Isnin, 15 Ogos 2011

LORONG-LORONG KEHIDUPAN


Hampir setiap waktu, sebenarnya insan pasti mengalami jiwa yang duka lara, walaupun sudah terbiasa , namun hakikatnya manusia biasanya mudah terluka atas sesuatu yang tidak kita senangi. Hidup sebagai manusia, kemampuan untuk menangani kelaraan dalam mencari kebahagiaan akan wujud derita yang acap kali menjurus kepada rasa sedih dan nestapa. Sekuat mana kita hadapinya, tetapi jiwa lara adalah wadah untuk menyedari yang kita perlukan suatu kekuatan diri untuk bangun dan lebih berdikari. Ketika kita sedih, sebenarnya kita sedang membuang ego kita sedikit demi sedikit. Tanpa kesedihan ego kita semakin menebal kerana kita rasakan kita lebih bijak dan mungkin lebih hebat dari sekelian yang ada.

Tetapi sifat tenang,tabah dan redha adakalanya perit untuk kita kuasai dalam kehidupan kita
kerana sifat manusia tidak mampu untuk menghadapi situasi demikian. Lantas manusia pasti
merasakan dirinya merana,kecewa,sedih dan duka lara. Sampai pada satu tahap jiwa meronta-ronta untuk menghilangkan segala keperitan yang ditanggung. Kepada siapa hendak di adukan segala derita ini.. Memang kepada Allah juga tempat kita mengadu dan kepadaNYA tempat kita memohon perlindungan..Tetapi selagi terdaya menanggong derita tersebut selagi itu manusia tidak akan mengalah dan tidak akan menoleh kebelakang untuk meminta belas kesihan dari orang atau pun sesiapa.

Yang menjadi masalah ialah, individu itu sering melayan dan menelan kepahitan di dalam kehidupan hinggakan menjadi mudarat kepada dirinya sendiri.Malah ada yang mengagungkan kepahitan sebagai satu cara hidup untuk menyusahkan diri sendiri atau orang lain. Semua berlaku kerana kita manusia lemah dengan sifat emosi yang dianugerahkan kepada kita. Jika boleh biarlah hidup ini bahagia dan membahagiakan. Maksudnya tiada guna kita mempertahankan kepahitan hidup ini sebagai satu amalan hidup kita kerana hidup ini sebenarnya terlalu singkat.



Buat insan yang terlalu kecewa dan merana.. buatlah ianya sebagai pedoman dan pandauan
kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk kita redahi, terlalu pendek untuk kita lalui...
setiap yang terjadi adalah ketentuan dan takdir pada diri kita... terimalah seadanya dan bersabar dalam semua perkara..semuga kita menjadi insan yang lebih menghargai kehidupan.


********************