Khamis, 6 November 2014

LUASNYA LAUTAN KEHIDUPAN

Dalam kita melayari lautan kehidupan
yang maha luas ini
kadang-kadang kita sering terleka
adanya laut yang cetek
adanya terumbu yang tajam
adanya beting yang menghalang
adanya juga bangkai-bangkai kapal
yang telah karam

Kerana terlalu luasnya lautan kehidupan
menjadikan kita tiba-tiba lalai
menggunakan carta dan kompas
yang akhirnya
kita sering terkandas
sebelum sampai ke pelabuhan
walaupun rumah-rumah api
sentiasa berkelip-kelip setiap malam










Rabu, 5 November 2014

SELAMAT HARI JADI HASNOR AMIRA

Semalam 4hb November 2014 hari kelahiran menantuku Hasnor Amira..
Selamat Ulang Tahun kelahiran dan semuga panjang umur dan
dimurahkan rezeki ..
Bertambah usiamu semakin mematangkan lagi pengalaman hidupmu
Terima kasih juga kerana mengurniakan seorang cucu untukku
Semuga kamu menantuku Hasnor Amira di permudahkan
perjalanan kehidupanmu disamping suamimu Amran Husni dan
cucuku Qaseh Aryana....Kalian semua adalah inspirasi ku dan
semangat hidupku..