Jumaat, 17 Jun 2011

ADAKAH MASIH PUNYA PERASAAN!!!!



Sifat manusia kadang-kadang berubah
menanggis,ketawa,berduka,murung dan ceria
rupa juga memberi emosi
sinis,garang,benci,marah dan bosan
hampir dalam diri insan
biarpun jiwa ini cuba mengatasinya
namun sekelumit dendam pasti ada
sudah puas
menanggung sengsara dan kepedihan
dari mula hingga kini
perubahan tidak pernah ujud
cuba untuk menjadi insan yang redha
tapi sampai tika
kesabaran dan ketakwaan ini
tidak ujud dalam diri
engkau meraunglah sekuat hatimu
engkau menanggislah sepuas hatimu
biar bara menjadi abu sekalipun
sifat dan ego nya tidak berubah
andai dikata binatang pandai menjaga anak
jangan samakan dia seperti itu
kerana insan itu punya hati dan perasaan
ingin dibelai dan dimanja
penuh kasih dan sayang
penuh rasa dihargai walau sekelumit cuma
cubalah engkau pandang ke hadapan
apakah hidupmu tiada sesiapa sebelum ujudnya kamu
siapa yang mengasihi dirimu
sifatmu bagai orang yang tiada pertimbangan
engkau merasa hidupmu dipandang mulia
Harus diingat
setiap keegoaan mu pasti ada
insan yang akan mencemuhmu
yang meludah dan membuangmu
pasti engkau rasa dipinggirkan
ingatlah setiap perbuatanmu
lambat laun akan diduga keatas dirimu kelak
cuba lah menjadi orang yang punya hati dan perasaan
seburuk mana sifat insan
hanya DIA yang menentukan kebaikan
jangan ingat kita adalah yang terbaik
buangkan keegoaan mu
buangkan dan buangkan jauh jauh


************************


1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

gambar ni ganas dan kejam.klau jahat sgt dia ni cucuk dgn jarum je. atau cubit antara dua kuku...pedih tu........
gurau je yong......
ego: mereka rasa ego kerana mwreka berada diawangan yong.suatu hari pasti menjunam ego itu.tak payah yang besar2.andai kata dua lubang hidung menjadi satu sudah cukup membuat mereka itu sedar diri.