Sabtu, 12 Jun 2010

MALAM PERTAMA KITA



Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah susok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

HAYATILAH SATU PERINGATAN BUAT KITA......


....................................................


Jumaat, 11 Jun 2010

APA KES NI... GILER KE




Seperti biasalah, rutin aku dalam seminggu adalah beberapa kali
aku akan menjadi pemandu kepada anakku. Maklumlah kekadang
nak parking kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban tu bukan main
seksa nya.Pergi balik aku dah jadi macam strong pulak pasal memandu
ni. Kadang-kadang aku rasa jemu jer, dah puas dari masa anak aku
kecil lagi rutin ni aku lakukan, ingat dah berumur ni aku tak payah
lagi jadi pemandu tak bertauliah.

Hari ini memang mungkin aku tersalah perhitungan
Anak lambat keluar dari Unit Pembedahan mungkin banyak kes
yang dia perlu buat. Punyalah bosan menunggu. Sambil layan lagu
aku terfikir, mungkin hari ni anak aku akan buat locum kat Klinik
Kassim di Jalan Telawi.Tapi lambat sangat sempat ke!, dah dekat
pukul 6 petang pun.

Tak lama, anak aku keluar dan aku terpaksa menghantar
nya pula ke Klinik Kassim. Jenuh pusing-pusing sesat pulak!. Itulah
Along kata Klinik tu dekat Taman Tuanku Jaafar. Aleh-aleh pulak
di Ampangan. Mana lah aku penah kesana, lnilah pertama kali aku ke sini.
Kelewatan membuatkan along rasa bebal juga, kerana sesat punya
pasal.

Habis locum dalam pukul 10 malam. Aku start injen kereta untuk
ke Ampangan, semasa aku sampai di Klinik Kassim, Along sudah
menunggu aku dengan muka kelatnya. Penat lah agaknya tu, yelah
dari pagi rutin di Wad Hospital tak henti-henti, tambah pula sambung
buat locum. Hai entahlah orang bujang la katakan, pulun buat duit.

Semasa dalam perjalan pulang agak-agaknya dekat trafik light
bersebelahan Stadium Paroi, lampu merah bertukar hijau, aku pun
teruslah belok kekanan untuk ke arah bandar Seremban, rasanya
aku tidak tersilap belok kut, tetiba je terdengar bunyi hon kereta,
terkejut gak pesal apa aku ada buat salah ke!, aku buat tak kisah
jerlah, si along dah lama dibuai mimpi, penat nampaknya dia.
Laluan untuk balik kerumah aku memang memanjang lampu
isyarat jer, boring la pulak asyik berhenti saja.

Sampai satu lagi lampu isyarat tiba-tiba kedengaran pintu kereta
diketuk seseorang, Aku dah cuak, cepat-cepat aku kunyi kereta,takut
kalau-kalau jin berkepala hitam nak menganggu perjalanan aku.
Seorang mamat India menyuruh aku membuka cermin kereta, apahal
pulak dia ni, aku cuma mendiamkan diri je lah, takut aku nak buka
cermin tak pasal-pasal di buatnya sesuatu terhadap aku sapa yang
nak tolong aku nanti, mati katak aku dikerjakan oleh Jin kepala hitam
tu nanti.

"Buka pintu ni kakak!... please.. boleh tak kakak memandu elok-elok
sikit!, kakak bawak kereta cam tak de disiplin langsung, nasib tak
langgar kereta saya".

Eh!! pehal budak hitam ni, adakah aku nak langgar dia tadi,
dah la suka hati ketuk kereta orang, kalau kemik siap, aku kasi terajang
juga kang. Ingat aku takut, geramnya !!!!

Cih konon-konon nak tunjuk dia tu patuh peraturan jalan raya,
tak sangka aku dia mengikori kereta ku, Alhamdulillah nasib tak
jadi apa-apa,
aku cuma dapat katakan " Maafkan saya yer! saya tak
tau pun awak ada kat sebelah kereta saya"

Aku dah malas nak besar-besarkan cerita , lantaklah, tapi aku tahu
lorong yang aku lalui tu betul, kenapa mamat hitam ni nak
marah-marah. Mungkin dia ingat aku ni perempuan, tercabar ego dia kut.

