Sabtu, 27 Mac 2010

PEMBANTU RUMAH


ISU pembantu rumah warga Indonesia tidak pernah lekang dari bibir rakyat Malaysia. Ia seringkali menjadi paparan hangat di dada akhbar mahupun saluran televisyen yang mendedahkan kes pembantu rumah didera majikan, amah melarikan diri, mencuri sehinggalah menculik anak majikan.

Persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah disebabkan layanan kurang mesra majikan kepada pembantunya atau sesetengah mereka sememangnya datang dengan niat jahat?

Realitinya hari ini, golongan isteri atau ibu yang bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga menyaksikan keperluan kepada perkhidmatan pembantu rumah sangat mendesak. Malah, bayangkan majikan sanggup membayar kepada ejen pembantu rumah setinggi RM6,000 untuk seorang pembantu rumah asing.

Hakikatnya, bayaran lumayan itu bukanlah satu jaminan bahawa majikan akan mendapat pembantu yang baik, jujur, pandai membuat kerja atau bijak dalam urusan rumah tangga. Lebih malang apabila ada yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Selebihnya, majikan berisiko menghadapi pembantu rumah yang melarikan diri sehingga ada yang sanggup bersikap 'panjang tangan' mengambil barangan berharga milik tuannya. Lebih memeranjatkan lagi apabila mereka berani membawa lari anak majikan itu sendiri.

Bagi pembantu rumah pula, mungkin mereka tidak serasi dengan majikan, tidak minat bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi terpaksa berhijrah kerana sesuap nasi yang akhirnya mendorong mereka melarikan diri.

Aku nak kongsi sedikit perihal pembantu rumah ini:

1) Jiranku sebelah rumah.,mengambil pembantu rumah disebabkan kesulitan untuk menjaga anaknya yang seramai lima orang.Beliau bekerja sendiri dengan menghasilkan produk makanan ringan iaitu membuat maruku.Kerana itu beliau perlu untuk mengambil seorang pembantu, tapi sayang kerana pembantu rumah ini tidak faham dan sering melakukan perkara yang diluar batas seperti belum tamat tempoh kontrek perkhidmatan dia mula buat perangai.Konon sakit, rindu dengan suami dan anak-anaknya di Indonesia lah dan macam-macam kerenah.Jiran aku pun memulangkan kembali pembantunya ke Indonesia.Adakah ini kerana kita terlalu beri muka,lantas mereka sampai boleh memijak kepala kita?..

2) Ini pula kisah pembantu rumah adik ipar aku. Beliau mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak kerana beliau bekerja. Pada mulanya perangai pembantu ini baik dan boleh dipercayai.Lama kelamaan sudah nampak tembelang dan pembantu ini sebenarnya bukan sahaja tidak memperdulikan anak adik ipar ku,malah beliau seringkali bersekedudukan dengan lelaki Bangladesh di belakang rumah.Akhirnya bila tertangkap perbuatan beliau terus dihantar pulang.

Oleh itu sebelum apa-apa terjadi perkara yang menyukarkan keadaan tindakan awal bagi mengelakkan daripada perkara sebegitu berterusan adalah dengan menyimpan dokumen penting seperti pasport, sekeping gambar dan kad pengenalan diri pembantu mereka. sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, dokumen tersebut menjadi bukti dalam melakukan proses pencarian, perbicaraan dan pengadilan di mahkamah.




Jumaat, 26 Mac 2010

LANGKAWI (LAGENDA MAHSURI)

Semasa anak bongsuku masih bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Langkawi pada tahun 2004 hingga 2005, kemestian aku akan berkunjung ke Makam Mahsuri di Kampong Ulu Melaka Langkawi. Mengimbau sejarah Lagenda Mahsuri memang mengharukan perasaanku.

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sebagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.




Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.








Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.




Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.





Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Khamis, 25 Mac 2010

DENDAM BUKAN MILIKKU


Dalam menghitung hari-hari yang lalu
aku merasa tidak selesa
kerana masih dibayangi dendam-dendam di hatiku


Semuanya bermula apabila kau memutuskan
ikatan cinta setia kerana si dia
telah mencuri hatimu dahulu
dan dari detik itulah bermulanya sengketa antara kita


Tetapi.. rinduku terhadapmu sering menerjah pintu hatiku
dan apabila malam tiba makin resah hatiku
waktu itu hanya tuhan saja yang tahu
betapa siksanya batinku tanpamu


Dendam yang kau sangkakan akan lahir daripada jiwaku
meleset sama sekali
kerana dia yang maha kuasa
telah menundukkan egoku


Dan buat pengetahuanmu
supaya kau tidak terluka
aku bukanlah pendendam
kerana dendam itu bukan milikku

LAGENDA PUTERI DIANA

Permaisuri Charles, Putera Wales (19811996)
Anakanda
Putera William dari Wales
Putera Harry dari Wales
Nama penuh
Diana Frances Spencer
Gelaran
Diana, Princess of Wales
HRH The Princess of Wales
Lady Diana Spencer
The Hon Diana Spencer
Wangsa House of Windsor
Ayahanda Edward, Earl Spencer
Bonda Frances, Viscountess Althorp
Born 1 Julai 1961(1961-07-01)
Bendera England Park House, Sandringham England
Dibaptis
St. Mary Magdalene Church, Sandringham
Meninggal
dunia
31 Ogos 1997 (umur 36)
Bendera Perancis Paris, France
Dikebumikan Althorp, Northamptonshire, England

Aku sukakan kisah Puteri Diana, sebab dia sangat cantik,menawan dan semua yang ada pada dirinya cukup sebagai seorang wanita yang disanjungi.Semasa hayatnya apa saja gaya dan fesyen ramai wanita diseluruh dunia pasti akan mengikuti perkembangannya termasuk fesyen rambutnya dan pakaiannya.

Beliau dibaptiskan di Gereja St. Mary Magdalene di Sandringham, oleh Percy Herbert (rektor gereja dan bekas biskop Norwich dan Blackburn); ibu bapa pembaptisannya ialah John Floyd dan Mary Colman (seorang anak saudara Elizabeth, Ibu Ratu).

Diana mempunyai latarbelakang keluarga diraja dan bangsawan. Di sebelah ibunya, Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika, Frances Works. Di sebelah bapanya, Diana merupakan keturunan langsung Raja Charles II melalui dua anak lelaki yang luar nikah dan menerusi Raja James II melalui seorang anak perempuannya yang luar nikah. Menurut penyusun biografi Diana, Lady Colin Campbell, moyang kepada moyang Diana, Eliza Kewark (beberapa sumber mengeja nama Kewark sebagai "Kevork" atau "Kevorkian") berasal dari Bombay, India dan kemungkinan keturunan orang India, walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kewark" adalah dari Armenia.

Setelah perceraian ibu bapanya, Diana telah dijaga oleh bapanya. Dengan kematiannya datuk di sebelah bapa, Albert Spencer pada 1975, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran Lady Diana Spencer dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di Althorp. Setahun kemudian, bapanya berkahwin dengan Raine, Countess Dartmouth, anak perempuan kepada novelis romantik, Barbara Cartland.




Saat bahagia bersama Putera Charles semasa majlis perkahwinan Diana


Diana menerima pendidikannya di Riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girls' School, di Sevenoaks, Kent, di mana beliau dianggap sebagai seorang pelajar berprestasi rendah. Diana juga telah gagal dalam peperiksaan O-levelnya. Pada 1977, semasa berusia 16 tahun, Diana meninggalkan sekolah West Heath untuk menuntut di Institut Alpin Videmanette di Switzerland, sebuah sekolah yang menitikberatkan pendidikan budaya dan menyediakan pelajar-pelajarnya untuk aktiviti-aktiviti sosial.

Di situ juga, Diana telah berkenalan dengan bakal suaminya Putera Charles yang pada masa itu sedang keluar dengan kakaknya, Lady Sarah. Mereka berkahwin pada tahun 1981 dalam suasana gilang gemilang, di St.Paul Cathederal London dan disaksikan oleh berjuta-juta rakyat dunia melalui siaran langsung dan media.Rata-rata menganggap perkahwinan itu bersejarah kepada takhta Britain.Kecantikan Diana dengan kematangan Charles dianggap pasangan yang unggul yang sukar ditandingi.Perkahwinan itu menjadi tambah berseri bila mana tahun 1982,Diana melahirkan anak pertama,Putera William dan pada tahun 1984 seorang lagi putera bernama Harry.



Puteri Diana bersama kekasih gelapnya Dodi al-Fayed


Tapi sayang sekali keretakan rumah tangga mereka pada 1990, Diana dan Charles dikatakan tidak sehaluan.Bila penceraian rasmi Diana dengan Putera Charles berlaku pada 28 ogos 1996,kekecewaan mengenai hubungan seks suaminya dengan kekasih lama,Camilla Parker Bowles.Pengakuan Charles tentang skandalnya menyebabkan Diana hilang arah hidup dan cuba membunuh diri.Tetapi dia bertindak liar dengan mengadakan hubungan kelamin dengan berbagai-bagai jenis lelaki termasuklah anak jutawan bernama Dodi al_Fayed.




Keranda Diana diarak di London


Diana terbunuh dalam kemalangan di dalam terowong Sungai Seine bersama-sama kekasihnya Dodi al-Fayed ketika cuba melarikan diri dari kumpulan jurugambar "paparazzi" yang mengekori mereka ketika bercuti di Paris.Maut dua kekasih bersama dengan pemandu mereka apabila kereta Mercedes 600 terbabas lalu melanggar pembahagi jalan yang menyebabkan keretanya remuk,meletup,Dodi dan pemandu kereta mati serta merta.Diana masih bernafas tetapi usaha untuk menyelamatkannya tidak berhasil bila sekumpulan doktor Perancis bertindak kira-kira 10 jam untuk memulihkan perjalanan darah pada tubuh dan jantungnya yang remuk dan parah.

Akhirnya pada pukul 4.00 pagi (waktu Perancis) Diana disahkan mati. Kematiannya dirasai oleh ramai penduduk dunia kerana selain kecantikannya Puteri Britain yang disaksikan seluruh umat manusia,dia juga adalah bekas isteri kepada anak Raja Britain,Putera Charles.Semasa hidupnya dia seorang yang prihatin terhadap penghidap AIDS,barah(kanser),hak asasi kanak-kanak dan giat memperjuangkan kempen antipenggunaan periuk api.Kerana peka terhadap perkara-perkara ini Diana membuat lawatan rasmi ke Bosnia,Angola,Pakistan,India.Dia akan disambut penuh hormat.Diana bukan sahaja mempamerkan kecantikannya tetapi jauh dari itu mengambil berat dengan masalah dunia yang semakin kalut.

Diana dikebumikan di Pusara Althorp,Northamptonshire.England dalam usia 36 tahun.Kini Lagenda Diana tidak akan hilang ditelan zaman dan tetap akan menjadi sejarah..

Rabu, 24 Mac 2010

ENGKAUKAH ITU


Menatap matamu
seperti menatap kolam rahsia
ada sinar yang tak dapat ditafsirkan
ada kilau yang tak dapat dihuraikan

Menatap bibirmu
seperti menatap kelopak cinta
warnanya menyerlahkan kepesonaan
geraknya melurahkan keasyikan

Menatap jarimu
seperti menatap ranting rindu
Di situ tergantung sebutir embun
di situ jua merimbun daun-daun beracun

Menatap tubuhmu
seperti menatap banjaran gunung
kadangkala kau berdiri di tengah kabus
kadangkala kau bersunyi di peluk gelita

Menatap sifatmu
seperti menatap ruang yang luas
kadangkala puas ku mencari
kadangkala kau hilang
kadangkala kau muncul
namun mungkin tidak
apa yang ku cari

YANG MANA SATU PILIHAN HATI


Pernah terfikir mengapa ada sesetengah wanita cantik memilih lelaki yang kurang kacak sebagai pasangan hidup? Pasangan yang terdiri daripada isteri yang cantik daripada suami lazimnya lebih positif dan saling menyokong berbanding padanan yang lain. Lelaki amat menghargai kecantikan sementara wanita lebih berminat kepada suami yang memberi sokongan.Meskipun mengakui bahawa rupa itu adalah subjektif, tetapi tetap terdapat beberapa piawaian universal untuk menyifatkan seseorang itu cantik atau kacak. Berkahwin dan mengenali satu sama lain sebelum mengikat tali perkahwinan.

Apabila si isteri berbincang dengan pasangan masing-masing tentang masalah peribadinya sama ada pasangan mereka bersifat menyokong isu yang dibangkitkan berkaitan matlamat untuk mengamalkan pemakanan lebih sihat sehinggalah mengenai mendapatkan pekerjaan baru atau mahu bersenam selalu. Bukan mereka terlebih dahulu telah memberikan pada daya tarikan wajah dengan menunjukkan paling cantik daripada pasangan yang isteri lebih menarik berbanding suami, suami yang lebih menarik daripada isteri dan bakinya paras rupa yang setara. Isteri dan suami lazimnya bertindak lebih positif apabila si isteri lebih cantik.


"Apabila suami yang kurang kacak mengahwini seorang wanita cantik, akan mendapat sesuatu yang lebih daripada yang dijangka. Jadi, itulah yang membuatkan mereka berusaha keras untuk mengekalkan hubungan," Lelaki yang lebih menarik pula cenderung mempunyai mentaliti sebaliknya.Rupa fizikal lelaki yang menarik bukanlah penting bagi wanita, Ini kerana wanita lebih memilih suami yang bersifat menyokong.

Selasa, 23 Mac 2010

LICIK MENCARI WANG




Hairan! Ketika ramai di antara kita yakin gejala mengemis di kalangan kanak-kanak di negara ini semakin menyusut, rupa-rupa sebaliknya berlaku.Menariknya, tidak seperti sebelum ini, kanak-kanak tersebut 'licik' berkeliaran meminta sedekah serta simpati daripada orang awam tanpa pengawasan orang dewasa


Yang menyedihkan, kanak-kanak itu bukannya warga asing, sebaliknya mereka terdiri daripada anak-anak malang penduduk tempatan yang sepatutnya menghabiskan masa mereka di kelas-kelas ilmu dan bukannya merayu simpati daripada orang ramai.Persoalannya, siapa dan mengapa mereka boleh terjebak ke kancah tersebut pada usia sebegitu muda dengan sanggup 'menadah tangan' meraih simpati daripada orang ramai tanpa ada sedikit pun perasaan takut.


Mereka ini juga mungkin mahu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang.Hasil dari kerja meminta sedekah ini agak lumayan..

Isnin, 22 Mac 2010

CINTA OH INDAHNYA CINTA


APABILA disuakan dengan persoalan mengenai cinta, kita pasti akan mendapat bermacam-macam reaksi dan mungkin juga apa yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.Perkataan 'cinta' itu sememangnya amat berpengaruh, ia seakan mampu memberi satu kuasa magis kepada sesiapa yang mendambakannya. Cuma apa yang membezakan seseorang itu bijak menilai cinta ialah bagaimana tenaga daripada perasaan itu disalurkan kepada sesuatu yang positif.Pendek kata,selagi makhluk bernama manusia ini hidup, kisah cinta tidak akan pernah membuat mereka berasa bosan.






Elemen ini akan terus diulang dalam segala medium, sama ada novel, puisi, filem, lagu dan sebagainya.Menyelami perspektif cinta daripada individu yang mewakili peringkat usia berbeza membawa 'terjemahan' yang berbeza."Kadang-kadang, hati kita mungkin sukakan seorang lelaki ini. Tetapi bila terjumpa orang lain, macam tersuka pula pada dia.Ketika muda, kita sukar untuk menerima ketidak sempurnaan orang lain. Tetapi apabila usia semakin meningkat, seseorang itu lebih bersikap memberi dan menerima.



"Malah, perkataan love itu lebih panjang daripada empat patah huruf. Cinta akan berkembang menjadi satu bentuk hubungan yang disirami dengan persefahaman, memaafi dan kesediaan untuk menerima kelemahan pasangan. Sedangkan sewaktu kita muda, susah untuk kita menerimanya," .



Hubungan yang positif juga menjadi semakin penting. Individu akan melihat semula apa yang telah disumbangkan dalam perhubungan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pasangan. Sewajarnya, kita memberi lebih banyak daripada apa yang diterima selama ini."Apa yang boleh dilakukan oleh pasangan yang sudah berusia ialah menghabiskan lebih banyak masa bersama seperti pergi bercuti dalam tempoh yang pendek,"




Memang tidak dinafikan bahawa cinta mempunyai kuasa ajaib yang sukar diterangkan dengan kata-kata dan boleh membuatkan dunia ini tunggang langgang. Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh seseorang yang asyik dilamun cinta ialah gunakan kuasa cinta itu secara positif, untuk sesuatu yang positif itu wanita selalu mendambakan kasih dan sayang seorang lelaki walaupun dirinya pernah dimiliki oleh lelaki lain,tetapi di sebabkan mungkin jodoh telah tiada, kasih pudar dan kini mereka didambakan oleh sayang dari lelaki yang tidak pernah mempunyai pengalaman berumah tangga.



Oleh yang demikian cerita cinta tidak akan pudar dan hilang sampai bila-bila sehingga lah nyawa pergi meninggalkan kita. Itulah kuasa cinta tidak akan lenyap ditelan waktu. Jadi pandai-pandailah kita sebagai umat manusia mengawal emosi dan diri agar tidak terjebak dalam cinta palsu dan pura-pura.Takut diri kita akan kecewa dan merana.Hanya CINTA KEPADA ALLAH YANG KEKAL ABADI.

PERTUNJUKAN BELON UDARA PANAS



Cuaca sangat panas, pengunjung ramai yang mencari perlindungan,walaupun mengunakan payung dan berlindung disebalik pokok-pokok, namun kemeriahan tetap terasa .



Semalam aku dan dua anak-anakku melawat Pameran Belon Panas bertempat di Menument Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya.Penganjuran pesta ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya lebih meriah dan bukan sekadar pusat pentadbiran kerajaan malah akan menjadi acara tahunan, sementara itu pesta berkenaan turut menampilkan persembahan paramotor, pesawat udara kawalan jauh, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, ruang pameran, gerai menjual pelbagai jenis makanan serta minuman dan juga cenderahati.


Ia dibuka secara percuma kepada orang ramai mulai jam 7 pagi hingga 9 malam dengan anjuran bersama Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF).Bayaran menaiki belon panas untuk dewasa sebanyak RM10 dan RM5 bagi kanak-kanak. Majlis penutup pada Ahad ini akan disempurnakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tapi sayang sekali, kunjungan aku pada hari penutupan pameran kerana pameran tersebut hampir selesai.