Jumaat, 2 Julai 2010

MAKIN TUA MAKIN CEMBURU




Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinasikan cemburu
sebagai kurang percaya atau syak wasangka (takut-
takut) suami punya isteri lain.

Perasaan ini timbul kerana rasa bimbang dan syak
wasangka terhadap kesetiaan orang yang dicintai.

Cemburu juga punya perasaan yang hadir dalam hati
insan tanpa mengira lelaki mahupun perempuaan, kecil
ataupun besar, tua mahupun muda

Hadirnya lantaran rasa sayang terhadap seseorang menyebabkan
rasa bimbang akan kehilangan orang yang disayangi.
Semakin tua usia seseorang itu, cinta yang berputik sebelum
bercinta semasa muda kekal rasa rindu dan cemburu yang amat
mendalam.

Rasa cemburu bukan sahaja wujud dalam sebuah
hubungan suami isteri atau kekasih, tetapi juga adik-
beradik, anak-beranak dan juga rakan sekerja.

Cemburu merupakan naluri manusia yang sukar
di bendung. Satu sifat cemburu yang positif dan
satu lagi cemburu negatif.

Tidak semestinya manusia mampu mengawal
rasa cemburu. Lantaran timbul apa yang dikatakan
sebagai cemburu buta.

Ada kaitan cemburu dengan usia, biarpun cemburu
tidak mengenal batas usia,tapi ada mengatakan
semakin berusia seseorang makin tinggi tahap
cemburunya.Pendapat mengatakan wanita lebih
kuat cemburu berbanding lelaki.

Apapun sebenarnya wanita punya sifat penuh kasih
sayang,menyebabkan rasa cemburunya sering disalah
ertikan.Wanita sangat cemburu bila pasangannya
mula menyimpan perasaan pada wanita lain. Apa
lagi bila pasanganya sudah memberi sepenuh perhatian
pada wanita lain. Ini tanda pasangannya sedang bermain
api dengan pihak ketiga. Cemburu wanita lebih bersifat
emosional berbanding cemburu lelaki muncul dengan
sifat ego yang lebih parah.

Cemburu lelaki disebabkan oleh keegoannya,
kerana bila terusik ia akan menjadi sangat marah dan
cemburu, Antaranya penyebab utama perasaan cemburu
lelaki bila pasangannya punya hubungan dengan lelaki
lain.

Lelaki akan cemburu bila lihat pasangannya jalan
bersama, duduk satu kereta atau semeja makan dengan
lelaki lain. Egonya seolah2 miliknya telah dilecehkan
atau direbut pihak ketiga boleh menyebabkan kemarahan
melampau sampai "menghapuskan" kedua-duanya.

Faktor mendorongnya sifat cemburu kerana usia matang
suami isteri hidup bersendiri tidak bercampur dengan
anak-anak kerana masing-masing telah punya kerjaya
dan ada yang sudah berumah tangga.

Dalam suasana hidup kesepian dan kesunyian maka
rangsangan untuk terus mengekalkan keharmonian
rumah tangga perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Yang penting pastikan sisa-sisa umur yang berbaki
dapat diisikan dengan amalan-amalan yang boleh
menjamin keredaan Allah apabila kita meninggal kelak.

************************

ALHAMDULILLAH. BERSYUKURLAH


Bagi sesetengah orang, kehidupan ini mungkin dirasakan
serba mencukupi, sehingga apa pun yang diingini dan
diperlukan boleh diperolehi dengan mudahnya. Tetapi
jangan sesekali berfikir atau merasakan tidak perlu
untuk berdoa kepada Allah swt.

Sebutlah walau dengan "ALHAMDULILLAH" Maha
Suci Allah Tuhan Sekelian Alam.

"Berdoalah kamu (seluruhnya)kepadaku,nescaya
Aku akan kabulkan. Sesungguhnya orang-orang
yang sombong dari meminta kepadaku, mereka
akan masuk ke dalam neraka jahanam dalam
keadaan terhina"

Semuga kita akan terhindar dari segala perbuatan
demikian dan berkeyakinan Allah akan sentiasa
mengabulkan segala permintaan dan permohonan
kita.

***********************

Khamis, 1 Julai 2010

RAMAI LELAKI BUJANG HIDAP STROK.. BETUL KE!






Pagi ni aku rasa aku nak kongsi satu artikel dari majallah kesihatan
yang menceritakan pasal Lelaki Bujang Hidap Strok!.
Mungkin ianya dapat kita kongsi dan dibuat panduan jika ianya
mempunyai fakta2 yang betul.


Buat lelaki yang menolak perkahwinan,

fikirkanlah semula. Studi yang dilakukan

American Stroke Association ke atas

lebih 10,000 lelaki mendapati

risiko mereka diserang strok ini turut

meningkat 64 peratus.




Risiko strok ini turut meningkat

dikalangan lelaki yang perkahwinannya

tidak bahagia.

"Mereka yang berkahwin lebih

mengambil berat kesihatan dan

menemui doktor jika sakit berbanding

orang bujang".

(kajian dari Daniel Lackland, pakar Neurosains dari
Universiti Perubatan South Caroline)


Mmm nampaknya lelaki2 bujang diluar sana korang
kenalah fikir2kan demi masa depan dan juga kesihatan
korang.. mungkin boleh di terima kut pendapat dan
kajian diatas....hehehehe



***************************

Rabu, 30 Jun 2010

SEBUTIR MUTIARA YANG HAMPIR KUSAM





Sejenak terfikir dalam kotak fikiranku
perempuan dikatakan pemuas nafsu
juga dikatakan perosak gelora lelaki
bukankah perempuan itu mengoda dan menawan
kerana pakaian yang dikatakan
menaikkan sahwat setiap mata yang
memandangnya


Betulkah itu ucapan yang dilontarkan!..
andainya benar
aku mungkin tersasar dari ilusiku
hingga ada kalanya
engkau ibarat sebutir mutiara
bergemerlapan indah
membaluti
mempesonakan tubuhmu
mengiurkan mata lelaki
yang memandang

Kini setiap yang
ada pada mu
bak kuntuman bunga mekar
harum mewangi ditaman
hingga ada ketika engkau
akan layu dan gugur
di mamah usang

seorang perempuan
kehormatan dan tingkah laku
bukan tubuhmu untuk dipertontonkan
kelak segala dosa dan noda
pasti akan menjadi darah dan nanah
yang mendidih pedih
untuk balasanmu dimuka pengadilan
yang tidak akan ada lagi
setiap pilih kasih
kerana disana
keadilan pasti luhur.



*********************

HARGA SEBUAH IMAN


Tidak bersyukurkah aku!
apa lagi aku nak kejarkan
semuanya sudah ada
keluargaku bahagia
anak-anakku semua berjaya
kehidupanku aman damai dan harmoni

Jelas kini kerana godaan dan haloba
aku lupa diri dan rasa
aku persis seekor pelanduk yang lupa akan jeratnya
aku juga lupa
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua
kenapa aku jadi begini!

Dimana iman dan takwaku
dimana jati diri dan kekuatan mindaku!
apakah aku sudah jadi sang perindu
atau aku sudah jadi sang penafsu serakah
membuat onar dan huru hara
bedanya aku manusia
aku bukan maksum

tapi kerana apa aku jadi begini
ohhhhhhhh
kini aku mula sedar
kerana semua itu tidak kekal
aku merasakan diri ini
seperti dosaku mengejar diriku
hinaku membunuh imanku
perilaku aku hilangkan takwaku
masih adakah ruang taubat buatku!

kerana kejahilan dan kebodohanku
kenapa aku mudah tertipu
aku takut azabmu
peritnya NERAKAMU
aku mahu diriku di ampuni
dari segala dosa dan noda
ampunilah aku




***********************





Isnin, 28 Jun 2010

BENARKAH TIADA MASA















Kita bersunggut betapa sempitnya masa.
Kita kata tak ada masa nak solat. Kita berikan
berbagai2 alasan yang kita tidak punya masa
untuk bermesra dengan keluarga. Kita beri
alasan sempitnya waktu untuk belajar dan
berbagai perkara, terbengkalai kerana kita
tiada masa.

Namun benarkah kita tiada masa?
Apakah kehidupan kita terlalu penuh?
bagaimana kita mengukur penuh itu?

PENUH itu bermaksudnya tidak ada ruang langsung.
Jika masih ada ruang kita tidaklah katakan sebagai
penuh.

Lemahnya kita kerana tidak menyusun keutamaan
dalam kehidupan. Tidak juga merancang dan menyusun
jadual yang banyak ruangan hidup yang masih kosong.

Firman Allah swt:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian"

(al- Asr: 1-2)

Kehilangan masa adalah antara sifat pergi dan
tidak akan kembali. Sekali terlepas tidak mampu
ditarik semula.

Kehidupan ini sepatutnya diisi dengan ketaatan kepada
Allah swt. Belajarlah bersungguh2 keranaNYA, bekerjalah
dengan amanah keranaNYA, kita melayan anak2 keranaNYA,
membaca Al Quran, menghidupkan jiwa keranaNYA,
Janganlah kata kita tiada masa yang mencukupi
kerana telah diberikan 24 jam sehari itu cukup untuk
kita.


****************************

Ahad, 27 Jun 2010

KEAJAIBAN NIKMAT LISAN (MULUT)


Kerana pulut santan binasa.
kerana mulut badan binasa.
Begitulah pepatah yang menggambarkan
betapa mulut dapat memberi kesan
kepada pelakunya.

Nikmat lisan yang dikurniakan
Allah hendaklah digunakan
dengan sebaik-baiknya, iaitu
menyeru yang makruf dan
mencegah yang mungkar.

Ingatlah, lisan itu
juga dapat menjadi
tiket untuk ke syurga!.


*****************