Rabu, 15 Jun 2011

ALAM


Alam
mungkin engkau punya ruang
kehidupan masih dalam lingkungan
jesteru engkau akan melihat
kehidupan berbagai
nikmat dan kedamaian
tapi ada juga kepahitan dan kesengsaraan
andai kebahagian mendatang
betapa indah alammu itu
bahagia dan derita tidak luput
Alam
andainya engkau tahu
insan juga adalah nyawa
pasti mereka kasih dan punya cinta
ada perasaan dan jiwa
punya naluri dan rasa
namun sadisnya perasaan itu
kerana sering disalah anggap
Alam
ruangmu amat luas
namun masih ada yang terbatas
menyusur laluan yang getir dan pahit
terlalu sempit untuk dilalui
amat sukar untuk di terokai
namun kerana engkau
kehidupan perlu diteruskan
seperti meniti lorong yang berapi
pedih,panas dan membahang
Alam
Jika engkau tahu
isimu tidak sempurna
pasti engkau akan menanggisi kepedihan itu
duka dan nestapa
tidak terbendung
laluilah kehidupan ini
walaupun perit dan lara
mestipun engkau wahai Alam tidak berdosa
kerana engkau adalah tempat insan-insan bersendiwara
melakunkan lakunan carca marba
akhirnya engkau
Alam
punah jua menampung dosa dan noda
oleh pencipta-pencipta durjana


***************************

Tiada ulasan: