Jumaat, 28 Mei 2010

BERSABARLAH....


Nasib kita dalam dunia ini tidak semuanya bahagia
ada kalanya hidup ini perlukan pengorbanan
ada juga hidup ini dilanda musibah
cuma cara bagaimana kita menghadapinya


Seperti kata orang .........
Bukan hidup ini kalau tidak kerana dugaan dan halangan
kerana cabaran akan mematangkan diri kita
Bukan juga kesenangan yang kita akan kecapi
jika kita tidak diberikan ujian


Diri kita tidak senantiasa sihat
ada kalanya kesakitan akan membuatkan diri kita insaf
kita akan merasa diri kita adalah insan yang serba hina
makhluk Tuhan yang daif di sisinya

Aku juga berdoa agar engkau akan cepat sembuh
dari segala kesulitan dan kesakitan yang engkau sedang tempuhi sekarang
pada Tuhan aku memohon
agar engkau kembali ceria
kerana anak-anakmu perlukan perhatian dan kasih sayangmu
tabahlah dan sabar dengan segala ujian yang diberikan kepadamu
kerana kesabaran mu adalah separuh dari iman.



..................................

Tiada ulasan: