Khamis, 20 Mei 2010

BINGGUNG DENGAN KERENAH BAPA YANG GATAL...


Kisah seorang anak yang amat kecewa atas perlakuan bapanya mempunyai perempuan simpanan dan menduakan ibunya..


SAYA berusia 14 tahun, anak sulung daripada lima beradik. Bapa seorang ahli perniagaan berjaya dan ramai wanita cuba menggodanya. Suatu hari, saya terbaca satu mesej yang dihantar seorang perempuan yang menunjukkan mereka sedang berkasihan. Saya kecewa bapa curang kepada ibu, tetapi perkara ini hanya saya dan adik kedua mengetahuinya. Kami tidak memberitahu hal ini kepada ibu kerana takut apatah lagi dia amat menghormati bapa.


Namun, dalam diam, bapa keluar dengan perempuan lain. Saya tidak mahu mempunyai dua ibu. Paling merunsingkan, saya takut perempuan itu hanya mahu mengikis harta bapa.Ibu pasti kecewa jika mengetahui hal ini. Jadi, apa yang patut saya lakukan. Adakah saya perlu memberitahu ibu atau bapa supaya berhenti membuat dosa ini? Perkara ini mengganggu pembelajaran saya,

Kesimpulannya:

Bukan mudah melalui saat-saat sukar mengetahui suami yang disayangi mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Apatah lagi apabila mempunyai seorang isteri yang baik, lemah lembut dan menghormati suaminya. Masalah rumah tangga ibu bapa sering kali membuatkan anak-anak menjadi tertekan dan mengganggu pembelajaran. Perkara ini ada kalanya tidak disedari ibu bapa dan menganggap masalah serta tingkah laku mereka tiada kaitan dengan emosi anak-anak. Yang berlaku adalah sebaliknya. Anak-anak akan cepat merasa sensitif dan terkesan dengan perbuatan ibu bapa dan kurang adil membebankan anak-anak dengan masalah peribadi mereka. Harapan anak-anak ialah untuk mempunyai keluarga bahagia juga berharap ibu dan ayah sentiasa setia dan hidup aman harmoni.


Realiti kehidupan ialah pasangan suami isteri menghadapi pelbagai dugaan kehidupan perkahwinan. Seperti perkahwinan ibu dan bapa , ada yang berlaku curang. Anak-anak merasa takut akan kehilangan kasih sayang ibu bapa jika terjadi sesuatu dalam sistem kekeluargaan seperti berlakunya konflik rumah tangga. Kehadiran orang luar dalam sesuatu keluarga memang boleh menggugat keharmonian.


Wang adalah antara faktor daya penarik kepada sesuatu hubungan. Tidak hairan jika lelaki termasuk suami orang yang banyak wang lebih mudah mendapat teman wanita. Bagaimanapun, tidak tahu sama ada wang adalah punca utama perempuan simpanan mengejar suami orang. Dalam bercinta, banyak faktor lain boleh menyebabkan wanita terpikat dengan seorang lelaki. Ada kerana cinta atau merasakan sudah berjumpa dengan orang dapat mengisi kekosongan diri. Jika benar, teman wanita itu ingin mengikis hartanya, lelaki paling malang kerana tidak dapat membezakan antara cinta sejati atau palsu. Dia juga malang kerana gagal melihat pengorbanan setia isterinya. Apapun jalan yang di pilih, dia bertanggungjawab pada akibatnya.


Jika lelaki itu seorang yang bertanggungjawab dan tidak mahu melihat anak dan isterinya merana kerana perbuatannya pasti dia tidak akan meneruskan hubungan sulit dengan wanita lain. Konflik rumah tangga adalah sesuatu yang perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran oleh pasangan yang menghadapinya. Hubungan sesorang lelaki dengan perempuan simpanannya tidak bermakna dia tidak lagi menyayangi siterinya atau anak-anaknya. Kasih sayang boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Bagaimanapun, sebagai seorang suami, lelaki berlaku curang kepada isterinya, dan tentu isterinya akan merasa kecewa. Orang yang bercinta, tanpa mengira usia, pada waktu itu seperti dirasuk rasa cinta akan hanya dibuai dengan rasa keindahan dan keseronokan. Perkara lain bukannya tidak penting, tetapi kurang diberi perhatian kerana nikmat cinta itu memang indah.


...........................................................


Tiada ulasan: