Sabtu, 6 Mac 2010

IGAUAN ATAU MUNGKIN PARALISIS






Bermula pada tahun 2005 hingga la 2008,perpindahan suamiku ke Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak, di Jerantut Pahang.Selama tiga tahun hubby disana,kadangkala aku dan anak-anak menetap disana beberapa waktu.Kemudian kami kembali semula ke Seremban kerana anak-anak masih ada yang belajar di Kuala Lumpur dan Seremban.

Ini nak bercerita pasal rumah tempat tinggal di PPPTR iaitu tempat kami sekeluarga menetap yang telah disediakan oleh pihak Jabatan.Rumah ini sangat besar,maklumlah banglo dua tingkat,mempunyai bilik tidur tujuh bilik,bilik airnya pula empat buah kesemuanya.Memang besar,dengan suasananya di puncak bukit dikelilingi kehijauan pohon-pohon rendang dan pohon-pohon buah-buahan.Memang sangat nyaman dan sunyi sekali. Seronok tinggal disitu, tapi pernahlah pada suatu bulan tu,aku ingat dalam bulan jun 2007,semasa anak-anak cuti semester, kami tinggal dalam dua minggu lebih kurang,

Sebelah siangnya anak-anak bersiap-siap mengemas rumah, disebabkan begitu lama kami tidak tinggal hanya hubby ku yang senantiasa tiada masa untuk mengemas rumah kerana kerjanya yang sentiasa sibuk saban waktu,penat mengemas sampai ke malam masing-masing tertidor kepenatan.Hubby masa tu pergi merasmikan program Anak-anak Yatim di Maran ,waktu itu lah aku tertidor keseorangan diatas sofa ditingkat bawah.

Rasanya suamiku tiada dirumah dikala itu,tapi siapa lak yang menindih dan memelukku...begitu beratnya tubuh suamiku.. tak mungkin..takkan besar betul tubuh suamiku..aku lemas, tak berdaya hinggakan nafasku tercunggap-cunggap,aku cuba membaca segala macam ayat-ayat suci AlQuran namun semua tidak dapatku sebut dan tersekat-sekat... Memang sakit dan siksa sekali,, aku cuba berkali-kali pun tak lepas juga..Akhirnya setelah selesai ayatul kurshi aku habiskan barulah tubuhku terasa ringan dan aku cuba bangun..Kisah ini memang benar terjadi keatas diriku..Sehinggalah pada akhir tahun 2008 suamiku dipindahkan ke Kuala Lumpur, rumah itu mungkin terlalu lama dan kadang-kadang penghuninya berbagai-bagai.Maklumlah bila kakitangan ditukarkan bersilih ganti,kadang-kadang dibiarkan kosong agak lama..Orang kata mungkin adalah penunggu yang menunggu dirumah tersebut apabila manusia tidak menetap disitu.. Agaknya la....

Dari segi saintifik perubatan pula perkara ini disebabkan...APABILA mula sedar dari tidur, Sistem Pengaktifan Retikular (RAS) dihidupkan'kembali, namun adakalanya otak mengambil sedikit masa untuk mencetus isyarat elektrikal kepada keseluruhan fungsi tubuh. Itulah yang membuatkan seseorang mendapati dirinya tidak boleh bercakap atau menggerakkan anggota badan.

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan

Jumaat, 5 Mac 2010

NATRAH-CINTA.PERJUANGAN DAN AIRMATA


Natrah (1937-2009) Nadra@Hurbedina Maria Hertogh@Bertha mengegarkan Singapura pada 1950 sehingga mendapat perhatian seluruh dunia.

Rusuhan pada 12hb Disember 1950 di Singapura ekoran keputusan Mahkamah mengarahkan Natrah di hantar pulang ke Belanda selepas lapan tahun dibesarkan oleh ibu angkatnya,Che Aminah Mohamad sebagai muslim di Kemaman Terengganu.

Sebelum ini tidak pernah diberi perhatian selama ini apabila kes Natrah diperkatakan iaitu agenda penjajah, Inggeris dan Belanda dalam mengembalikan maruah mereka yang tercalar oleh kekalahan baik di Tanah Melayu mahupun Indonesia.

Malahan agenda penjajah berhubung rusuhan terbabit turut mendedahkan betapa kes Natrah menjadi punca penyatuan penduduk Islam pelbagai bangsa di Singapura tanpa mengira fahaman politik mereka untuk bangkit menentang penjajah.

Rusuhan yang mengakibatkan 18 terbunuh dan beratus-ratus cedera selepas mahkamah memutuskan Natrah dikembalikan kepada bapa kandungnya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, mendapat sokongan daripada negara yang berjiran dan penduduk Islam seluruh dunia.

Natrah yang dilahirkan di Bandung pada 24 Mac 1937 terpaksa diserahkan ibunya, Adeline kepada Che Aminah ketika kanak-kanak itu berusia lima tahun selepas bapanya yang berkhidmat dengan tentera Belanda di Jawa, menjadi tahanan Jepun.

Wanita berketurunan bangsawan dari Terengganu yang menetap di Jawa dan fasih berbahasa Jepun itu bersetuju dengan tawaran Adeline atas dasar kemanusiaan dan ketika perasaan antipenjajah memuncak, membuat keputusan membawa pulang Natrah ke negeri asalnya demi menyelamatkan kanak-kanak malang terbabit.

Di Kemaman, Natrah dibesarkan sebagai Muslim dan dilimpahkan dengan kasih sayang serta kemewahan sehingga tidak dibenarkan membuat sebarang kerja rumah, tetapi tetap diberi pendidikan tegas, pegangan agama yang kuat dan hidup dalam lingkaran adat budaya Melayu.

Langit tidak selalunya cerah apabila Pentadbir British di Wilayah Timur, A A Locke melihat Natrah ketika menyertai pertandingan senaman anjuran Jabatan Pelajaran Negeri sehingga mendorong pegawai Inggeris itu menyelidiki latar belakang Natrah dan mengunjungi rumah Che Aminah tetapi menyembunyikan muslihat sebenarnya.

Kesan pertemuan itu apabila Locke memperdayakan Che Aminah agar membawa Natrah ke Singapura bagi membincangkan hak penjagaan Natrah dengan Konsul Jeneral Belanda dan berjanji menyokong serta membiayai keperluan Che Aminah untuk menyelesaikan masalah pemilikan itu.

Che Aminah yang tidak menyedari muslihat jahat penjajah sehingga bersetuju membawa Natrah ke Singapura yang berada di bawah tadbir British sehingga memudahkan usaha ‘merampas’ Natrah demi maruah penjajah dan serentak itu undang-undang Islam diperkotak-katikkan.

Che Aminah cuba membawa Natrah pulang semula ke Kemaman selepas disogok pegawai Konsul Jeneral Belanda yang menawarkan wang ganti rugi S$500 kepadanya agar melepaskan anak angkatnya, tetapi sebelum sempat bertindak, beliau menerima surat daripada Ketua Hakim Mahkamah yang mengarahkan Natrah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura (JKMS) ekoran surat saman 124 Konsul Jeneral Belanda.

Ketika Natrah ditempatkan di Girls Homecraft Centre, Che Aminah berusaha mengambil tindakan undang-undang dan menyerahkan afidavit untuk membatalkan tindakan mahkamah melalui peguamnya, Ahmad Ibrahim, sehingga gadis itu yang berusia 13 tahun ketika itu dipulangkan semula kepada ibu angkatnya itu.

Kemenangan Che Aminah dilihat sebagai anugerah Allah bukan saja kepada wanita itu, bahkan bangsa Melayu dan agama Islam, tetapi wanita bangsawan itu sekali lagi tersilap percaturan apabila menikahkan Natrah dengan Mansor Adabim anak kawan baiknya di Singapura sebagai usaha menyelamatkan mereka.

Disini dapat di lihat dengan jelas bagaimana ketidakadilan dibentangkan dalam perbicaraan di mahkamah, sekali gus menyorot perjuangan umat Islam yang bersatu hati untuk menyelamatkan maruah agama sehingga semua masyarakat Muslim Singapura bersatu untuk menyelamatkan nasib Natrah.

Press turut mendedahkan Laporan Suruhanjaya Kes Natrah yang menyalahkan polis Melayu apabila rusuhan tercetus tidak benar dan hakikatnya provokasi penjajah yang melampau batas terhadap agama Islam melalui laporan akhbar milik mereka.

Natrah meninggal dunia pada Julai 2009 lalu .Masyarakat Melayu-Islam yang berasa terhina dengan provokasi akhbar penjajah, akhirnya bersatu menentang penjajah Inggeris sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan beban rusuhan nyata memberi tekanan perasaan yang maha hebat kepada Natrah hingga keliru terhadap Islam sehingga ke akhir hayatnya.

Kisah Natrah ini memberi impak yang amat besar supaya kita sama-sama dapat membendung isu murtad di kalangan masyarakat Islam dan menarik perhatian pihak berkenaan untuk memberi perhatian kepada undang-undang hak penjagaan anak dan perkahwinan pasangan yang berlainan agama.

Khamis, 4 Mac 2010

SOLAT LIMA WAKTU


Rahsia dan Manfaat solat 5 waktu.

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Rabu, 3 Mac 2010

PENGAJARAN BUAT MU


Syukur sekiranya benar dia ditahan. Saya berharap selepas ini tidak lagi menerima iklan lucah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu kehidupan kami.”
Itu adalah luahan eksekutif pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Zahid, 38, sebaik membaca laporan akhbar semalam bahawa seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka ditahan kerana disyaki menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS.

“Jika dia ditahan, doa saya dimakbulkan kerana dia (dalang penyebaran klip video lucah) menghantar SMS secara rambang tanpa mengetahui sama ada ia diterima pelajar, wanita atau orang tua,” katanya.

“Ini kerana di rumah, saya dan anak menerima SMS yang sama tanpa kami ketahui daripada mana penghantar mengetahui nombor telefon kami,” katanya.

Katanya, penahanan lelaki itu adalah satu kejayaan pihak berkuasa terutama apabila orang yang disyaki hidup mewah termasuk memperolehi pendapatan sehingga RM11 juta.

Zahid berkata, dia percaya ada antara pelanggan adalah mereka yang melakukan kesilapan terbalas SMS berkenaan dan akhirnya terpaksa menanggung bil yang tinggi.

Saya mempunyai rakan yang terpaksa menanggung bil hingga lebih RM100 daripada aktiviti SMS membabitkan nombor yang sama dan akhirnya dia terpaksa ke kedai syarikat telekomunikasi untuk menyekat daripada terus menerima SMS berkenaan.

“Saya berharap pihak syarikat telekomunikasi supaya bertanggungjawab dan prihatin dengan aktiviti pekerja,” katanya. Minggu lalu Harian Metro menyiarkan luahan Zahid yang bimbang dengan kegiatan pengendali laman web lucah menghantar SMS secara rambang.

Ini kerana SMS dengan perkataan lucah dan ‘power’ tidak sesuai menjadi tatapan manusia yang mempunyai perasaan malu terutama kanak-kanak dan remaja.

Antara SMS diterima orang ramai hanya berbunyi: “Ingin lihat aksi panas dari gadis montok. Dijamin teruja. Balas OK sekarang! 18 tahun ke atas sahaja!” Selain itu, SMS lain berbunyi: “Lebih 100 video ‘home made yang terpanas’ untuk koleksi anda. Jika mahu, sila balas YA. Yang pasti SEKtified. Hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja. Warning!” Bagaimanapun, sebahagian besar SMS yang dihantar terlalu lucah dan mengaibkan menyebabkan banyak pihak menggesa pihak bertanggungjawab supaya bertindak tegas ke atas mereka.

Dilaporkan kehidupan mewah pengurus syarikat telekomunikasi berkenaan hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta membongkar kegiatannya selama ini - menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS, sejak setahun lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah.

Namun, kegiatan itu terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, selepas menerima laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu.

BIARLAH.............


Sejak kita ditakdirkan ketemu
memupuk kasih dan cinta
indah dan terlena dibuai dek
belaian manja dan kasihmu

Saban hari ku rasakan dunia
indah bak firdausi mendamaikan
mengasyikkan
tawa ria dan gurau senda
kita bersama
mendambakan keintiman

laksana uda dan dara
romeo dan juliet
waktu itu aku leka
aku lupa diri
aku hilang arah tujuan
terkedip mata nan silau
bulan nan indah
bintang dilangit berkerlipan
matahari menyinari alam
angin meniupkan ayat-ayat
cinta

Embun pagi menyejukkan
sesejuk hati ku tatkala itu
ohhhhhh memang indah
tiada yang lebih indah

Kenapa kah keindahan dan
kenikmatan ini tidak berpanjangan
aku di sisihkan
di tinggalkan keseorangan
menanggung kerinduan
dimana gelak ketawa yang dulu
dimana ........

Ayat-ayat cinta palsu
ayat-ayat merindu ku buang
jauh dari sudut hatiku
biarlah... biarlah
setiap detik itu aku
akan simpan
walau perih dan luka
tidak akan semboh
biar bernanah
sampai hujung nyawaku
aku akan tetap jadi aku
aku hanya insan
insan yang sering
menanggisi
nasib dan nasib

tatkala malam
aku terkedu
aku tersendu
ohhhhhhh
biarlah....... biarlah........
pergilah .....
pergilah......
hanya jiwa dan jasad
terkubur
bersama ingatan
nun jauh didasar
tidak akan kembali
biarlah..........biarlah......

Selasa, 2 Mac 2010

ROTI ROTI...

Hari ini aku rasa nak makan roti pulak.. teringat satu resepi, jadi aku pun buat sebuku roti bun.Pastikan aku nak roti aku gebu dan sedap dimakan. Nasib baiklah roti yang aku buat ni menjadi juga.

Aku ada petua untuk menjamin roti yang disediakan akan naik dengan elok.

1) Bagi mendapatkan hasil roti yg memuaskan, bahan2nya
perlu disukat dengan betul.

2) Pastikan kita menggunakan tepong yg berprotin tinggi

3) Teknik menguli dan membakar betul juga memainkan
peranan penting dlm mendapatkan hasil roti yang
lembut dan berkualiti

4) Pilihan yis yg baru dan terbaik amat penting

5) Gunakan 'bread softener' untuk mendapatkan
roti yg lembut serta gebu

6) Gunakan 'bread improver' ada dikedai2 untuk
memendekkan pengembangan doh,rasa yang
lebih enak serta lebih lembut.

7) Dlm proses mengadun doh,masukkan bahan2
kering didalam adunan dan buatkan lubang di-
bahagian tengah tepong.Kemudian barulah
dituang cecair untuk menguli.

8) Ketika mencampurkan adunan,pastikan kita
tidak memasukkan yis dan garam bersama2
kerana yis akan mati dan tidak aktif.

9) Menguli doh dengan mengunakan mesin
elektronik sgt mudah tapi boleh menggunakan
tangan,pastikan teknik yang digunakan adalah
betul.

10)Pastikan doh dicanai di atas papan canai yang
ditabur dengan sedikit tepong.Ketika menguli
lipatkan doh hala arah kita dan tolak adunan
kehadapan dengan tapak tangan.Kemudian
pusingkan doh ulang proses menguli ini selama
10 minit sehingga doh lembut,licin dan kenyal.

11)Sebelum membakar roti,pastikan doh kembang
dua kali ganda terlebih dahulu.

12)Bagi memastikan doh cepat mengembang
letakkan doh di dalam kereta dengan cermin
kereta tertutup ditengah panas.

13)Sebelum membakar roti pastikan ketuhar
dipanaskan terlebih dahulu kerana roti
memerlukan kepanasan yang maksimum
untuk kembang.

14)Bagi mendapatkan kulit roti yang lembut
pastikan kita menyapu permukaan roti
dengan mentega dan menutupnya dengan
tuala sehingga suam sebaik sahaja roti
tersebut telah masak.

Akhir sekali marilah makan roti aku ni tapi resepi roti aku tak sertakan lah...








Isnin, 1 Mac 2010

KEJAYAAN KITA ANUGERAH ALLAH s.w.t

Hidup ini merupakan satu ujian dari Allah swt.Firmannya bermaksud

'Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu,
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah
antara kamu yang lebih baik amalnya: dan Dia Maha Kuasa
(membalas amal kamu),lagi Maha Pengampun,(bagi orang-
orang yang bertaubat)

Surah Al-Mulk:ayat 2

Dalam segala kenikmatan yang kita kecapi
marilah kita bermuhasabah diri..

Adakah kita sudah mensyukuri segala nikmat
yang diberikan Allah swt?

Adakah pakaian cantik,makanan yang
enak-enak,rumah yang terhias indah
dan segala nikmat yang ada di sekeliling
sudah kita syukuri?

Adakah kita sentiasa ingat kepadaNya?

Atau terlupakah kita kepadaNya kerana
asyik dengan keindahan dan kecantikan
di sekitar kita?....


Dan ingatlah ketika Tuhan memberitahu: Demi sesungguhnya
jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahi nikmatku
kepada mu.Dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabku amat keras dan pedih

Ibrahim ayat: 7

DIMANA KASIH SAYANG YANG DIDAMBAKAN

>Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.


“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.


“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Sadisnya..Aku terfana dan terkedu membaca kisah anak kecil Syafia ini.Betapa manusia ini tidak lagi mempunyai sifat-sifat kasih sayang..jiwa penoh dengan sifat seperti Iblis..Tidak lagi boleh diharapkan untuk anak kecil seperti Syafia memohon perlindungan untuk terus hidup..Semuga rohmu sayang ditempatkan dialam Jannah nan indah jauh dari segala penderitaan yang telah merobek kegembiraanmu.


wahai Syafia Humairah...
aku cuma mampu sedekah
Sepotong fatihah kpd mu..
kaulah nanti
yg membawa
secawan air
pada ibu
di waktu mentari
sejengkal cuma..


