Sabtu, 22 Mei 2010

KALUT HIDUP INI


Manusia makin kejam...
tidak ada ruang lagi untuk kita..
mengukir seribu kebahagiaan...
di sana sini manusia egois..
perlakuan ganas dan tidak berperi..
apakah dunia kian punah! dik kerana
kekejaman manusia kini!...

Lantaran berbagai sendiket penjualan..
warga asing tidak upaya dibenteras.
ada hitam,ada putih dan berbagai..
tidak betah untuk di basmi lagi..
umat ini kini semakin rakus..
menyelami hasil usaha pribumi
segala macam telah mereka curi..
tidak kira bidang apa ..

Hasil itu kini mereka seludup..
mereka jual dan mereka ambil tanpa
sedikit rasa prihatin pada kita..
ada yang ganas, membunuh, merompak,
memperkosa..malah memperdagangkan
anak tempatan tanpa rasa bersalah..
Inikah kegembiraan kita kini..
makin kita leka.. makin kita maju..
maka makin sukar diri kita ..

Hidup kini mengejar kemewahan..
tidak kira apapun..asalkan kecukupan
biar haram tidak mengapa.
kerana hidup perlukan wang..
kejujuran dilempar jauh
kebatilan diagong-agongkan...
apa yang ada kini?..
cuma kehancuran dan kemusnahan.....

............................

Jumaat, 21 Mei 2010

WANITA PENTINGKAN WANG, LELAKI PULA PENTINGKAN NAFSU.


Jika statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dijadikan
ukuran, sahlah lelaki tidak pandai mengurus kewangan. Lelaki suka berhutang
tapi tidak pandai melunasinya. Walaupun wanita diketahui hobinya membeli
belah tetapi hutangnya tidaklah separah lelaki. Mereka lebih pintar mengurus
kewangan.

Jangan marah wahai kaum lelaki diluar sana jika dikatakan bahawa kaum
lelaki suka memikirkan tentang seks. Malah ada kajian mendapati mereka
memikirkan seks setiap tujuh minit. Tetapi tidak wanita, perkara utama yang
mendominasi minda wanita ialah wang, bukan seks. Ironinya, lelaki menggunakan
wang untuk tujuan seks atau mengharapkan kepuasan seks. Walaupun masih
perkasa tetapi selalu terpedaya membeli ubat kuat, jamu, madu Arab, minyak herba
dan bermacam lagi ubat kuat.

Aneh, ada pula yang sanggup mengubahsuaikan kejadian Allah supaya lebih mantap
walaupun wang disaku tidak seberapa, dan juga sanggup berhabis wang untuk membeli
seks. Kenapa pula wanita lebih memikirkan wang berbanding seks?. Wanita tidak mampu
kerana selalu bimbang mereka tidak mampu berdikari dari segi kewangan.Umur
mereka pun lebih panjang daripada lelaki. Mereka perlu membuat tabungan awal
dan jumlahnya harus besar. Umur panjang belanja pun makin tinggi. Pokok pangkalnya
wanita perlu berusaha mengumpul wang dari awal agar tidak merana di usia tua.
Munasabahlah apabila minda mereka lebih tertumpu kepada soal wang.

(Menurut Statistik AKPK, dari 2007 hingga Febuari 2010 seramai 25,107 atau 69
peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredi di agensi itu
adalah golongan lelaki)...

...............................................

KIFARAH BUATKU


Pagi ku bangun suasana seperti binggung.
mataku bebayang kelam ..
sayup kudengar suara azan..
mendayu sahdu memanggil insan..
bangunlah kalian dari lena dan mimpi..

Seperti ada satu bebanan menghempap diriku
perit membisa menusuk hingga ke tulang.
pedih kulitku umpama bara membakar..
kepalaku pusing ligat ..
tubuhku lesu tidak bermaya.
kenapa aku begini?
mungkin aku akan pergi untuk selamanya?.
peluh dingin membasahi bajuku
ohhh adakah aku ....................

Sepantas itu aku sedar
kini baru ku tahu..
rupanya aku mengalami kurang upaya
dan kesihatan ku terganggu seketika
memang dahsyat jika begini
aku rasa baik aku sihat selamanya..
kerana bila kesihatanku tergugat
segala tenaga lumpuh dan tidak berdaya
Kini aku pasrah.
kerana kesakitan itu adalah kifarah buatku
semuga aku sedar diri


..........................................

Khamis, 20 Mei 2010

BINGGUNG DENGAN KERENAH BAPA YANG GATAL...


Kisah seorang anak yang amat kecewa atas perlakuan bapanya mempunyai perempuan simpanan dan menduakan ibunya..


SAYA berusia 14 tahun, anak sulung daripada lima beradik. Bapa seorang ahli perniagaan berjaya dan ramai wanita cuba menggodanya. Suatu hari, saya terbaca satu mesej yang dihantar seorang perempuan yang menunjukkan mereka sedang berkasihan. Saya kecewa bapa curang kepada ibu, tetapi perkara ini hanya saya dan adik kedua mengetahuinya. Kami tidak memberitahu hal ini kepada ibu kerana takut apatah lagi dia amat menghormati bapa.


Namun, dalam diam, bapa keluar dengan perempuan lain. Saya tidak mahu mempunyai dua ibu. Paling merunsingkan, saya takut perempuan itu hanya mahu mengikis harta bapa.Ibu pasti kecewa jika mengetahui hal ini. Jadi, apa yang patut saya lakukan. Adakah saya perlu memberitahu ibu atau bapa supaya berhenti membuat dosa ini? Perkara ini mengganggu pembelajaran saya,

Kesimpulannya:

Bukan mudah melalui saat-saat sukar mengetahui suami yang disayangi mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Apatah lagi apabila mempunyai seorang isteri yang baik, lemah lembut dan menghormati suaminya. Masalah rumah tangga ibu bapa sering kali membuatkan anak-anak menjadi tertekan dan mengganggu pembelajaran. Perkara ini ada kalanya tidak disedari ibu bapa dan menganggap masalah serta tingkah laku mereka tiada kaitan dengan emosi anak-anak. Yang berlaku adalah sebaliknya. Anak-anak akan cepat merasa sensitif dan terkesan dengan perbuatan ibu bapa dan kurang adil membebankan anak-anak dengan masalah peribadi mereka. Harapan anak-anak ialah untuk mempunyai keluarga bahagia juga berharap ibu dan ayah sentiasa setia dan hidup aman harmoni.


Realiti kehidupan ialah pasangan suami isteri menghadapi pelbagai dugaan kehidupan perkahwinan. Seperti perkahwinan ibu dan bapa , ada yang berlaku curang. Anak-anak merasa takut akan kehilangan kasih sayang ibu bapa jika terjadi sesuatu dalam sistem kekeluargaan seperti berlakunya konflik rumah tangga. Kehadiran orang luar dalam sesuatu keluarga memang boleh menggugat keharmonian.


Wang adalah antara faktor daya penarik kepada sesuatu hubungan. Tidak hairan jika lelaki termasuk suami orang yang banyak wang lebih mudah mendapat teman wanita. Bagaimanapun, tidak tahu sama ada wang adalah punca utama perempuan simpanan mengejar suami orang. Dalam bercinta, banyak faktor lain boleh menyebabkan wanita terpikat dengan seorang lelaki. Ada kerana cinta atau merasakan sudah berjumpa dengan orang dapat mengisi kekosongan diri. Jika benar, teman wanita itu ingin mengikis hartanya, lelaki paling malang kerana tidak dapat membezakan antara cinta sejati atau palsu. Dia juga malang kerana gagal melihat pengorbanan setia isterinya. Apapun jalan yang di pilih, dia bertanggungjawab pada akibatnya.


Jika lelaki itu seorang yang bertanggungjawab dan tidak mahu melihat anak dan isterinya merana kerana perbuatannya pasti dia tidak akan meneruskan hubungan sulit dengan wanita lain. Konflik rumah tangga adalah sesuatu yang perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran oleh pasangan yang menghadapinya. Hubungan sesorang lelaki dengan perempuan simpanannya tidak bermakna dia tidak lagi menyayangi siterinya atau anak-anaknya. Kasih sayang boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Bagaimanapun, sebagai seorang suami, lelaki berlaku curang kepada isterinya, dan tentu isterinya akan merasa kecewa. Orang yang bercinta, tanpa mengira usia, pada waktu itu seperti dirasuk rasa cinta akan hanya dibuai dengan rasa keindahan dan keseronokan. Perkara lain bukannya tidak penting, tetapi kurang diberi perhatian kerana nikmat cinta itu memang indah.


...........................................................


Rabu, 19 Mei 2010

ANAK SANGGUP MENYEMBELIH IBUNYA GARA-GARA DITEGUR AKAN KESILAPANNYA


Hanya kerana berselisih faham, seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila tergamak menyerang ibu kandungnya sendiri dengan parang sehingga menyebabkan warga emas berusia 65 tahun itu berhempas-pulas mempertahankan diri ketika kedua-dua mereka bergelut selama beberapa minit. Bagaimanapun, kudrat wanita itu tidak berupaya melawan tenaga lelaki berusia 36 tahun mengakibatkan mangsa ditetak beberapa kali pada anggota badan termasuk di leher, tangan dan bahu sebelum dibiarkan terbaring berlumuran darah.


Peristiwa berdarah di sebuah rumah di Parit Bakar di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin, bermula apabila lelaki terbabit yang dipercayai menghadapi masalah mental, tidak puas hati teguran ibunya sehingga mencetuskan perang mulut.


Dia yang tidak puas hati bertindak di luar batas apabila mengambil sebilah parang panjang sebelum mengugut untuk mencederakan ibunya. Namun, ibu terbabit masih berusaha memujuk anaknya yang naik minyak itu sebelum dia ditetak di leher dan beberapa bahagian badan lain.

Selepas itu, suspek langsung tidak cuba melarikan diri sebaliknya duduk bersebelahan ibunya yang parah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, bagi mendapatkan rawatan. Mangsa dilaporkan stabil danmengesyaki suspek mempunyai masalah mental, namun perkara itu tidak dapat dipastikan.


.............................................




Selasa, 18 Mei 2010

JADI JANDA PADA MALAM PERTAMA





Macam-macam manusia dalam dunia ni.

Madinah:

Selepas bernikah, dua pasang pengantin lelaki adik
beradik yang berkahwin dengan wanita dari
dua keluarga berlainan bersiap sedia untuk meninggalkan
majlis sebelum pulang buat pertama kali ke rumah suaminya,
seorang pengantin perempuan diceraikan, gara-gara masalah
yang ditimbulkan oleh keluarganya di majlis perkahwinan mereka.

Kerana pertelingkahan berebutkan tempat duduk
majlis makan pengantin yang kononnya didakwa tidak
menyumbangkan kos meja tersebut. Keadaan bertambah
kalut bila keluarga pengantin yang diceraikan berbisik
kepada penyanyi di majlis itu supaya memalukan
pengantin seorang lagi sebagai kedekut.

Apabila pertelingkahan berlaku, pihak pengantin lelaki
cuba campur tangan, si abang menegur isterinya dan akhirnya
pengantin lelaki tersebut hilang sabar dan menceraikan
isterinya yang baru dinikahinya di situ juga. Tetamu
yang terkejut cuba menyelamatkan keadaan tetapi
usaha mereka tidak berjaya.



.......................................

BEGINIKAH NASIB DIRI!....





Seorang tua berjalan terhoyong hayang
menumpang diri pada si tongkat
tatkala itu aku pinggirkan diri
mendapatkan dirinya situa itu
namun aku cuma usaha
membimbing diri dengan kepayahan

Mungkin suratan dan nasibnya
DIA lebih tahu dan mengerti
akan maksud itu
Malang si tua rupanya
menghayunkan kaki yang lemah
longlai tidak bermaya
di satu ketika diri terhumban
di atas segala keperitan
di mana anak- anakmu
di mana isterimu..
di mana semuanya orang
mengasihimu?


Akhirnya engkau tumpas
di dalam duniamu yang tewas
tiada siapa yang mengerti
maksud tersirat dan tersurat
Hanya doaku pada yang Esa
muga engkau tabah dalam
mengharungi keperitan itu..

..............................

Isnin, 17 Mei 2010

AKSI PANAS PENGKID DAN LESBIAN..



Pesta 'jilat dan lekat'.....
apakah itu makna tersirat..
khusus buat pengkit dan lesbian..
pesta yang menjijikkan..
bebas bercumbuan, berpelukan
dan menari dengan aksi ghairah?..
disamping pertandingan 'drag
king'..






Apakah makna semuanya ini..
wanita berwatak lelaki tanpa
rasa segan silu turut menari
mengayakan aksi berahi seperti
watak lelaki.. menggoda pasangan
tanpa rasa bersalah menjilat pasangan
di tengkuk, dada serta bawah pusat
sambil meliuk lintok seksi..






Sudah mahu jadi apa..
dunia sudah tidak sempurna lagi
maksiat tidak lagi diendahkan
ajaran sudah di buang jauh-jauh
manusia sudah alpa.. akan lumrah
kejadian...
jangan nanti bala diturunkan
kelak tiada guna penyesalan..
tika itu tahulah untung nasib
kita... jangan kita dihukum seperti
zaman Nabi Luth..

Bertaubatlah sebelum hukuman
ditimpakan kepada hambanya..
kerana kekejaman kita
tiada makna lagi sesudah itu.....

....................................

KEKASIH PAKAI BUANG


Sebilangan gadis sanggup menggadai tubuh menjadi kekasih pakai buang.
Kerana keseronokan berhibur setiap 24jam pada hujung minggu dari
satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain demi keseronokan tanpa batas,
dan sanggup pula menjual maruah diri dengan meneguk minuman keras
dan mengambil pil khayal yang popular dengan gelaran pil lendir.

Malang sungguh gadis terbabit sanggup pula bertukar pasangan
setiap minggu asalkan dapat berhibur di pusat hiburan dengan percuma.
Hanya dengan menggoyangkan kepala tanpa henti diiringi muzik bingit
lupa ajaran agama,lupa ibubapa keluarga di kampung halaman kerana
terpengaruh kepada perbuatan maksiat.

Gejala tidak sihat ini menjadi petanda betapa remaja hari ini kian lemas
dengan aktiviti tidak bermoral. Kejadian ini mungkin berlaku di bandar
besar, tetapi tidak mustahil ianya akan berjangkit ke kawasan pinggiran
jika tidak dibendung dengan segera. Sepatutnya remaja ini perlu muhasabah
diri apakah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup. Remaja perlu
memikirkan masa depan dan tidak mensia-siakan dengan merosakkan
diri sendiri.


Jangan salahkan pemilik pusat hiburan sahaja kerana menyediakan
pelbagai hiburan melampau, tetapi dalam masa sama kita juga perlu
salahkan diri kita jika terbuai dalam keseronokan yang sementara.
Ibu bapa juga jangan mudah melepaskan anak masing-masing hingga
ada yang tidak pulang kerumah dan memberikan kebebasan konon
anak mereka sudah dewasa dan tahu apa yang dilakukan. Selain dari
kawalan gadis juga perlu ada jati diri yang kuat, didikan agama dan
dekatkan diri dengan perkara kebaikan kerana jika hanyut sukar
untuk kembali ke pangkal jalan.


Sumber Harian Metro Ahad

.....................................

Ahad, 16 Mei 2010

DIMANAKAH PERASAAN DAN SOPANMU?





Aku rasa aku memang kecewa sangat..

Patutkah aku jadi marah macam ini..
salahkah aku jika aku singgah sebentar
ditempatmu...
aku menumpang lalu..
bukan aku nak buat apepun..

Aku mengeluh kerana kepenatan
aku cuma tumpang berlabuh..
apakah salah aku ..
jika engkau tidak sudi..
aku tak kisah..

tapi engkau memang
manusia durjana.
tidak punya perasaan dan hati
perut...
tak payahlah nak marah-marah
gunakan budi bicaramu dengan
berhemah..
Tidak salah kan!..

Kerana bahasa itu menunjukkan
pekerti seseorang..
Hilang bahasa maka hilanglah
maruah ..
Caramu seperti orang hilang akal.

Kesihan pada isterimu disamping
kerana punya suami yang rendah
nilai jati diri...
aku melihatkan engkau dari jauh
perasaan cuak dan benci
akan sifatmu yang kasar
bersopanlah dengan insan lain
Apakah sukar untuk kau
lakukan??


..............................