Sabtu, 20 Februari 2010

PERJALANAN DAN KEPANJANGAN HARI


Berlalu tirai malam nan lesu
aku mendakap sayu
fikiranku menerobok ke alam fantasi
memikirkan situasi apakah aku
boleh diyakini atau dihargai
tatkala aku mengimbau harian tulisanku
aku cuba..terus cuba menjejaki hari
keadaan yang indah buatku

Ada satu nota terungkai
mengharapkan imbalan dari usaha sejengkal
payah aku mentafsirkan
makna tersirat dan terkandung dalam firasatku
apakah aku orang yang di percayai
menjana idea dan harapan
Ohhhh sulit untuk ku perkatakan
namun mungkin kepercayaan dan keikhlasan
aku buntu memandang dunia
yang tak lepas bakal sedikitpun
dari denyut nadi nyawaku

Bila engkau kusebut
lembut,damai,sayu nan pilu
dalam kelopak wajahku yang rindu
sejak permulaan malam mendatang
sampai hampir subuh tidaklah mataku yang rindu
ingin terpejam buat seketika waktu
kerana engkau
sentiasa ku kenang
di sebalik pandang mata hatiku
bahawa engkau adalah insan
yang tak bisa ku gambarkan
begitu mulia hati dan perasaan
kelembutan bicara mu
terkedu dalam keraguan

Andailah ini takdirku
aku pasrah dan aku rela
menerima seadanya
penghormatan yang diberikan
amat ku hargai
tetapi satu pinta darimu
aku tidak lah sesempurna mana
ucapanku hanya layak dipermainkan
tapi aku tahu inilah tanggung jawabku
akan ku hargai dan akanku pupuk
seandainya kesilapanku
tidak lagi boleh diperbaiki
buangkan jauh-jauh dan campaklah
kedalam lorong yang bisa menghilangkan
nota-nota nanarku

Wahai insan... insan yang dianugerahkan
keistimewaan dari yang maha kuasa
aku kagum, aku sanjung dan aku hargai
inilah sahaja harapanku
moga dikau terimalah aku yang seadanya
Maaflah kiranya
aku hanyak insan kerdil
jadikan aku yang baik
pada mu ku harapkan
tunjuk ajar dan panduan
Moga aku akan jadi insan
yang berdiri diatas kejujuran
dan teruskan perjuangan yang masih
belum selesai...............


1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

sekalung bicara.

hati yang terbuka untuk menerima seseorang kembali dalm hidup kita adalah bersifat ANUGERAH.

MUGA TIADA KELUHAN DAN RESAH GELISAH YANG MEMBADAI JIWA LAGI.
MUGA TERUS BAHAGIA,
SALAM ZEZA