Rabu, 9 Februari 2011

AZIZAH




Azizah
oh Azizah
indah namamu dimataku
seperti nyanyian Seniman P.Ramlee
Cantek rupamu menawan kalbu
namun
seperti ada tarikan
engkau tahu kelibatku
tapi aku juga tahu isihatimu
kita bagai dipadu
dua jiwa menjadi satu
tatkala aku kesedihan
lantas engkau menjengah aku
kehadiranmu membawa keriangan
terima kasih sahabat
kesedihan ku terubat dengan jenakamu
tapi aku sedar
aku cuma insan kerdil
lalai sementara
syukur aku tidak tersasar
kenalnya aku
erti persahabatan
tidak mengenal sempadan






*************

Selasa, 8 Februari 2011

TERGAMAKNYA ENGKAU MELUKAKAN AKU TEMAN




Ke
sunyian
malam ini
aku terkedu seketika
persis langkah
sang siput merayap perlahan didanau
bila aku lihat engkau
wajah yang sering berada dalam kotak fikiranku
lalu aku masih ingat akan kenangan itu
engkan dan dia ceria berseloka indah
beradap suapan menyapa makanan dimeja
lalu foto ku engkau lakarkan
dalam memorimu untuk kenangan
tapi bagi aku itu cuma pura-pura
kerana prejudisnya engkau tika itu
aku tahu engkau bukan ikhlas
dalam menjalin persahabatan ini
kerana aku juga insan
punya naluri dan perasaan
tatkala aku perasan
yang engkau memang mengambil kesempatan
atas keikhlasan aku
lalu engkau memberikan ruang
bagi aku berfikir panjang
apakah ini sudah tersurat
bahawa engkau bukan seorang kawan
kerana engkau pentingkan harta dan paras rupa
aku sedar
semua itu adalah permainan
yang engkau lakukan
hanyalah melukai
keperitan yang aku tanggung dan kesedihan itu
tidak lagi berharga bagi engkau
menodai kelemahan orang lain
Tapi tidak mengapa
kerana setiap kejadian adalah lumrah
apa yang berlaku adalah suratan
kelak nanti engkau tahu
aku adalah aku
bukan siapa-siapa
aku punya harga diri
bukan untuk diperbodohkan
akhirnya engkau akan mencari
siapa sebenarnya sahabat sejati
Insyaallah
semuga engkau sedar kesilapanmu yang lalu
aku hanya berdoa
muga engkau dirahmati
hidup penuh kegembiraan
bersama keluarga dan taulan
aku ingin berpesan
hargailah hidup ini
kerana kehidupan ini hanya sementara
selagi jasad dikandung badan
perbaikilah diri
jangan memandang orang lain
umpama tidak punya perasaan
semuga dirahmati dunia akhirat
pesananku untukmu
hargailah sikap setia kawan
kerana kecewanya seorang kawan
akan mendatangkan kesan berpanjangan



***********************


MAJLIS PERTUNANGAN ANAK SEDARA DI MARANG TRENGGANU


Sempat shopping di Gerai Warisan Kuala Trengganu






Menginap di Hotel Felda Kuala Trengganu



Pembawa barang-barang hantaran dari pihak lelaki.. anak buah aku lah







Tunangan anak sedara aku



**********************