Ahad, 14 Februari 2010

SEPERTI PENGALAMAN BERAGAMA YANG BARU








Aku menjadi bertambah teruk sehingga 7.00 pagi kerana ia menjadi masa yang paling tidak disenangi untuk hari itu..Tanggal 24hb oktober 2008...Apabila aku dapat tidur aku akan terjaga tidak lama selepas itu dalam keadaan lemas,aku batuk,bersin dan tercungap-cungap untuk mendapatkan udara.Dada aku sakit yang amat sangat dan pedih bagai di hiris-hiris sembilu.. namun aku gagahkan juga untuk membuat sarapan pagi itu.Tapi apakan daya tak disedari aku longlai,lemah tidak berdaya dan hilang ingatan dan lupa dunia sebentar.

Ingatan ku pulih seketika tatkala terdengar suara anak gadis ku yang pertama, sepatutnya aku menghantarnya kerja ke hospital. Memang rutin harianku setiap hari akan menghantar dan mengambil pulang anak gadisku pulang dari bekerja.Hari ini memang aku tak berdaya sangat.' Ibu kenapa bu..ibu pucat nya muka ibu,along bawakan kehospital ya bu.. nanti along suruh kawan along periksa ibu. ibu berdaya tak bangun ni bu'.. itu sahaja lah yang aku dengari suara anak gadisku...Nak berkata-kata pun sakit dadaku.Aku memang malas sebenarnya untuk ke hospital kerana aku rasa sakit ku hanya sedikit sahaja.Desakan anakku akhirnya aku menuruti sahaja kehendaknya.

Di hospital aku diperiksa dengan bermacam-macam peralatan..aku di bawa untuk city scan,ambil darah,ujian air kencing,monogram dan bermacam-macam lagi..hampir satu hari aku diperiksa oleh doktor pakar dihospital..tatkala itu aku sudah pasrah apa yang terjadi aku terima dan redha.Keesokan harinya aku diberitahu oleh anak gadisku bahawa aku di sahkan mengalami kompilasi jantung,, Jantung berlubang... aku tau sebenarnya penyakit ku ini memang telah lama aku hidapi cuma aku malas hendak mengambil pusing dan memikirkan sakit ku ini.

Aku cuma mendiamkan diriku dan merasa penyakit ku akan sembuh juga akhirnya jika aku tidak memberikan tekanan dan memikirkannya secara serius.Hampir sebulan aku di bawah pengawasan doktor namun akhirnya pada 24hb November 2008 aku telah di bawa ke Institute Jantung Negara untuk membuat pembedahan menampal lubang pada jantungku.Aku bukanya apa.. disebabkan kos perubatan yang sangat mahallah maka aku tidak mengambil endah akan penyakitku. Bila dah teruk macam ni terpaksalah aku lalui juga pembedahan penampalan jantung (ASD).

Ketika mana aku dirawat di IJN aku rasa terharu sangat akan keperihatinan anak-anakku. Wajah mereka sangat sedih dan murung,mereka takut apa-apa akan berlaku keatas diriku bila pembedahan itu dilakukan... maklumlah risikonya tinggi bila ianya berkaitan dengan fungsi jantung.Aku berkata' hanya Allah penentu segalanya, jika ibumu selamat dalam pembedahan ni syukurla dan jika Allah tetap akan mengambil nyawa ibu kamu semua kenalah pasrah dan terimalah kehendaknya ya anak-anakku'

Rasa ketakutan yang amat sangat memang ada pada aku ,kerana kalau Allah mencabut nyawaku semasa pembedahan ini,aku masih belum bersedia lagi,bagaimana amalanku belum cukup untuk aku menghadapi soal jawab di dalam sana kelak.Aku tau sakitnya siksaanmu ya Allah dan aku tahu pembalasan amalanku masih sekelumit cuma, masakan kematian ku tidak tertanggung nya ya Allah. Aku berdoa muga Allah tetap memanjangkan usiaku ini..

Tetap pada pukul 1.00 tengahari aku dibawa ke bili bius untuk menidurkan ku.. berdetup detap jantung ku kencang, risaunya tuhan sahaja yang tahu, aku membaca apa yang aku ingat masa itu.. selang tak berapa lama selepas itu aku hilang pedoman dan tidak mengigati apa-apa lagi... agaknya hampir senja iaitu dalam pukul 7.00 malam baru aku sedar.. itupun masih dalam mimpi yang panjang... apakah aku masih hidup lagi!.. oh tuhan.. aku bersyukur sangat padamu kerana engkau masih memanjangkan usiaku.. Anak-anak dan suamiku berada disisiku ketika itu.. juga adik beradik serta ipar duai ku pun turut bersama. Ya Allah aku sangat menghargai kehidupanku... walaupun aku masih kesakitan tapi aku gagahi juga untuk bangun tapi tidak juga berdaya.

Oh betapa sakitnya kesakitan ini yang aku terima.. aku redha ya Allah.. dan seketika itu aku lupa dan tersedar kembali keesokan harinya... kesakitan masih terasa pilu dan pedih didadaku.. namun kesakitan ini tidaklah seteruk semalam... rupa-rupanya anak-anakku menceritakan malam tidurku aku dibuai mimpi dan berkata-kata seperti aku akan meninggalkan mereka.. Memang payah dan sukar untuk aku mengucapkan sesuatu... namun aku tahu kesakitan ini Allah berikan ujian padaku.

Oh tuhan,Engkaulah yang memberikan segala kekuatan dan ketabahan dalam diriku ini. Hanya Engkaulah tempatku berserah.

Ya Allah, Engkau tutupkan mataku,
Dari memandang kesengsaraan hibaku
hanya sekelumit waktuku dengan segala
keindahannya,
Engkau maha satu yang tak bakal lepas
sedikitpun dari denyut nyawaku
Bila Engkau kusebut
Lembut,damai dan sejuk
hiba dan sendu

Sejak permulaan malam kedini hari
sampai subuh menghampiri
Tidak bisaku tanggung kepedihan
tatkala itu aku tahu
bahawasanya hanya Engkaulah
penyelamat jiwa ragaku
dari segala kesengsaraan ini

Aku melihat
orang-orang menjadi tamuku
sementara mereka menyaksikan
kepayahanku untuk terus
gagah dan berdaya
namun mereka tidak tahu
derita batinku ini
tiada dapat diubati
walaupun segunung emas permata
tidak ku sangsikan
pada Allah tempatku
menyerahkan segala keperitan

Dunia hanya sementara dan terlalu
fana.Hidup perlu diteruskan
untuk kesinambungan tanggung jawabku
pada amanah yang diberikan
kerana aku takut
kecewa dan hampa dialam yang lebih
kekal abadi.

Hanya padamu Ya Allah
ampunilah aku
jadikan aku insan yang engkau
lindungi dari segala kemarahanmu
tiada dua dan tiga hanya engkau yang satu
dan Muhammad adalah pesuruhmu
Jadikanlah aku orang mensyukuri nikmatmu
dan jauhkan aku dari kekufuran ya Allah.

Semuga hidupku selalu didalam keredhaannya......

Tiada ulasan: