Isnin, 17 Mei 2010

KEKASIH PAKAI BUANG


Sebilangan gadis sanggup menggadai tubuh menjadi kekasih pakai buang.
Kerana keseronokan berhibur setiap 24jam pada hujung minggu dari
satu pusat hiburan ke pusat hiburan lain demi keseronokan tanpa batas,
dan sanggup pula menjual maruah diri dengan meneguk minuman keras
dan mengambil pil khayal yang popular dengan gelaran pil lendir.

Malang sungguh gadis terbabit sanggup pula bertukar pasangan
setiap minggu asalkan dapat berhibur di pusat hiburan dengan percuma.
Hanya dengan menggoyangkan kepala tanpa henti diiringi muzik bingit
lupa ajaran agama,lupa ibubapa keluarga di kampung halaman kerana
terpengaruh kepada perbuatan maksiat.

Gejala tidak sihat ini menjadi petanda betapa remaja hari ini kian lemas
dengan aktiviti tidak bermoral. Kejadian ini mungkin berlaku di bandar
besar, tetapi tidak mustahil ianya akan berjangkit ke kawasan pinggiran
jika tidak dibendung dengan segera. Sepatutnya remaja ini perlu muhasabah
diri apakah sebenarnya yang mereka cari dalam hidup. Remaja perlu
memikirkan masa depan dan tidak mensia-siakan dengan merosakkan
diri sendiri.


Jangan salahkan pemilik pusat hiburan sahaja kerana menyediakan
pelbagai hiburan melampau, tetapi dalam masa sama kita juga perlu
salahkan diri kita jika terbuai dalam keseronokan yang sementara.
Ibu bapa juga jangan mudah melepaskan anak masing-masing hingga
ada yang tidak pulang kerumah dan memberikan kebebasan konon
anak mereka sudah dewasa dan tahu apa yang dilakukan. Selain dari
kawalan gadis juga perlu ada jati diri yang kuat, didikan agama dan
dekatkan diri dengan perkara kebaikan kerana jika hanyut sukar
untuk kembali ke pangkal jalan.


Sumber Harian Metro Ahad

.....................................

Tiada ulasan: