Jumaat, 24 Oktober 2014

CERMIN KEHIDUPAN SI IBU TUA

Seorang ibu tua terbongkok-bongkok
dalam ketar dan batuk-batuk
membilang usia di muka pintu
bercermin wajah di bayang hari
cemburu akan kicau burung
dan rindunya pada

sang mentari pagi
seharian dia mengisi waktu
orang tua dari garis-garis di muka
mengadap Tuhan menadah tangan memanjat doa
menaruh harapan

Cuma Tuhan sahaja yang tahu
seorang ibu tua insan yang lemah
menagih simpati
dari titisan darah yang beku
dikandung sembilan purnama.....

Selasa, 21 Oktober 2014

BEST CUCUR IKAN BILIS SEGERA PETANG NI....

Hari-hari hujan sejak dua menjak ni. Perut pun mintak diisi.. Petang-petang gini rasa lapar. Apa lagi Dr Nadia belikan tepong segera Adabi perisa ikan bilis. Dalam hujan lebat si Filza berlari pergi Giant kerana hypermarkat ni tak la jauh sangat dari Klinik Najat.




Klinik pun dah ada bau cucur ikan bilis...huhh best juga boleh masak-masak macam main pondok-pondok.

Inilah hasil kerjatangan Along untuk petang ini. Hilang rasa lapar... janji boleh dimakan. bukan susah sangat nak buat pun.






QASEH DAH MAKIN BESAR!!!


Aku memang sukakan baby...gambar ni aku ambil pada Hari Raya Aidil Adha 2013 yang lepas, ketika sahabat dari Turki datang melawat kerumah adik angkat aku di Contry Heigh Kajang. Geram akan baby Aishah.. comel sangat.....




Hilang rindu pada Aishah kini Allah kurniakan aku seorang dari ahli keluarga aku. Sorang cucu yang sangat comel..Lagi sembilan hari Qaseh Aryana akan menjangkau umur enam bulan...





Dah jadi nenek aku ni.. terasa seperti hidup ini penuh bererti ,sekarang punya cucu.
Jika dulunya aku selalu melayan anak-anak kecil dari kawan-kawan. Kecomelan bayi yang membuat aku rasa teruja. Kiut sangat anugerah Allah.

Sekarang cucuku pun semakin membesar. Keletah dan kenakalan makin terserlah... hari-hari aku rasa nak duduk dengan cucuku. tapi apa nak buat... Mama dia tak mahu aku rasa seolah-olah jadi pengasuh untuk bayinya..

Pipi gembol, mata bundar, bibir yang kiut ermmmm memang sayang dan rasa nak picit-picit je pipi si Qaseh ni....

Qaseh.. cepatlah besar.. boleh berjalan dan berlari.. Nanny boleh bawakan Qaseh ronda-ronda, bawa kereta dan pergi tempat permainan untuk Qaseh.. ermmmm  nampaknya kena tunggu beberapa bulan lagi untuk Qaseh berjalan.. Tak sabarnyaaaaa...


************************.






Isnin, 20 Oktober 2014

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU..JANGAN MENGGUNAKAN TELEPHONE ATAU SMS...

Pagi ni aku memandu kereta Along kearah Kuala Lumpur atas urusan di Kementerian Kesihatan di Jalan Chenderasari bersama menantu perempuan . Perjalanan hari ini tenang dan selepas tol Subang kereta mulai perlahan. Keadaan masih terkawal. Perlahan aku pandu sambil bersembang -sembang mengenai keadaan semasa.

Keadaan trafik yang perlahan,  Jalan mulai  sesak dan terhenti-henti dilaluan berhampiran simpang menghala ke Klana Jaya , kereta didepan aku yang memecut laju serta merta memberhentikan kereta dengan mengejut. Aku lihat apa yang berlaku, Ya Allah berasap kereta Proton Waja putih telah melanggar kereta Myvi hitam. Alamak!! kenapa aku tak sempat menyuruh menantu ambil gambar tadi..ish2 ehhh apa yang aku meraban ni...

Panik juga, mujurlah aku tidak mengikuti belakang Waja terlalu dekat. Jika tidak subhanallah apa akan terjadi aku dapat bayangkan....Aku terus membelok laluan tengah, sambil mata nakal ni menjeling kepada kemalangan yang terjadi.. Aku lihat pemandu Proton Waja sedang membetulkan wayar telephone sambil membuka pintu kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya.

Pengajaran yang aku dapat hari ni... AWAS!!! JANGAN MEMGUNAKAN TELEPHONE ATAU SMS KETIKA MEMANDU ... bukan kita yang akan mendapat kecelakaan tetapi disebabkan kecuaian kita orang lain yang tidak  bersalah turut terkena tempias.....

Aku rasa simpati pada pemandu Myvi hitam. Tak pasal-pasal kereta kemek dan rosak teruk. Mungkin mereka hendak menuju kesuatu arah dan ada hal penting kan dah tergendala....

Kita selalu lalai dan sering melanggar peraturan jalanraya. Bila dah terjadi baru rasa menyesal.

Semuga kita semua berhati-hatilah ketika memandu walau dalam keadaan apa sekalipun.......