Sabtu, 13 Mac 2010

WHATEVER


Aku dah tak de idea... malas tahap kronik
Kepala pusing-pusing macam tayar kereta
cuaca pulak panas dan kadang-kadang gelap
sebentar lagi hujan
aku berkurung dalam bilik yang suram


Blurrr nyaaaa

Apa aku nak buat ye
tention betul ni
pill killer dah 2 biji aku telan
perut bergelodak meminta makanan
ohhhhh hmmmmm
lemahnya lesunya

apa yang aku meraban ni....
tapi tak pe la
hilang sikit tekanan
aaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhha
puas hati aku
baru tau sedap ke tidak suaraku
belum tentu boleh masuk
akademi fantasia
suara ku yang sumbang mambang..

oklah aku nak berlabuh
mimpikan yang indah-indah
laksana ke firdausi
bila ye
terkabul ke
....................................

Jumaat, 12 Mac 2010

MAKAN MAKAN JE




















Gambar ketika makan-makan di Jusco Seremban.

Semalam...12hb Mac 2010 aku ke Kuala Lumpur untuk mengambil barang. Aku bosan, cuba dail no Gee. Nasib ada dan aku memaklumkan bahawa aku akan bertemu dengannya.

Pusing-=pusing jalan taman Cempaka.. akhirnya berjumpa juga distinasi yang ditujui..

Sampai aku dijamukan dengan makanan tengahari.. wah pandai yer adik aku ni memasak...
dia kata tu cuma main campak-campak je.. belum betul-betul lagi..perkk kalau betul pasti terangkat punya hehe.

Kekenyangan dan aku akan pulang ke rumah.. perjalanan memakan masa lima puluh minit. aku akhirnya sampai kerumah. perut terasa kenyang lagi.. lantas mengadap la komputer semula.
Hemmmm itu lah rutin harian ku.. komputer komputer tak de lain... Boring boring nye..
nak melakukan perkara lain badan masih tak mampu... nantilah jika aku sudah mulai betul-betul mampu.. aku akan mengembara dalam hutan dan akan mendaki banjaran... itulah harapan dan impianku..

Hari pun mulai gelap... aku perlu menunaikan tanggongjawabku kepada Maha Pencipta......esok jika berkesempatan aku akan coretkan lagi..

SAPPHIST



Lesbian merujuk kepada wanita yang tarikan seksualnya hanya kepada wanita lain. Wanita yang tertarik kepada kedua-dua wanita dan lelaki selalunya dirujuk sebagai biseksual.

Perkataan lesbian berasal dari Lesbos iaitu sebuah pulau di Greece. Sappho, seorang penyajak wanita zaman dahulu yang tinggal di Lesbos, terkenal dengan sajak-sajaknya mengenai cinta. Sappho menulis sajak cinta untuk wanita. Kerana itu namanya dan pulau tempat dia tinggal menyebabkan orang mengaitkan pulau tersebut dengan wanita yang mencintai wanita. Kadangkala lesbian juga dipanggil Sapphis (bahasa Inggeris: Sapphist) sempena nama Sappho.

Ya Allah ya tuhanku.. apalah nak jadi dengan kehidupan manusia didunia ini.. Perkara yang diharamkan itu juga la yang mereka nak buat dan lakukan... macam dah tak de lelaki dalam dunia ini.. kenapa mereka-mereka ini memilih kaum sejenis??? bukankah Allah telah menjadikan manusia berpasangan lelaki dan wanita!.

Sabda Rasulullah saw, diriwayatkan oleh: Ibnul Jauzi..

"Nikah itu dari pada Sunnahku,maka barangsiapa tidak suka dengan Sunnahku,maka ianya bukanlah dari golonganku"

Firman Allah s.w.t

"Surah Ar Rum ayat 21: Dan dari antara tanda-tanda kebesaran Allah iaitu Ia jadikan bagi kamu pasangan(isteri-isteri) supaya kamu hidup tenteram kepadanya,dan dijadikannya di antara kamu kecintaan dan kasih sayang"

Manusia telah menjadi gila.... manusia sudah hilang pertimbangan.... hanya padamu ya Allah.. lindungilah kami dari kemurkaanmu dan jangan lah kami tergolong dikalangan orang-orang yang kejam.

Khamis, 11 Mac 2010

NASIB SEORANG MANUSIA KERDIL




Hampir 300 ribu anak luar nikah telah di daftar. Hari2 juga kita dimomokkan dengan berita buang bayi. Berapa ramai lagi kah bayi sampah yang tak ditemui,yang ikut naik lori sampah? yang dimakan anjing dan reput saja2.? yang masuk lubang tandas macam najis? lalu tak dilapurkan walaupun keluarga tahu, nak jaga malu.? Utk anak2 gadis yang "sedang" enjoy free seks ni,cubalah insafkan diri dan lihatlah kedepan demi masa depan kamu..jangan terleka dan terlalai dik kerana nafsu serakah.Hingga diri ternoda demikian rupa.

Kalau ada niat nak cuba atau nak meneruskan tabiat maksiat itu musim cuti CNY dan valentine ni, bayangkan deritanya melahirkan, malunya diri, keluarga, agama dan bangsa negara selamanya..!. Bayangkan betapa besarnya dosa yang akan di `ungkit' sepanjang hayat..!, bayangkan pertemuan anak itu dengan anda di akhirat nanti..! bayangkan besarnya laknat sang `Pencipta,' terhadap anda..!, tak guna menyalahkan orang, bukan mereka yang jahat, tapi kita yang BODOH kerana menyerahkan diri dan sengaja mengundang masalah.

Kalau pun tak boleh jadi manusia, kekallah jadi haiwan yang lumrah, yang menyayangi anaknya.!,janganlah kita jadi lebih teruk `dari haiwan'..! Itu lebih baik daripada mati sakit jantung, sedih melihat kejadian sebegini `semakin menjadi2'.

Kembalilah ke pangkal jalan . Terapkan nilai-nilai agama mengikut kepercayaan masing-masing.Jangan biarkan kita hanyut dibuai hayalan dunia ini...Dunia semakin tua manusia berlumba nak jadi muda kembali...ingatlah Allah bagi mereka beragama islam..yang penting kita sering ingat mengingati..
.

Rabu, 10 Mac 2010

OH SHARLINIE


Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Polis masih gagal menemui petunjuk bagi mengesan Sharlinie Mohd. Nasar yang hilang sejak 9 Januari 2008 lalu, walaupun operasi dari rumah ke rumah semakin giat dijalankan.

Bagi Suraya Ahmad, ibu mangsa culik Sharlinie, ketiadaan anak bongsunya tidur di sisi begitu dirasai sehingga dia tidak dapat lena pada setiap malam.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan anaknya yang diberi panggilan manja Linie itu tidur di biliknya dan Linie pula selalu memintanya memeluk sambil mendodoinya sehingga tidur.

“Memang sukar untuk melelapkan mata kerana saya sangat merindui Linie, lebih-lebih lagi sering terfikirkan apa nasib dia sekarang,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini.

Suraya memberitahu, dia dan suaminya, Mohd. Nashar Mat Hussein juga tidak dapat tidur lena kerana perasaan cemas yang membelenggu dan tertunggu-tunggu setiap panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pemberi maklumat.

“Beberapa hari ini kami sangat penat, makan pun tidak berselera, air pun tidak membasahi tekak namun saya dan suami bertekad terus bertahan dengan doa agar Linie pulang ke pangkuan kami,” ujarnya.

Ibu bapa Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang masih marah dan sedih atas kehilangan kanak-kanak tersebut berjanji tidak akan berdendam dengan penculik anak mereka itu.

Sebaliknya ibu Sharlinie, Suraya Ahmad ketika membuat rayuan kepada penculik berkenaan dalam nada sebak dan beberapa kali mengesat air mata di pipi di sisi suaminya, Mohd. Nashar Mat Hussain berkata:

“Kami cuma mahukan Linie selamat. Pulangkanlah anak kami, kami sangat rindukan dia... tolonglah kamu (penculik) pulangkan Linie.

“Memanglah kami masih marah (dengan apa yang terjadi), mana ada ibu yang boleh terima anaknya diculik orang.

“Tapi kalau kamu (penculik) pulangkan Linie dengan selamat, kami janji tak akan berdendam dengan kamu, kami cuma nak anak kami... itu saja yang kami harapkan, kasihanilah kami.”

SUDAH menghampiri dua tahun Sharlinie Mohd. Nashar hilang. Sejak 'pemergiannya' 9 Januari 2008, tiada lagi khabar berita, tiada petunjuk jelas mengenai kehilangannya. Entah di mana dia berada, bagaimana hidupnya, siapa menguasainya... semuanya berlegar dalam pemikiran kita. Namun masyarakat khususnya keluarganya dan polis tidak pernah putus asa mencari, selain doa yang sentiasa mengharapkan kesejahteraannya.

Menyayat hati dan sedih mengimbau kenangan pemergian Sharlinie .. Bilakah akan pulangnya adik ini.. hanya Allah sahaja yang tahu dimana Sharlinie berada.....Muga-muga akan ada sinar bahagia buat keluarga Sharlinie.. Insyaallah

Selasa, 9 Mac 2010

CINTA TERHALANG



Kadang-kadang menghairankan juga,bagaimana suami orang dan isteri orang sedap bercinta, padahal masing-masing telah mempunyai pasangan yang serasi. Cinta pandang pertama mereka mungkin tidak boleh dilupakan.. Kenapa ye..mungkin juga cinta telah beralih arah!.. tetapi mengapa jatuh cinta kepada yang telah berpunya, dan kenapa tidak kepada gadis atau janda!...Ini yang sangat menghairankan.. kerana masing-masing sudah mempunyai pasangan masing-masing. Apa yang mereka mahukan untuk ikatan yang diharamkan ini?.

Seperti sabda Rasulullah saw:

Apabila duduk lelaki dan wanita yang bukan
mahram,maka yang ketiga bersamanya adalah
syaitan.

Kalau sudah demikian rupalah, asyik beriringan ketempat kerja,berinteraksi dan banyak menghabiskan masa bersama lelaki-lelaki dan wanita-wanita lain atas nama kerjaya.Kadang-kadang kerja luar kawasan bersama-sama untuk tempoh beberapa ketika.Suami pula tiada disisi hingga datanglah godaan-godaan halus perangkap syaitan didalam hatinya.Duduk makan bersama,berbincang dari hal kerja hingga melewati batas sensitif di luar hal kerja.Perangkap syaitan sedemikian halus, ikatan terjalin kerana masing-masing sudah berkahwin,tapi kononnya cinta terlarang itu tumbuh tanpa sengaja, betul ke ia tidak disengajakan ? atau terlanjur?

Mula-mula teman,tapi akhirnya mesra,semua cerita keluarga dikongsi bersama,rahsia pasangan masing-masing turut jadi bahan kajian diskusi meja bulat.Padahal aib suami haram dijaja didepan lelaki lain,begitu juga aib isteri jangan sesekali didedahkan kesana sini. Betul cinta haram begini tidak disengajakan,tetapi perkongsian maklumat sulit yang semestinya disimpan dalam fail peribadi rumah tangga suami isteri janganlah didedahkan sembarangan,apatah lagi kepada suami orang yang sedang berahi sebab jauh dari isterinya...

Pergaulan yang berlebihan akan merobohkan pagar pemisah di antara suami orang dan isteri orang yang bersatu hati selama berhari-hari di atas satu meja. Mula-mula satu meja,satu majlis,kemudian satu bilik kerja,terkeluar juga akhirnya ketempat-tempat yang tidak berkaitan dengan kerja,satu tempat hiburan,satu kedai,satu pawagam,akhirnya satu bilik hotel..bayangkanlah jika kulit dan kulit bersentuhan tidak sengaja,nafsu akan menagih supaya sentuhan itu disengajakan... maklumlah jika bauan wangi menusuk naluri kelakian seseorang yang telah lama tidak berjumpa isteri dan bauan gagah kejantanan lelaki tercium dari jarak dekat oleh wanita yang jauh dari suami dan anak, siapakah boleh mencegah syaitan masuk dalam pergaulan mereka...

Hati akan tersentuh jika merasa ada orang yang mengambil tahu dan menemani,berkongsi dan membahagikan suka duka bersama, disinilah bermulanya cinta haram berputik,kawan rapat pun berakhir menjadi kekasih gelap.Mula-mula mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka hanya bermain perasaan.Akhirnya lama kelamaan jika di rumah sendiri tidak mendapat layanan berkaitan dengan perasaan masing-masing,maka tunggula pasti akan roboh juga benteng keimanan yang selama ini dipertahankan.

Al Quran juga mengingatkan jangan dekati zina,bukan terus kepada tegahan supaya jangan berzina.Kerana zina itu dimulai dengan hubungan-hubungan yang halus,tidak terimbas oleh orang lain. Hanya dua jiwa saja yang tahu bahawa mereka ada sesuatu yang special...

AWAS HASAD MATA



Sabda Rasullullah s.a.w.
"Kalaulah ada benda yang lebih cepat daripada
qada' dan qadar, benda itu ialah MATA,Awasilah
'hasad mata' atau 'lontaran mata'.

Mata bagi ku adalah kurniaan maha Pencipta yang terlalu berharga dan bernilai.. Mempunyai peranan yang terlalu besar dalam hidupku dan kepada umat manusia keseluruhannya.Kerana mata juga menjadi tunjang kehidupan yang amat penting dan menentukan nasib kita samaada hidup ini bermakna atau tidak.Tetapi awas mata juga ada baik dan mata juga ada yang jahat. Oleh itu,berhati-hatilah dengan mata yang jahat.

Aku ada terdengar juga dari kawan-kawan yang baru pulang dari Negara Arab... anak-anak mereka apabila baru dilahirkan mempunyai rupa yang rupawan dan cantik, mereka akan menyembunyikan dari pandangan orang ramai, kerana dalam ramai orang yang memandang mungkin ada yang melihat dengan 'hasad mata'.Mereka akan melontarkan kata-kata pujian yang berlebihan hingga menyebabkan berlaku keburukan kepada anak itu. Pujian dan kata-kata yang berlebihan adalah dilarang untuk seseorang kerana bagiku yang berhak menerima pujian adalah Allah swt. Mungkin dengan pujian ini kadang-kadang gadis yang cantik dan sering mendapat pujian dan sanjungan, akhirnya berkesudahan dengan kehidupan yang melarat dan menderita..

Kerana mata juga kehidupan sesebuah rumah tangga punah, disebabkan kejahatan mata ini.Suami dan isteri memandang selain dari pasangan mereka dengan pandangan yang berbeza..Suami akan memandang wanita lain yang lebih cantik dan menawan dari isterinya,pasti mempunyai naluri berkeinginan mengenali wanita tersebut walaupun sekadar untuk suka-suka dan memuji wanita tersebut.. dan akhirnya mereka terjebak. Begitu juga si isteri, pasti terpesona dengan ketampanan lelaki yang lebih kacak dari suaminya. Maka terjadilah pandangan mata yang jahat tadi. Akhirnya berlaku lah kecelaruan dalam rumahtangga..Aku tidak mengatakan perkara ini semua akan terjadi. Cuma segelintir sahaja dan dari itu berwaspadalah dan berhati-hati walaupun kadang-kadang pujian dari seseorang itu memang ikhlas.. kerana kita ini makhluk yang terlalai dengan ucapan dan pujian.

Pandangan MATA menjadikan kita dengan pantas memuji keindahan dan kecantikan pada semua perkara, dibalas dengan ucapan "Masya Allah, La quata illa billah" bila aku kena puji.. hehe..
Begitu juga bila mahu keluar dari rumah dan menjadi sebagai pendinding daripada ketelusan mata jahat ini... Sebelum keluar dari rumah " A'uzu bikalimatillah hittammah, min kulli syaitani wa hammah,wa min kulli 'ainin-lammah"..... isyaallah amalan ini boleh menghindarkan dari syaitan yang telus mata dan 'mata jahat' yang senantiasa mengintai dalam diam tanpa disedari.

Tetapi bagi ku mata juga adalah NADI KEHIDUPAN kerana tanpa mata tiada berertinya hidup ini..

Isnin, 8 Mac 2010

SIAPA KAH ITU


Andai masa mampu berbicara
Engkau mungkin mengerti
sejuta catatan yang kutitiskan
Membawa kasih ini
Bersemi sepanjang zaman

Engkaukah itu
Berdiri bagai bayang-bayang
Hilang ditelan sinar cahaya
Kesuraman menghiasi sendu malam

Datanglah pujaan ku
menemani jiwa yang kosong
jangan engkau sangsikan
kasihku seharum kasturi

Biarpun kupujuk bulan
Sejarah lama ingin kulupakan
Mimpi yang tiada batasnya
Berilusi sendirian kala

Biarkan kupintal benang rindu
biar kugenggam tanganmu
Kasih yang sahdu ini..
kukalungkan dijiwamu
hari-hari mendung kian berlalu
warna-warna suram malammu
ditemani bintang beribu
Bersemaraklah kasih kita
Seagong sinar mentari
diufuk senja.....

DUDA..MATANG ATAU BERPENGALAMAN..





Benarkah bapa tunggal makin laris berbanding lelaki bujang dan benarkah lelaki duda semakin berusia semakin laku?.Logiknya tetap ada ramai bapa tunggal yang ditemui mengelak bila ingin ditemuramah atas alasan,tidak mahu publisiti atau takut tersalah anggapan,apatah lagi jika mereka mempunyai status dan kedudukan.Mereka lebih suka LOW PROFILE dan menganggap perkara ini terlalu peribadi.Bukan untuk dihebahkan dengan orang lain.

Single Father gelaran ini lebih istimewa sedikit berbanding Single Mother bunyinya sahaja kelihatan hebat..Lelaki yang ini menjadi buruan dan dihimpit ramai wanita ..eh.. tapi kenapa ya? sudah lama solo,tetapi tidak kawin-kawin? Ramai yang rapat tetapi si duda tetap bertahan membujang.Wanita yang diluar tidak cukup cantik atau hebatkah atau mereka terlalu memilih???

Aduh... yang duda masih ingin kekal solo atau tamatkan sahaja zaman bujang?.Pasti ini bukan soal kesal atau serik atau apa sahaja yang orang lain perkatakan dengan mudah...Ah,tanyalah pada hati dan jawab sendiri,hanya dia yang lebih mengerti...

Biarlah menduda asalkan tidak dibaluti 'kekesalan'pengalaman lalu.Sebahagian mengaitkan dengan soal jodoh.Sebahagian lagi,mengatakan keliru untuk memilih yang terbaik kerana takut pisang berbuah dua kali.Benarkah, lebih baik hidup menduda daripada menamatkan zaman duda?Selain faktor jodoh,terpulang pada lelaki itu sendiri kerana sudah tentu mereka lebih faham apa yang terbaik untuk diri mereka.

Lelaki berbeza dengan perempuan. Lelaki yang tidak berkahwin,tidak kira bujang atau duda,tidak mempunyai stigma atau dilabelkan seperti wanita yang tidak mempunyai suami. Sebaliknya lelaki yang tidak berpasangan dianggap biasa malahan jika mereka mempunyai ramai teman wanita pula menjadi satu kebanggaan bagi golongan Adam ini. Ini untungnya lelaki.' Manusia percaya pada Qada dan Qadar Allah bahawa manusia itu dilahirkan berpasang-pasangan.Jika ada manusia yang tidak berpasangan sama ada tidak mahu atau belum berjumpa atau belum ada jodoh,maka hidupnya tidak lengkap,lelaki dan wanita dijadikan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Jesteru itu Allah menciptakan Hawa untuk melengkapkan hidup Adam'.

Sebaliknya kejayaan seorang lelaki,pasti ada wanita yang menjadi pendorong dan tulang belakang lelaki.Hidup lelaki pasti akan sunyi tanpa wanita persis wanita merasakan kesunyian tanpa kehadiran lelaki di sisi.Biar pun cinta sesama manusia tidak kekal dan cinta yang abadi hanya pada Allah,tetapi manusia perlukan teman untuk berkongsi dan saling melengkapi.Soalnya 'jodoh' pasti akan sampai jika doa yang ditabur hari-hari akhirnya diperkenankan oleh yang Esa.Doa yang tidak putus-putus disulami hidup yang berkat,pastikan termakbul jua kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..