Selasa, 2 Februari 2010

KEHILANGANMU KU MERASA SEPI



Betapa hari khamis yang lalu bapa saudara ku Hussin bin Abdul Rahman telah meninggalkan kami,pergi menghadap kepangkuan Illahi.

Lama tidak ku dengari berita arwah,tetapi pada 28hb Jan yang lalu Maksu adik kepada Pakcik ku menelefon telefon bimbit ku.Aku terpana sebentar, macam tidak percaya,tetapi aku kena pasrah dan redha bahawa ajal maut dan kehidupan kita pasti kesana akhirnya.

Hanya dengan iringan doa Fatihah dan bacaan Yassin ku titipkan buat arwah Pakcik ku... Muga rohmu ya Pakcik dicucuri Rahmat Illahi dan tempatkan bersama-sama orang yang dikasihi.Amin

Ahad, 31 Januari 2010

SUNYINYA HARI INI

Aku rasa usiaku semangkin bertambah,bulan Januari hari ini menutup tirai untuk melangkah ke bulan Febuari 2010, apa yang telah kulakukan selama ini?...terasa asing,jiwa ku sepi, suram dan sendu....semangkin berusianya umur kita semangkin terasinglah kehidupan kita,anak-anak semangkin membesar dan telah remaja usia mereka.

Begitulah juga diri ku... terasa cepat benar masa berlalu, rasanya bagaikan baru dua tiga bulan sahaja anak-anakku berada disisi ku,kini mereka telah membesar dan membawa haluan dan kerjaya masing-masing.

Seperti juga kadangkala kita lebih banyak belajar daripada kesalahan yang dilakukan oleh seseorang daripada kebaikanny
a.


Hidup ini kadangkala menyeronokkan,adakalanya pula membosankan.Seronok kerana suasana keceriaan dengan kehadiran anak-anak pulang bercuti, kebosanan memberikan impak yang sangat mendalam dalam diri... manakan tidak, tiada sesiapa lagi tempat untuk aku bersuara dan bertukar pandangan,

Betullah kata orang-orang tua dahulu, Anak-anak semasa kecil ditangan-tangankan,tatkala mereka besar rindu-rinduan... teringat akan keletah mereka semasa kecil,berbagai-bagai aksi dan kenakalan mereka lakukan dan kadang-kadang membuatkan kita naik angin, semua perkara mesti ditegur dan silap haribulan berbirat tubuh badan di debik... tapi semua itu dah jadi memori kini.

Cepat masa berlalu, itulah hakikat kita sebagai manusia ini, dari bayi menginjak ke kanak-kanak dan kemudian remaja,seterusnya dewasa dan akhirnya usia dimamah tua jua akhirnya. Itulah perjalanan hidup kita.