Jumaat, 1 Oktober 2010

TAK USAH MERATAPKAN DIRI DARI KESEDIHAN..


Banyaknya manusia meratap
kerana pahitnya perpisahan
setiap orang yang hidup
meratap pada yang telah mati
di hantui dengan perasaan sedih
ada pun aku
buat apa aku nak menghabiskan air mata
membuatkan hati sedih gelisah kerana dia
serahkan saja semua itu
pada Takdir
kerana jika hati telah tenang
maka kesedihan dan kepiluan pasti akan luntur
buat apa engkau merasa sedih
meratap kepiluan
jika kecintaan itu pemusnah segala kebahgiaan
yang merampas hati dan jiwanya
usah di toleh kebelakang lagi
jangan di ulangi kisah kasih itu
buangkan rindu dendam mu
kerana sesungguhnya
hidup ini lebih bermakna tanpa keluh kesah



**************************


Khamis, 30 September 2010

KOSONG ....MAKNA TERSIRAT...


Jika mata ini sering memandang keindahan
pandangan sinar memilau
tapi ianya bukan
cahaya yang lain
aku masih dianugerahi pandangan hati
memandang kelam tapi terang
ketika engkau melepaskan pandangmu
kesegala arah tanpa batas
maka pandangan itu
mengakibatkan kesulitan buat ku
pasti aku dapat melihat banyak perkara
yang membuatkan aku tidak terdaya mengawal diri
dan banyak perkara
yang membuatkan aku tidak mampu bersabar

Lantas kini aku mengerti
bahawa kerdipan matamu
terlalu tajam untukku lepasi
betapa terpesona , terpedaya
dik....kerana lirikan matamu itu
aku tidak mampu mengelaknya
kau amat mulia pada dasarnya
tapi hatimu setelah aku kenali
penuh rasa dendam
penuh tipu daya
engkau pemusnah segala kepercayaan
setelah kejujuran di pertanggungjawabkan
engkau ketawa keegoan
kerana engkau berjaya menjuruskan kebencian
orang yang menaruh harapan
akhirnya kecundang dalam kegelapan dan kealpaan
persis hinanya martabat manusia
rendah segala maruah




**********************************

Selasa, 28 September 2010

DUNIA BARU


Ku pejamkan mataku..
terhadap semua perkara
aku mahu melupakan semua noda
dan aku bayangkan yang indah-indah
Ku pejamkan mataku..
terhadap keburukan lalu
aku ingin imbau keperitan lama
dan aku buangkan jauh-jauh
Ku pejamkan mataku..
terhadap kekecewaan ku
aku mahu cerita yang menyeronokkan
dan aku kini pasrah pada takdir
biarlah diriku mengukir senyuman
tidak mahu lagi meneroka kisah lalu
pergi lah kenangan
jauhkan dari diriku
aku harus berubah
menjadi diriku yang baru
bersih dan wangi
semerbak harum kasturi
yang menghiasi ruang
lalu aku kini ada lah aku
bukan aku yang dulu
persetankan
imbauan lama buat aku hampa
ujud perbedaan ketara
lantas kini aku adalah diriku
tidak ada orang yang mempertikaikan aku
akhirnya aku bahagia kini dengan duniaku..............



*******************

Ahad, 26 September 2010

DATANGNYA KEBAIKAN BUANGKAN KEBURUKAN


Bila engkau bisikkan kepada hawa nafsumu
bisikkanlah kedustaan
kerana jujur kepadanya
akan mengecewakan harapanmu..
Ubatilah dirimu yang lelah kerana kesusahan
dengan kesenangan hingga ia kuat kembali
dan hiburkanlah ia dengan sedikit jenaka
tetapi jika engkau berikan kepadanya
pakailah tukaran sebagaimana mutiara berkilau
yang di sarungkan kelehermu
Dengan memelihara kesihatan jasmani
jiwa yang ada di dalamnya terpelihara
laksana api akan tetap menyala
menerangi kegelapan malam
Janganlah pula kita padamkan semangat jiwanya
dengan getirnya berputus asa
dan jangan pula engkau menyalakan ia
dengan harapan yang mengunung
Janjikanla ia
dengan kesenangan dalam kesusahannya
dan ingatkan ia
kepada kesusahan dalam kesenangannya
Kebaikan akan dapat diperolehi
baik dari yang ini mahupun dari yang lain
sebab dengan kandungan yang tepat
khasiat penawar tentu dapat di nikmati.


***********