Ahad, 31 Julai 2011

MALAM ISNIN BERMULALAH ZIKIR,TAHMID,TASBIH...




Malam isnin itu
Tuhan berikan nikmat berkaki
tidak ku mampu berdiri
apa lagi berlari

malam isnin itu
Tuhan tunjukkan kasih
pada jiwa-jiwa yang bersih
yang selama ini tidak terniat aku sisih

malam isnin itu
akhirnya bercucuran
air yang tak terbendungkan
dari mata-mata yang tak tertahankan

malam isnin itu
masih ramai yang alpa
apa sebenar berlaku
kerana yang pasti tahu
cuma Tuhan Yang Satu
jua kamu dan aku

Tuhan,aku redha!
akan suruhanmu
bulan yang penoh keberkhatan untukku
setiap malam yang khudus
melagukan irama tasbih
tahmid dan zikir untukmu
kembali akan fitrah serta mohon
keampunan dosa-dosa lalu

Tuhan,
sesungguhnya Engkau terimalah
setiap taubatku dan amalanku
tiada yang lain selain Engkau
Kurniakan aku penghujung hidup yang baik
matikan aku dikalangan orang Islam dan beriman
janganlah Engkau uji aku dengan ujian
ujianMU yang tidak mampu aku lalui
hanya padaMU YA ALLAH
TUHAN YANG SATU..

****************


**************