Biasalah orang lelaki, kalau perempuan yang bawa kereta memotong pasti
mereka akan rasa marah dan ego mereka tercabar. Ingat semua perempuan
kena hormat dan mengekori je ke dari belakang kereta orang lelaki.
Kita pun nak juga cepat dan tidak terganggu perjalanan kita. Misalnya
kalau orang lelaki yang memandu tu pulak perlahan macam mana kita nak
ekori dari belakang!. Emm entahlah, kadang-kadang sikap seseorang
buat kita rasa macam orang perempuan ni mesti turut kata dan ikut
je apa yang dorang nak.

Cuma aku nak cerita sikit pengalam malam tadi kat sini. Mungkin
selepas ini aku perlu berhati-hati semasa memandu sorang-sorang
takut juga ada musuh yang tak diingini melakukan sesuatu terhadap
aku. Mintalah dijauhkan dari semua kemungkinan.



..................................................





Khamis, 10 Jun 2010

AKU MERASA LETIH DARI DIRIKU SENDIRI




...angin malam menghembus lesu
jiwaku bergenang pilu
hembusan bayu lembut dimukaku
cempaka mewangi harum semerbak
tiupan seruling
menusuk sendu
membuai rasa di alam fana

kemana akan aku pipitkan
kenangan indah tatkala itu
pasti rona-rona itu
kelam dan kabur hanya di rongga dada

ku biarkan engkau
memikir apa yang pasti aku fikirkan
lihatlah aku terkapar dan duka
jeritan dalam hatiku pada siapa aku luahkan!!

keperitan
aku nampaknya hanya gembira
namun tiada noktah
adakah pastinya aku seperti yang engkau
sangkakan

Persis hidup ku
penoh onak dan ranjau
tiada siapa yang tahu
sengsaranya jiwa ragaku
hanya aku pasrah

mungkin ini adalah suratan
suratan yang aku lalui
ada misteri yang belum terungkap
yang belum terurai

perjalan yang sukar penuh gelap
sulit untukku terjemahkan
menyulitkan semua kenyataan
pasti akhirnya
matahari pasti bersinar

sesaknya nafasku
dalam kedamaian
siramilah dengan kasih
abadikan tinta cinta yang indah
ketika engkau datang
samar tersembunyi wajahmu

akhirnya aku tahu
kerana aku perlukan masa
untuk kembali kejalan yang bisa kuredahi
hilangkan lah segala mimpi-mimpi buruk itu
kerana perjalananku tak pernah selesai

...................................


PULANGLAH


Siapa !!!!!!!

tidakkah aku tahu dan engkau pun tahu

macamlah aku sekarang tidak punya kelemahan

tidak berdaya melupakan kisah itu


Engkau harus belajar

dari segala kesilapan

kau jangan pasti orang lain tidak mengerti

sebenarnya engkau yang tidak mengerti


Baliklah kepangkal jalan

agar engkau tahu

yang hidup engkau dulu penoh dosa

mungkin engkau belum mahu insaf lagi!

cukuplah segala noda-noda hitammu


Tuhan masih sayangkan engkau

kembalilah

semuga pintu taubat

terbuka luas buat mu


.......................................




Rabu, 9 Jun 2010

TIDAK MAHU MENANGGIS LAGI





Selalunya aku mengadap komputer meja ku, aku layan facebook,tagged, blog kengkawan dan menulis blog picitan aku yang tak seberapa macam blog pun. Aku terima satu email dari seorang sahabat alam mayaku, aku layan dia seperti kawan-kawan yang lain. Mungkin aku seorang yang suka mendengar, jadi ramai yang sering menceritakan hal dan masalah mereka. Macam aku rasa seperti saorang pakar psykologi la pulak. Apa pun aku terus mendengar setiap keluhan rakanku ini.Mungkin ini satu dari rencah kehidupan yang perlu kita lalui.

Seperti biasa beliau akan menanyakan aku " Sudah makan ke Yong!... masak apa hari ni..Yong sihat !..saya menggangu ke.. asyik buzy je ym yong tu...". Aku ketawa je dalam hati berkata gak, bagusnya temanku ini sering menanyakan kabar aku, dan aku juga berdoa dia akan sihat dan ceria hendaknya. Tapi malam tadi aku seperti terkedu, terharu belum pernah dia menceritakan masalah peribadinya pada aku. Aku tetap setia mendengar butiran ayat-ayat yang dia tulis di ym aku. Sebak pun ada, sedih pun ada, namun aku tetap memberikan perhatian apa yang diluahkan oleh rakan ku ini.

"Yong sekarang kat rumah dengan sapa!.. anak-anak tak balik ker..Hubby masih outstation lagi erk... sian Yong selalu kena tinggal kan!.. Ya la Yong kita ni kadang-kadang udah tua-tua macam ni la akhirnya kehidupan kita kan Yong, selalu dipinggirkan oleh anak-anak, dulu masa diorang kecik-kecik kita sibuk membesar dan menyekolahkan mereka, kini mereka dah besar dan punya kerjaya masing-masing kita dah rasa sunyi pulak kan Yong!"... Eh.. pesal dia ni , aku rasa lain macam je, pasti dia ada masalah yang ingin dikongsikan dengan aku... Aku jawab apa yang dia tanya.. " Betul kita sekarang semakin berusia, semakin di lupakan, bukan bermaksud anak lupakan kita, tapi anak-anak akan meninggalkan kita kerana mereka punya kehidupan sendiri.
Jadi kita sebagai orang tua makin hari makin kesunyian ditinggalkan anak-anak, kalau adapun waktu cuti sekali sekali mereka balik menjenggah kita".

Rakan ku mengeluh seribu persoalan bersarang dalam fikirannya... "Kalau saya mati sekali pun saya tidak akan memberitahu anak-anak saya Yong!.. saya sentiasa on ym saya agar anak-anak menghubungi saya, tapi sampai sekarang seorang pun tak pernah menanyakan saya, saya sihat ker, saya dah makan ke, anak-anak saya semua dah berjaya jadi cik gu pun ada, belajar luar negara dan dalam negeri pun ada, tapi seorang pun tak memperdulikan saya Yong!. Saya sedih sangat, bukan saya abaikan tanggongjawab saya pada anak-anak saya, perbelanjaan persekolahan mereka saya tanggong sampai ke Universiti, tapi sekarang bila dah mereka bekerja saya hentikan perbelanjaan tersebut. Saya rasa ingin biarlah anak-anak menelepon ke atau tanya kabar pun sudah cukup buat saya, nampaknya mereka melupakan saya sepenohnya. Mungkin nasib Yong tidak seperti saya, kalau dah tua nanti saya di masukkan ke rumah orang tua la nampaknya".

Aku betul-betul terpukul, tak sangka dengan keceria rakan ku rupanya punya nasib dan kesedihan yang mungkin tidak boleh di bendung lagi.. Apa pun aku hanya mampu memberikan perangsang supaya dia banyak-banyak bersabar. Itu sudah cukup bagiku setakat itu yang termampu aku lakukan sebagai sahabat. Betul nasib kita akan datang kita tidak tau. Anak-anak telah kita berikan didikan agama,pelajaran dan kini mereka sendiri boleh menilai perkara yang sewajarnya terhadap kedua orang tua mereka. Aku pun berharap muga rakan ku diberikan kekuatan dan semangat, usahlah merintih diri dan banyakkan bersabar. Mungkin itu satu ujian Allah terhadap kesabaran nya.

SELAMAT HARI BAPA saya ucapkan kepada semua bapa-bapa di luar sana. Semuga kita sebagai anak-anak yang cemerlang akan menghargai jasa dan pengorbanan setiap titik peluh bapa kita. Hargailah mereka, tanpa mereka siapalah kita.


............................................................