Al-Fatihah.

Ahad, 28 Februari 2010

APA SYOKNYA BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

FF
Fenomena baru yang melanda kini dan merisaukan semua pihak ialah gejala buta cinta yang boleh membawa kepada gejala-gejala sosial yang lain.Ya memang cinta itu buta tetapi tidak kira yang celik dan berakal sudah patut boleh menilai implikasi sebab dan akibat dari segala perbuatan yang kita lakukan.Demi kepuasan hati dan nafsu seseorang itu sanggup hilang maruah dan nilai diri demi kerana cinta terlarang.Bila nafsu menguasai diri,maka akal mula diketepikan,kemudian keluarlah hujah yang biasa didengari iaitu jodoh ditangan Tuhan.Memang tidak dinafikan,namun pernahkan terfikir kenapa ada syurga dan neraka.Maksudnya dalam perjalanan kehidupan ini manusia mempunyai kuasa memilih di antara buruk dan baik.Segalanya adalah berbalik kepada niat dan kemahuan kita.

Kenapa ...peliknya ada pada manusia ini "sukakan hak orang lain" seperti seorang perompak yang tidak tahu menghormati hak orang lain. Aku melihat gejala ini tidak patut lagi kerana suka atau bercinta dengan suami orang seperti tidak mempunyai moral dan harga diri.Minda yang sempit dan terperangkap dalam jiwa dan perasaan mereka sendiri.Aku rasa amat kejam tidak berperikemanusiaan.Tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak bercita rasa.

Perlukan kita hidup dengan berkongsi kasih sayang yang telah disemai oleh orang lain tanpa kita memperdulikan perasaan dari pihak lain. Perlukah juga kita mengecewakan kasih sayang dari pihak pertama kerana keegoan kita memiliki harta orang lain???? Apakah nikmatnya berkongsi kasih sayang ??.. hemmmm memang mudah berkata lelaki mampu berkahwin sehingga empat orang!... tapi kena ingatlah kasih sayang,tanggongjawab,nafkah zahir batin serta perasaan adakah boleh di seimbangkan!!!. Perkahwinan ini bukan semata-mata kerana nafsu,

Fikirlah bahagiakah mendirikan istana cinta di atas runtuhan masjid yang telah sekian lama dibina.Lenakah tidur dikala para isteri dan anak-anaknya menangis kerana hilangnya suami dan ayah di pangkuan mereka.Senanglah dikala kita bermewah dengan suami orang lain isterinya bergolok bergadai membesarkan anak-anak yang menjamah nasi berkuahkan air mata...Yang penting sanggupkan digelar perampas,perosak rumah tangga, sundal dan lain-lain sehingga ke akhir hayat.Fikir-fikirkanlah apa orang lain rasa juga perasaan andai kita duduk di tempat itu...SERONOKKAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG!!!!!!!!!

ADAKAH INI PASTI


Engkau ...........
pada kasih takdir yang meletakkan
serungkai kekurangan dan keperitan
keceriaan yang terbina
antara takdir kasih dan harga kesabaranku
dimana dan disitu
laut yang surut pasti ada pasangnya
sungai yang keruh pasti ada jernihnya
dimana kegelapan pasti ada mentarinya

Bukan aku tidak mendambakan
pengorbanan ini dipersia-siakan
mungkin kehadiran melengkapkan kerinduan
mengeluh kesah selirat jiwa
sinansari berbunga kuntuman indahnya
kegelisahan yang meruntun hati dan jiwaku
membasahi kelopak sanubariku yang dipalu
sepi sesepinya


SAHABAT ATAU TEMAN


Hidup....berharga ke...

bermakna ke..

berbahagia ke..

pabila mempunyai sahabat

membina jambatan persahabatan..

kita dianggap beruntung???

tatkala seorang sahabat yang mengerti



Bagaimana jalinan persahabatan ini...

adakah yang kita harapkan

adalah keikhlasan dan kejujuran



Hmmmmm cuba lihat dan nilai

diri sendiri,diri kita tidak tentunya

baik..sempurna dan memahami

ohhhhh rasa takutku membungkam

bimbang,sedih dan kecewa

aku lemah dan tak berdaya

mungkin sahabat ku sebagai kekuatan

sempurnakah sebagai penolong diwaktu

kemurunganku.. hanya sebaliknya....

bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan

ALLAH......dia yang lebih mengerti .................