Jumaat, 21 November 2014

MARUKU IKAN!....


Boring betul hari ni . hari Jumaat kebanyakan pesakit ramai juga yang datang untuk rawatan berbagai penyakit. tapi hari ni rasa badan semacam je.. penat pun ada, entah apa yang aku lakukan pun tak tahu lah...boleh jadi letih macam ni....Ni sambil memantau patient datang, aku tetiba rasa nak makan maruku ikan POPO..

Nak tau keropok maruku ikan ni memang enak dimakan waktu-waktu kita rasa tertekan dan rutin harian kita di pejabat.. sambil kerja sambil kunyah maruku. Rasa masih sama walaupun dah di pasaran lebih 39 tahun. Sejak 1975 sudah  tertera tarikh pengeluaran maruku ikan keluaran Thien Cheong Sdn Bhd.

Tapi awas!..

He he he...sedap  tau.....dan tak boleh berenti asyik nak mengunyah je sampai dua tiga bungkus...









Khamis, 20 November 2014

KEMPEN BERKHATAN MUSIM CUTI SEKOLAH



Assalamualaikum..

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi..
Waktu yang sesuai untuk kami dari Klinik Najat
mempromosikan kempen berkhatan beramai-ramai
atau perseorangan...

Sesiapa yang berminat untuk turut serta bolehlah mendail
nombor telephone yang tertera di atas.. atau juga boleh
disambungkan juga nombor 0149251286/03-55123257

Pakej khatan:

Untuk kanak-kanak seorang dikenakan caj bayaran RM160.00
Untuk orang dewasa (MUALAF) dikenakan caj bayaran RM400.00 seorang
Untuk Bayi perempuan bayaran RM40.00
Mualaf dari Jabatan Agama Islam Selangor ( mereka akan
dikenakan caj RM450.00 jika dibawah tajaan MAIS).

Bayaran diatas dikenakan termasuklah ubat-ubatan akan disertakan....

Semuga sahabat-sahabat sekalian yang mengunjungi blog saya boleh
menghubungi nombor telephone yang telah saya sertakan..jika kalian
berminat untuk mengetahui lebih lanjut pakej yang kami sediakan.


************************














TERSEMBUNYI DALAM ILUSSI .(REALITI SEBUAH MIMPI)

Perpisahan ini… Bukan berniat untuk mungkiri janji Tapi kerna cinta kita tak mampu bersama Perpisahan ini… Bukan kerna kita tak setia Tapi kerna kita tak mampu memahami Perasaan diantara kita Perpisahan ini… Bukan kerna hati saling membenci Tapi kerna tak sanggup dibelenggu dendam Perpisahan ini… Memisahkan cinta yang kita rasa Bukan kerna tak mampu bertahan lama Tapi kerna kita tak sanggup melukakan Segala kenangan yang kita cipta Perpisahan ini… Demi sebuah kebahagiaan Yang ku hadiahkan buatmu Demi sebuah ketenangan Agar melingkar seluruh hayatmu Biarpun cinta hanya dijiwa Asal bisa buat kau bernafas lega Aku rela melepaskan ikatan yg kita bina Perpisahan ini... Bukanlah noktah mati cinta kita Tapi titik mula untuk bernafas sendiri Selagi kita saling mengingati Cinta tetap kekal utuh dihati Kasih…. Aku relakan perpisahan ini Bukan kerna cinta tiada lagi Tapi kerna tak mahu aku lebih sengsara Diduga dan diuji takdir untuk kekal bersama Aku doakan kau dalam sejahtera Peliharalah diri agar bahagia sentiasa Kerna didalam kamu telah ada aku Derita dirimu maka menderitalah aku Bahagia dirimu aku juga begitu Telah ada aliran jiwa Untuk kita saling merasa Akan getarnya Berjanjilah untuk ceria Teruskan kehidupan ini segenap sanubari Tersenyumkan dirimu untuk aku Ketawalah untuk aku Bernafas untuk aku Walau ku tahu kau tak mampu Melakukan semua sekerah dayamu Ingati ... Telah kita ukir janji untuk bertahan Biarpun waktu itu Tak pasti bila bakal berlaku Tika itu…. Aku mahu melihatmu Seperti yg aku kenal dulu Saat kau dan aku Mampu tersenyum dan ketawa Kita berbicara dengan mesra Bercerita tentang kenangan dan cinta Yang tak pernah derita "Apabila bersama itu melukakan Berpisah lebih baik dari saling membenci"

Dia selalu bertanya Seribu tanda tanya bermain dipelantar bicara Buat aku keliru untuk mencari maksud Tersembunyi dalam halusinasi Menerawang semua pendirian Tak pasti dimana bisa ku cari Sebuah jawapan pasti Dia selalu terlihat Kelibat penuh tanda kasih sayang Di baling dirinya dalam sempadan bersembunyi Terkadang terluka dengan teka teki yang dicari Tak pasti apa jawapan yang mahu diberi Tak pernah ditanya rahsia sebalik bicara Walau cuba ku pecah kotak kaca yang mendera Namun berlegar-legar semua rasa Kau biarkan segala menjadi rahsia




Aku pencari mimpi Mimpi-mimpi yang bisa berselimut cinta Agar sedingin mana datang nya awan Selaput bayu tetap berdamping setia Biar ku kejar bulan Biar ku kejar mentari Biar hadirnya pelangi dicelah mimpi-mimpi itu Semuanya jangan lagi jadi ilusi yang menjerut hatiku Menggugah lena yang sedang beradu Di ulit rindu Berlari aku mencari mimpi Mimpi indah sekali Namun rupanya benar bukan ilusi Terjaga maka hilang semua Sekadar tinggal tanda tanya Tinggal tanda tanya Termangu aku sendirian mencari jawapan
Mimpi-mimpi itu sudah terbukti nyata...



************************************************************************


Selasa, 18 November 2014

14hb NOV 2014 TRAUMA SEPARUH NYAWA..

Hari Jumaat baru ni 14hb Nov 2014 pada pukul 5.00 petang aku di panggil Along masuk bilik pejabat dimana staff aku di pukul dan ditumbuk, katanya di ugut bersama sebilah pisau untuk membunuhnya, Tergamam juga kenapa boleh jadi begitu.

Cerita punya cerita rupanya si Syakirah di pukul oleh boyfriend dia, sampai begitu sekali ganasnya , lalu apa lagi aku bawa dia ke balai polis seksyen 7.. buat lapuran dia di pukul dan ugut dengan sebilah pisau..Ending ceritanya kenapa dia  di pukul aku masih tak faham.. takpe lah.. abaikan dulu cerita si Syakirah ni..

Yang aku nak ceritakan disini macammana boleh aku trauma sangat-sangat.
Lepas buat lapuran, polis beritahu kes ini kena di hantar ke Balai Polis Seksyen 9 pulak untuk tindakan selanjutnya. Lebih kurang pukul 6.30 petang macam tu lah.. aku menuju ke kereta, untuk menghantar lapuran statment tadi. Rupanya boyfriend si Syakirah ni telah menunggu di depan pintu sebelah kedai dobi.. Cuak juga,, terus ajak Syakirah naik kereta dan aku tak fikir panjang pecut ke balai polis ..


                                          Kereta ini lah di pandu oleh Budak Lelaki tersebut.

.
Dalam hujan renyai-renyai dan waktu azan magrib berkumandang aku sampai di lampu isyarat Jalan Kristal antara ICT ke Bandar Shah Alam, Budak lelaki ni tadi berenti kereta di sebelah kanan kereta aku dengan keadaan... Ya Allah tuhan je tau masa tu, Syakira!!! hang keluaq.. aku nak cakap gan hang, kalau hang tak keluaq aku belasah hang satgi.. baik hang keluaq cepat,, tolonglah Syakirah keluaq la. aku nak cakap gan hang saja. Mak cik tolong bagi Syakirah keluaq, saya nak cakap gan dia sat"!!.. huhh dah la perangai dia nak kata kena rasuk mungkin juga..terjerit-jerit panjat kereta aku dengan memanggil-manggil Syakirah di tengah-tengah lampu isyarat tanpa pedulikan orang keliling . Memang menakutkan sekali..Persis nak kata orang gila memang layak pun di gelar orang gila... Macam kena rasuk syaitan pun ada juga ..Hisss jauhkan...bimbang kereta aku di pecahkan itu satu hal..

Budak lelaki tu mengetuk-getuk pintu kereta dan terjerit-jerit suruh syakirah keluar dari kereta. Maunya aku nak buka.. nak mati kena belasah pulak tak pasal-pasal. bila lampu dah bertukar hijau apa lagi.. aku terus pandu kereta dan sampai pulak ke lampu isyarat kedua. Ya Allah mamat sekor ni ikut lagi di belakang kereta aku dan terus parking disebelah kiri..

Tetiba dia keluar dan meletakkan kunci kereta dan budak lelaki ni beredar tidak jauh dari kereta Syakirah, kononnya nak mengumpan supaya Syakirah ni keluar  dan apa lagi  aku lantas memekik menyuruh Syakirah keluar dan mengambil kunci keretanya. Selamat...akhirnya dengan keadaan yang penuh trajis aku pun tiba juga akhirnya ke balai polis dan menghantar surat lapuran aduan tadi...Aku masih terpingga-pingga kes apakah yang berlaku diantara Syakirah dan budak lelaki ni sampai sanggup nak berbunuh-bunuhan.. Hai Macam-macam........

Di akhir cerita ni tadi.. sampai kehari  ini aku masih terasa trauma dan rasa takut untuk berjalan seorang diri untuk pergi ke klinik..Terbayang-bayang situasi waktu senja Jumaat tempoh hari... Mudahan perkara begini tidak akan berulang lagi dengan jalan mengeluarkan surat pemecatan jawatan buat  Syakirah.. Jika tidak tindakan begini aku lakukan memang sampai bila-bila pun selagi Syakirah bekerja di Klinik Najat budak lelaki ini akan menjadi satu ancaman dan mungkin akan lebih teruk lagi perkara yang akan dilakukan kemudian.

Memang rasa terlalu kejam juga tindakan yang diambil. Andainya diteruskan , banyak perkara yang kurang elok telah pun terjadi, etika kerja, lewat datang ke klinik, banyak kerja yang tertangguh serta lembab menguruskan ubat-ubatan dan kemasukan pesakit dalam rekod. Lebih baik pemecatan ini sebelum lebih parah lagi. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna kerana ini melibatkan orang ramai yang datang untuk rawatan.