
pena-pena telah mengering
lembaran catatan ketentuan telah dilipat
peristiwa telah menjadi memori
hidup menjadi putaran roda se zaman
menyelubungi matahari tanpa cahaya
memutar kembali waktu ke masa silam
berjalan menitip tepian aliran sungai kemuara

Usahlah duka,usah juga pilu
ia laksana badai yang merosakkan cuaca
langit mendung
rintik-rintik turun
membuat air bah dimana-mana
bumi kini tanpa gersang
keindahan bunga,dedaunan sedang mekar di taman

Ibarat seorang gadis manis mengurai pintalan tenunan
ibarat juga seorang meniup bejana dari kulit yang berlubang
ibarat juga seorang menulis di atas air dengan tangannya
usia kita adalah kebahagian dan ketenangan
jangan habisi usia itu sia-sia
usah biarkan malam-malam dalam kekosongan
jangan tukarkan kebahagian dengan ketakutan
dan jangan sia-siakan waktu yang masih bersisa.

........................................

Tiada ulasan: