ETIHAD STADIUM MELBOURNE
PUFFING VILLY
BANDOORA VICTORIA
MELBOURNE CITY
SOVEREIGN HILL
BALLARAT ZOO
Pada 12hb Disember 2012 yang lalu aku telah pergi ke Melbourne negara yang romantik untuk menghadiri majlis Konvokesyen anak perempuan bungsu di RMIT. Banyak tempat aku jelajahi dan mungkin pic yang aku kirimkan ni masih banyak yang tidak ada dalam wall aku. Namun kenangan ke Melbourne masih segar dalam ingatan walau telah berlalu lebih enam bulan yang lalu. Kerana kesibukan tugas2 yang tidak dapat aku elakkan baru hari ini aku dapat berkongsi kenangan aku bersama keluarga di sana.
Walaupun keindahan negara orang lebih baik dari negara sendiri namun seperti kata pepatah "Hujan emas di negara orang lebih baik dari hujan batu di negera sendiri"
Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana penat jerih si bungsu selama 4 tahun menimba ilmu dan merantau sebatang kara di negara orang tapi masih bertahan kejatian sebagai muslimah dan warga negera Malaysia...
segulung Ijazah di genggam dibawa pulang untuk berbakti pengalaman dan ilmu buat negara tercinta.
Insyaallah aku berdoa agar sibungsu menjadi warga Malaysia yang bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan untuk dikongsi bersama bukan semata2 kepentingan diri sendiri.
*****************************