Jumaat, 21 Mei 2010

WANITA PENTINGKAN WANG, LELAKI PULA PENTINGKAN NAFSU.


Jika statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dijadikan
ukuran, sahlah lelaki tidak pandai mengurus kewangan. Lelaki suka berhutang
tapi tidak pandai melunasinya. Walaupun wanita diketahui hobinya membeli
belah tetapi hutangnya tidaklah separah lelaki. Mereka lebih pintar mengurus
kewangan.

Jangan marah wahai kaum lelaki diluar sana jika dikatakan bahawa kaum
lelaki suka memikirkan tentang seks. Malah ada kajian mendapati mereka
memikirkan seks setiap tujuh minit. Tetapi tidak wanita, perkara utama yang
mendominasi minda wanita ialah wang, bukan seks. Ironinya, lelaki menggunakan
wang untuk tujuan seks atau mengharapkan kepuasan seks. Walaupun masih
perkasa tetapi selalu terpedaya membeli ubat kuat, jamu, madu Arab, minyak herba
dan bermacam lagi ubat kuat.

Aneh, ada pula yang sanggup mengubahsuaikan kejadian Allah supaya lebih mantap
walaupun wang disaku tidak seberapa, dan juga sanggup berhabis wang untuk membeli
seks. Kenapa pula wanita lebih memikirkan wang berbanding seks?. Wanita tidak mampu
kerana selalu bimbang mereka tidak mampu berdikari dari segi kewangan.Umur
mereka pun lebih panjang daripada lelaki. Mereka perlu membuat tabungan awal
dan jumlahnya harus besar. Umur panjang belanja pun makin tinggi. Pokok pangkalnya
wanita perlu berusaha mengumpul wang dari awal agar tidak merana di usia tua.
Munasabahlah apabila minda mereka lebih tertumpu kepada soal wang.

(Menurut Statistik AKPK, dari 2007 hingga Febuari 2010 seramai 25,107 atau 69
peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredi di agensi itu
adalah golongan lelaki)...

...............................................

Tiada ulasan: