Jumaat, 31 Oktober 2014

BAKTERIA DAN MAKHLUK HALUS MENGERIKAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BADAN BABI!



Inilah rupa bentuk makhluk-makhluk halus yang terkandung di dalam badan seekor babi sihat.


1. Cacing pita Taenia solium
Spoiler for Taenia solium:
2. Cacing spiral Trichinella spiralis
Spoiler for cacing:
3. Cacing tambang Ancylostoma duodenale
Spoiler for Ancylostoma duodenale:
4. Cacing paru Paragonimus pulmonaris
Spoiler for Paragonimus pulmonaris:
5. Cacing usus Fasciolopsis buski
Spoiler for Fasciolopsis buski:

6. Cacing Schistosoma japonicum
Spoiler for Schistosoma japonicum:
7. Bakteri Tuberculosis (TBC)
Spoiler for Tuberculosis:

8. Bakteri kolera Salmonella choleraesuis
Spoiler for Salmonella choleraesuis:
9. Bakteri Brucellosis suis
Spoiler for Brucellosis suis:

10. Virus cacar ( Small pox)
Spoiler for Small pox:


Penyakitnya seperti ini:
Spoiler for cacar:
11. Virus kudis ( Scabies)
Spoiler for Scabies:
penyakitnya seperti ini
Spoiler for kudis: 
12. Parasit protozoa Balantidium coli
Spoiler for Balantidium coli: 

1. Binatang paling rakus, kotor, dan hina di kelasnya.

2. Kerakusannya tidak tertandingi oleh haiwan lain.

3. Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri.

4. Kotoran manusia pun dimakannya. 

5. Sangat suka berada di tempat yang basah dan kotor.

6. Untuk memuaskan sifat rakusnya, bila tidak ada lagi yang boleh dimakan, ia muntahkan isi perutnya, lalu dimakan kembali.

7. Kadang-kadang ia mengencingkan dulu makanannya terlebih dahulu sebelum dimakan. 





Sumber www.mazeermohamad.com

MASALAH TERLERAI SESUDAH DITULIS SATU PERSATU!.

Assalammualaikum...

Hari ni memang rasa nak marah sangat-sangat. Marah sampai tahap gaban kata budak2 sekarang..
Sampai satu tahap rasa nak jerit2 kuat2.. biar dunia tahu aku sedang marah sangat2.
Memang aku tahu sifat marah ni satu kesilapan dalam diri aku..Fikir punya fikir marah2 gini pun tak elok untuk kesihatan aku yang dah dikira lebih setengah abad ni huhuhu...Marah ni juga sampai satu tahap boleh buat aku menangis untuk meredakan kemarahan. Biarlah kemarahan ini aku je yang tau kenapa.....



Aku ada terbaca artikel dari sebuah majalah ..tahun 1991 majalah apa dah lupa pulak.. tapi masih ingat juga.. intipatinya....

Ada satu cara yang baik untuk meredakan perasaan marah. Tuliskan saja perkara-perkara yang
menyebabkan kita menjadi begitu marah. Perkara-perkara ini boleh dikarangkan dalam bentuk
senarai puisi, cerpen dan juga karangan gambaran.

Jangan risau jika kita dapati perkara-perkara yang kita tulis itu tidak masuk akal langsung.
Kita tidak menulis untuk menghasilkan sesuatu yang  boleh memenangi hadiah sastera.
Yang penting ialah kita dapat mengesan punca-punca kemarahan untuk meredakannya.

Setelah menulis punca-punca kemarahan kita akan berasa amat letih seperti baru tamat
berlari sebatu atau seperti lepas menangis selama 30 minit. Seterusnya senaraikan semua
perkara yang positif  dan kemudian perkara-perkara yang negetif.

Kemudian kaji semula segala perkara yang telah anda senaraikan tidak kira sama ada
positif atau negetif. Tidak lama kemudian pasti akan terserlah penyelesaiannya. Kita
juga dapat mengesan kesalahan kita dan terserahlah untuk menerima atau menolaknya.

Inilah satu-satunya cara menyelesaikan masalah yang boleh digunakan oleh golongan tua dan muda. Malah boleh digunakan untuk seumur hidup.

Menjadikanlah usaha menulis sebagai sebahagian daripada cara kehidupan kita dan boleh membantu kita mengatasi keadaan-keadaan yang rumit. Sesungguhpun sebabnya tidak ketara tetapi amat jelas kita akan berasa lega selepas menulis masalah pada kertas dari kita melepaskan kemarahan kepada orang lain. Masalah kita juga akan dileraikan dengan harmoni dan tidak lagi menyakiti hati orang lain dengan kemarahan kita yang membuak-buak.....

Khamis, 30 Oktober 2014

IJN...SAKIT....ALANGKAH..!!!!..

24hb Nov 2008
Institute Jantung Negara

Alangkah ampunya prihatin
ketika dilamar dera
diminta meramasi luka bercempera
lalu menyangga ngilu yang berladung
bagai meramas duri dan paku
bak mengunyah garam dan kerikil
sambil melukah takwa
saat berkelana di wad ini

Di sini
ingin kusunting kembali kuntum sejahtera
antara kenangan dan harapan
doa dan syukur
sebelumnya kuterima dengan pongah
bahawa,
lara yang menjarum
ria yang bertakung
bak siang meratah terang
dan malam mengasak kelam
adalah kerencaman musim
sering bertandang dan pulang
merinci kehidupan

Lalu tatkala duniaku dikelamkan
ingatan pudar lenyap
bagai dunia tiada ujud
lenyap 8 jam diawangan
ohhhhhh......
kendiri hilang
keupayaan lebur
pandangan kabur


Ujian getir ini
antara sejadah dan istighfar
terhadap nikmat dan musibah
ada KAU dalam hatiku
rapat dan dekat
erat dan kejap...


Andai boleh diputarkan kembali
nostalgia ini...
hanya secebis doa
Alhamdulillah
syukur kepadaNYA
nikmat diberikan menatap buana
bukan kerja kita
tapi anugerah kehidupan ini
amat sakit dan amat perih


Terima kasih
buatmu puteriku
Dr Nadia...
.kamu mencetuskan kehidupanku ini
anugerah Allah buatku..
moga kamu kekal bahagia,murah rezeki dan
dirahmati dunia akhirat.


***************************




.

Rabu, 29 Oktober 2014

PEREMPUAN?



Engkaukah yang terlena
di ranjang yang basah
kelambu malammu menabit kata
pembancuh noda

Engkaukah yang kuyup
di padang nan gerimis
di gaunan pengantinmu
yang kusam kehilangan warna

Atau engkaukah itu
yang datang dengan sebilah cemeti
di tangan kanan yang pudar
bersimpuh dalam pasrah
lalu membunuh rasa amarah?..



**********************

Ahad, 26 Oktober 2014

PETANG-PETANG YANG CARCA MARBA..


Pagi tadi lepas aku balik dari senaman taichi di Taman Tasek Shah Alam, perut terasa lapar sebab belum bersarapan. Fikir punya fikir, buka peti ais, ada lobak merah dan daging yang berbaki semasa qurban tempoh hari. Dapat ilham nak buat nasi goreng...

Apa susah-susah sangat hentam jela labu!.. akhirnya termasaklah sudah Nasi Goreng Beryani carca marba.. Fuhh sedap juga bila di makan.




Pukul 12.00 tengahari aku ke Klinik Najat. Mula kan tugas mana patut. Semalam cuti Maal Hijrah, klinik tutup sehari... Rezeki lagiii...

Si Jamilah staff baru balik Trengganu, bawa ole-oleh dari Besut.  Best bukan main...syukur alhamdulillah  dapat keropok dan buah dokong..ermmm petang ni boleh lah start goreng nanti boleh buat minum petang.