Selasa, 8 Jun 2010

MALANG NASIB AKU HARI NI




Sumpah memang aku tak sangka
kenapa pagi tadi aku rasa macam sial

setiap pagi aku akan lalui lorong ini
aku akan pergi pusing balik
dengan pakaian
berseluar track dan berbaju tshirt lengan panjang

seperti biasa ramai pengunjung ditempat ini
jadi aku rasa ketakutan itu tak pernah ada
mungkin malang agaknya hari ni

seorang mamat mana tah tiba-tiba muncul
menyergahku yang leka berjogging
nasib baik la jantungku dah boleh berfungsi
seperti biasa, kalau tidak dulu mau aku pengsan
terkejut

" Hai sayang!... sorang jer ke..
leh abang temankan cik adik jogging sama!..
abang pun kesorangan ni!
nanti leh la kita sembang sambil cik adik memanaskan
tubuhmu yang seksi ni"

EEhhhh
ape yang di karutkan budak ni!..
panggil aku cik adik,,
kalau cik akak logik la sikit
rupanya pun macam baya anak aku..

Aku buat do no jer lah..
malas nak layan budak higusan ni
Pap!!!!
satu tepukan kat P******g aku..
kuang ajar punya budak
aku rasa nak bagi penampar..
tak reti hormat orang

Aku toleh belakang
Ya Allah ya tuhanku!!!!
Mak aiii
mampus aku..
mamat tu tunjukkan @#$%$#@
Aku rasa nak pitam kejap pun ada

Cis memang budak ni dah gila ape
aku apa lagi terus belah je lah
takut lagi aku tunggu
kang jadi kes kena rogol tak pasal-pasal



Kesimpulan yang aku pelajari dari peristiwa ni...

Kalau nak berjalan atau kemana2 jangan suka sorang2.
Sekarang ni tidak kira kita dah berumur ke masih gadis ke
perkara ni pasti akan berlaku jika .. orang yang melakukan
perbuatan itu sudah sampai tahap sanggup melakukan
perkara yang diluar jangkaan, rakus dan ganas..

Inilah kalau pegangan ugama di tolak ketepi...
Nauzubilllahhinminzalik..


........................................

Isnin, 7 Jun 2010

CINTA BERTAHUN, KAHWIN HANYA DUA TIGA BULAN




Sekarang ni sudah tiba musim cuti sekolah. Maklum, bila musim cuti je yang pasti
melambaklah jemputan kahwin. Utara selatan timur barat ada aje yang menjemput
maklumlah ramai kenalan. Tak menang diri nak pergi mana satu, walaupun kadang-
kadang terasa penat juga kehulu kehilir menerima jemputan tersebut.

Kalau mendengar kisah dulu-dulu, anak gadis langsung tidak ada hak memilih pasangan
hidup. Semuanya ditentukan oleh orang tua.Memang lumrah ketika itu anak gadis
dikahwinkan pada usia 15 tahun, masih muda dan selalunya majlis pertunangan
anak gadis dibuat tanpa kerelaan si gadis. Dik kerana menghormati ibu bapa gadis
selalunya menerima walaupun tidak puas hati.

Gadis-gadis pinggitan selalunya tidak ada peluang untuk memilih jejaka idaman. Kalau
ada yang tertarik dengan mana-mana budak lelaki yang sama mengaji al-Quran, jangan harap
dapat kahwin. Dan jangan sekali-sekali anak gadis berani memberitahu seperti ini kepada
orang tuanya: "Mak,kita berkenanlah dengan si polan tu yang duduk kampung seberang
tu, kalau dia masuk meminang kita mak setuju ke?". Yang pastinya terbeliaklah biji mata
emak mendengar kata-kata anak gadisnya. Kalau dia sedang mengunyah sirih dengan
songel tembakau, pasti songel itu akan terpelanting dari mulutnya. Dan yang pastinya
terdengar jerkahan emak kita menanyakan siapa si polan tu dan macam-macam lagi.
Betul-betul macam ibu tiri.


Jodoh anak gadis masa dulu-dulu selalunya dah ditentukan sebelum lahir lagi anak mereka,
macam perkara biasa zaman dulu jodoh ditentukan ketika bayi masih dalam kandungan
ibu. Perbualan seperti ini bukan luar biasa: "Awak, kalau anak kita yang lahir nanti lelaki, dan
anak saya yang akan lahir pulak perempuan, apa kata kita jodohkan mereka bila besar nanti?"
Kalau betul seorang lelaki dan seorang perempuan, apa salahnya kita berbesan, Lagipun
kita sudah kenal lama, saya buat awak macam 'sedara', bukan orang lain!". Itulah kahwin
dulu-dulu, setengahnya tanpa pengenalan awal, tanpa cinta, ramai juga tanpa apa-apa
perasaan sebab kahwin atas paksaan orang tua, tetapi bila diijabkabulkan perkahwinan mereka
kekal hingga akhir hayat. Sekali dilafazkan ' Aku terima nikahnya...." bahtera kehidupan mereka
kebal menghadapi apa juga gelombang. Cinta yang bersemi dan tumbuh selepas kahwin terbukti
lebih bertahan.

Kalaulah tradisi silam itu diteruskan zaman sekarang, bayangkan apa akan terjadi, ramai ibu
bapa mati tersedak atau terkancing gigi sebab anak-anak menolak bakal jodoh pilihan orang
tua, atau ramai anak teruna dan anak dara lari keluar negara sebab tidak mahu dikahwinkan
secara paksa oleh orang tua. Hakikatnya zaman sekarang hak memilih pasangan hidup ditentukan oleh anak dara dan anak teruna, bukan lagi orang tua. Kalau dulu anak menerima
sahaja cadangan orang tua, sekarang orang tua pula yang terpaksa ikut keputusan anak.
" Saya sudah berkenan dengan si Polan yang menjadi Cikgu di Sekolah sekian-sekian,rombongan
dia akan masuk meminang bulan depan, emak dan ayah terima sahajalah, kita pun sudah
lama bercinta."

Apabila sudah saling memahami sudah mengetahui serba sedikit kelebihan dan kelemahan,
lalu sama-sama memutuskan untuk berkongsi hidup, barulah diberitahu kepada orang tua.
Dalam banyak hal orang tua menerima, asal sahaja bakal menantu disahkan bukan penagih
dadah atau terlibat dalam mana-mana kegiatan jenayah, atau kalau boleh biarlah menantu
warga Malaysia,bukan 'Abang Bangla' tau jejaka dari Lombok. Tetapi cinta sebelum kahwin
tidak semestinya satu jaminan bahawa perkahwinan boleh kekal hingga ke akhir hayat. Ada
pasangan yang bercinta sakan kalah filem Hindustan tetapi setelah sah menjadi suami
isteri banyak pulak songehnya.Waktu bercinta semua OK, setelah berkahwin semua KO.
Waktu cinta semua manis,suara manis,budi pekerti manis, kentut pun kedengaran merdu
macam buluh perindu. Tetapi setelah kahwin banyak yang pahit,semua rasa payau, kentut
pun sudah kedengaran seperti letupan bom.

Suami isteri saling menuduh, suami kata ketiak isteri hangit macam petai lah, isteri pulak
kata suami tidur berdengkur seperti injin kereta kebal,Tiba-tiba sahaja yang indah ketika
bercinta dulu semua bertukar jelak. Tidak hairanlah ada pasangan yang bercinta sakan,
berkahwin dengan majlis gilang gemilang, kenduri habis beratus ribu ringgit, tup-tup
tidak sampai dua tiga bulan menjadi suami isteri sudah bercerai berai.

Sebenarnya sama ada cara dulu-dulu atau cara moden, bercinta dulu atau bercinta kemudian, pilihan orang tua atau pilihan sendiri, perkahwinan tetap ada cabaran, kalau masing-masing
boleh bertolak ansur dan saling bersedia untuk memperbaiki diri, cabaran itu akhirnya akan
membawa kebahagian.




...............................................................................