Jumaat, 22 Oktober 2010

DI BAWAH LINDUNGAN KEINSAFAN





Aku lihat
lembayung senja
memerah wajahnya
sedangkan aku menatap redup suasana
terlihat anak-anak kecil bermain riang
di sudut halaman nan permai
aku terusik satu luka lara
yang mungkin menjadi satu pengajaran
membisik ucapan keinsafan murni
Tatkala kisah itu aku imbau kembali
mungkin dirimu di kala ini diulit kesepian
tiada teman dan rakan bisa bicara
menghilangkan sunyi dan sebak di dadamu
aku pasti engkau disana sedang bertafakkur
mengadap keabadian yang MAHA ESA
usahlah engkau merasa hampa
tetapi harapkan NUR dari NYA
Kehidupan ini
ada kalanya membahagiakan
dan ada kalanya menyulitkan
tetapi aku tahu wahai teman
engkau pasti tabah dan cekal
dalam mengharungi dugaan demi dugaan
kerana apa yang berlaku
mungkin menjadi pengajaran dan pedoman buatmu
Kisah silam itu di buang jauh-jauh
itu cuma sejarah silam hidup mu
Kini engkau pandang dan renungilah
keindahan maya ini
bukan untuk ditangisi
akan keaiban diri
tetapi itu adalah hakikat
yang insan pasti tidak pernah lalai
insan pasti tidak pernah alpa
kita hanya sekelumit noda-noda
yang bertebaran di setiap penjuru
harus di insafi akan dosa itu
kelak keampunan pasti
hanya padanya
YA ALLAH, ENGKAU AMPUNI SEGALA DOSA-DOSA INSAN-INSAN
YANG BANYAK MEMBUAT ONAR DAN ENGKAU PERMUDAHKANLAH
KEHIDUPAN MEREKA-MEREKA YANG TELAH BERTAUBAT PADAMU.


***********************

MOVIE: THE CHILD'S EYE 3D...






MOVIE: THE CHILD'S EYE 3D..







Selama ini aku jarang menonton wayang cerita China di pawagam, entah mimpi apa anak mengajak aku
menonton cerita The Child's Eye in 3D di panggung.Memang seronok jugalah sekali sekala dapat menghilangkan tekanan ..


Filem seram Asia pertama digital 3-D di datangkan ke teater dari Universe Filem dan Pengarah kembar Danny dan Oxide Pang.

Buget $4.5 juta “The Child's Eye in 3D” dibuat pengambarannya di Thailand. "The Child's Eye di 3D" telah memulakan pengambarannya pada bulan Jun di Thailand. Pang bersaudara, yang mengawasi pascaproduksi $ 12 juta telah di adaptasi dari komik mereka "The Storm Warriors,"akan kembali sebagai filem seram yang akan di tayangkan pawagam antarabangsa dengan 2002's "The Eye," yang dibuat lagi sebagai versi USA dibintangi oleh Jessica Alba.

Rangsangan visual yang ditawarkan oleh format 3-D stereoskopik akan digunakan sepenuhnya dalam hasil kerja Pang bersaudara. The Child's Eye dalam 3D" menceritakan kisah dari enam orang sahabat terdampar di Hong Kong sebagai pelancong selama beberapa hari dari lapangan terbang Bangkok pada November 2008 .Protes anti-kerajaan dan pertemuan ghaib mereka setelah kehilangan tiga orang sahabat mereka.

Gerakan yang pantas dipamerkan dalam filem ini akan menjadikan dunia berada di bawah terdiri dari replika kertas, di isi dengan boneka kertas dan kereta kertas - sebuah bandar yang dibentuk oleh semua faksimili kertas yang terbuat dari dunia nyata dan ditawarkan kepada semua roh-roh dalam pemujaan tradisional China ritual. Pang bersaudara juga akan memperkenalkan raksaksa dalam filem tersebut.

Oleh yang demikian untuk lebih seronok lagi nak tahu jalan ceritanya boleh la korang semua pergi menontonnya di Pawagam-pawagam yang berdekatan..Ehhh nak pomot la pulak filem China ni ..



Pasangan bercinta : Shawn Yue dan Rainie Yang yang menerajui watak dalam filem seram .. The Child Eye in 3D.




*******************************************************

Khamis, 21 Oktober 2010

BETUL KE KALAU MENGGODA BOLEH JADI SIHAT!!



Aku baca lagi majallah kesihatan. Ni memang aku rasa percaya atau
tidak percaya jer.



Menggoda amat baik untuk kesihatan. Eh bagaimana boleh terjadi!
Penelitian boleh dibuktikan bahawa seseorang individu itu yang
suka menggoda akan memiliki jumlah sel darah putih yang tinggi
sehingga mampu meningkatkan kekebalan tubuh dan kesihatan.
Kajian juga mendapati bahawa cara seseorang yang mengoda
merupakan satu cara efektif untuk menjana tenaga positif dalam
diri setiap individu itu.



Sue Ostler, pengarang buku, Relationships That Rockl, menjelaskan
aktiviti menggoda dapat membantu mengurangkan stres yang
dialami oleh individu. Pendapat ini pula di sokong oleh kajian
University Of Washington yang menyatakan perbuatan menggoda
dapat menurunkan paras stres dan keningkatkan keakraban.



Boleh juga meningkatkan keyakinan diri, manakala perbuatan
menggoda di dalam perkahwinan berupaya untuk meningkatkan
kecerdasan seksual di antara pasangan. Sedangkan bagi individu
yang masih bujang perbuatan menggoda membuatkan anda rasa
bahagia.Malah perbuatan tersebut boleh menjadi pencetus yang
membuatkan anda lebih bermotivasi untuk menurunkan berat
badan dan lebih menghargai diri.



Entahlah perkara ini berkemungkinan atau terserahlah cara kita
membuat penilaiang sewajarnya.. Jangan terlalu menggoda
terlampau nanti kita juga yang merasa panas dan perit akibat terlebih
menggoda sedangkan kita punya pasangan . Kelak terjadi perkara
yang tidak di ingini terhadap pasangan kita kan susah juga.....



Apapun kita seharusnya berfikir , jangan kita terlalu terburu-buru untuk melakukan
perkara yang rasanya bukan cara kehidupan kita orang timur.. Berhati-hati dalam
membuat keputusan...



*************************************

Rabu, 20 Oktober 2010

JASAMU TETAP DALAM INGATANKU-- Buat Bro Azam

Selasa, 19 Oktober 2010

MASIH ADAKAH LAGI RUANG BUAT CINTA TERHALANG BAGINYA


Subuh ini
terjaga dari lena yang panjang
tersedar dari mimpi
mimpi yang amat mengelirukan
adakah itu benar-benar terjadi padanya
atau sekadar mainan Iblis
atau fatamurgana indah dalam memoriku!!

Masih di ranjang
kusut fikiran
mindaku menerawang jauh
memoriku menerjah kisah temanku
Simpati ada benci pun ada

Engkau persis insan yang tiada pedoman
menungkah arus kehidupan yang penuh berliku
seperti berlikunya aliran sungai
mengalir tiada penghujung ke muara
Terfana
ingatan lama terungkai kembali
masihkah ada setitip simpati darinya
adakah engkau punya harapan
berikanlah sedikit ruang
jangan biarkan dia terus hanyut
buntu , jalan yang perlu tempuhi
kerana apa yang akan dilalui itu
penuh onak dan duri

Kealpaan engkau,
menjurus dirimu menyimpang jauh
yang tidak punya iman sahaja yang rela
menjadikan dirinya mangsa
engkau tiada jalan putus
batu penghalang didepan terlalu kebal
sukar untuk ditembusi
sudah tahu ada jurang pemisah
itulah yang enak dan indah digapai
kenapa kau masih memuja dan mencintai dia

engkau tahu bukan
antara engkau dan dia tiada pertemuan
kerana engkau juga punya tanggung jawab
dia insan yang di kasihi orang
namun cinta terhalang tetap enak di perdagangkan
kerana cinta terhalang itu makin indah dan mengasyikkan
lupa segala, alpa dalam menguruskan minda
tidak berpaksikan keimanan
kerana itu engkau mudah lalai
tidak berfikiran sewaras-warasnya

Anjakan usia telah membuat engkau lebih tahu
mungkin itu adalah satu kesilapan
masa lampau engkau penuh kepura-puraan
penuh tipu muslihat
setiap noda dan dosa lalu
kini menghantui engkau
hingga kehidupan ini menjadi celaru
engkau menagih kasih
engkau mendambakan cinta sejati
sehingga usia dipenghujung engkau masih mengharapkan
setitik harapan dan kasih
dari dia yang telah lama lupa
akan dirimu
walaupun dia dan engkau hidup begitu intim
tetapi sayang , kasih itu pudar
ditelan masa dan engkau harus
terima seadanya kasih dari dia

Simpatiku hanya berdaya
sekadar doa dan harapan
muga engkau wahai teman
tabahlah
yakinlah bahawa setiap yang pahit
pasti ada yang manis
semuga engkau akan di rahmati
kesabaran itu tiang segala keimanan


*************************



Ahad, 17 Oktober 2010

YA ALLAH. BERIKANLAH KEKUATAN KESABARAN BUAT SAHABATKU....


Hari ini buat diriku satu hari yang begitu menyiksa dan menyedihkan sangat.
Baru pulang dari Hospital Pantai Melaka. Aku melawat sahabatku Siti Zubaidah
yang kini di rawat di sana, Aku memanggilnya Kak Bedah...Kak Bedah ni sahabatku
semasa aku masih di Segamat Johor dahulu, waktu Hubby ku bertugas di Wilayah
Segamat.

Sebelum itu aku juga ada terasa seperti teringat-ingatkan sahabatku ini, Rindu yang
amat mendalam padanya maklumlah lama tak berhubung dengannya. Kali terakhir
aku bersembang dengannya waktu dia di tahan di wad Hospital Seremban dua
tahun lalu, kerana kemalangan jalan raya di Port Dickson. Syukur alhamdulillah
beliau selamat dalam kemalangan tersebut. Rupanya kerinduanku, sebenarnya petanda
yang beliau kini sakit dan di rawat di hospital..

Memang beliau pernah membuat pembedahan breast canser.. sampai kesemua rawatan
kimoterapi telah selesai, aku sangka beliau semakin pulih, namun kesemua itu
bukan kehendak kita, kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan segalanya.
Kesedihan ku ini bukan apa, aku lihat tubuh badannya semakin mengecil dan yang
paling menyedihkan sebelah kiri lengan dan tangan semakin membesar dan tidak berupaya
untuk di angkat lagi hanya dengan menyandarkan dengan mengunakan bantal
dan keseluruhan breast canser telah mula merebak.

Doktor menyatakan, kesimpulan penyakit sahabatku ini hanya 50/50 sahaja untuk
dijamin penyembuhannya. Aku tidak berupaya memandangnya, amat terasa sebak
dan tanpa aku sedari air mataku mengalir tanpa di pinta. Hanya pada mu ya Allah
aku berdoa, Engkau berikan lah kesabaran yang jitu kepada sahabatku Siti Zubaidah
semuga dia tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini.