Sabtu, 8 Januari 2011

PENGHUJUNG KEHIDUPAN KITA..BAGAIMANA YA..

Semalam aku memandu kereta menghala ke Bandar Seremban, sedang leka memandu aku terlihat sebuah kereta telah melanggar seekor kucing, kesian binatang itu mati begitu sahaja tanpa di pedulikan oleh sesiapan pun. Bagaimana pula jika kita ini sebagai seorang manusia yang mati dilanggar oleh kereta tersebut.. aku rasa tidak akan dibiarkan begitu sahaja malah akan diambil tindakan undang-undang dan akan di sabitkan kesalahan pasti di dakwa kerana membunuh dengan sengaja dan memandu dengan cara merbahaya.

Bukan apa, bila aku terlihat kematian kucing, binatang yang tidak tahu apa-apa kerana kecuaian kita, . aku terus teringatkan satu pesanan dan cerita dari seorang ustaz yang mengajar aku mengenai kematian.

SUARA YANG DIDENGARI MAYAT.

Yang akan ikut mayat ada tiga hal iaitu:

1) Keluarga
2) Hartanya
3) Amalnya

Cuma dua yang kembali dan satu tinggal bersamanya iaitu:

1) Keluarga dan hartanya akan kembali
2) Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.

Ketika roh kita meninggalkan jasad... terdengarlah suara dari langit memekik!.

"Wahai fulan anak si fulan... Apa engkau yang telah meningalkan dunia, atau dunia
yang telah meninggalkan engkau. Apakah engkau yang mengumpulkan harta
kekayaan, atau kekayaan yang telah mengumpul engkau, apakah engkau yang
telah mengubur di dunia, atau dunia yang telah menguburkan engkau..".

Ketika mayat tergeletar akan dimandikan.. terdengar dari suara memekik!.

Wahai fulan anak si fulan... mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini
terkulai lemah, mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa engkau tiada bersuara
,mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa,
mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib!"..

Ketika mayat siap dikafan.. suara dari langit terdengar memekik!..

"Wahai fulan anak si fulan.. berbahagialah apabila engkau bersahabat dengan
redha. celakalah apabila engkau bersahabat dengan murka Allah.

Wahai fulan anak si fulan.. kini engkau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun
jauh tanpa bekal, engkau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya,
dan kini engkau tengah safar sebuah tujuan yang penuh pertanyaan!".

Ketika mayat diusung..terdengar dari langit suara memekik!..

Wahai fulan anak si fulan... berbahagialah apabila amalmu adalah kebaikan,kebahgiaan
apabila matamu di awali taubat, berbahagia apabila hidupmu penuh dengan taat".

Ketika mayat siap disalatkan..terdengar dari langit suara memekik!..

"Wahai fulan anak si fulan... setiap pekerjaan yang engkau lakukan kelak engkau
lihat hasilnya di akhirat apabila baik maka engkau akan melihatnya buruk".

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat..terdengar suara memekik dari langit!.

"Wahai fulan anak si fulan...apa yang telah engkau siapkan dari rumah engkau
yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini!".
"Wahai fulan anak si fulan... dahulu engkau tertawa, kini dalam perutku engkau
menangis. Dahulu engkau bergembira, kini dalam perutku engkau berduka.
Dahulu engkau bertutur kata, kini dalam perutku engkau bungkam seribu bahasa".

Ketika semua manusia meninggalkanmu sendirian... Allah berkata kepadanya..

"Wahai hambaKU..Kini engkau tinggal seorang diri tiada teman dan tidak kerabat
di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. Mereka pergi meninggalkanmu.. seorang
diri, padahal kerana mereka kau pernah melanggar perintah Aku hari ini..AkanKU
tunjukkan kepada mu kasih sayangKU yang engkau takjub seisi alam. Kasih sayangKU
lebih dari kasih sayang seorang ibu bapa kepada anaknya".

Allah swt telah berfirman..

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas
lagi diredhaiNYA. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKU yang baik dan
masuklah ke dalam JannahKU".

Rasulullah saw juga bersabda...

Dalam sebuah hadisnya yang lain, " Cukuplah mati menjadi pelajaran bagimu".

TELADAN:

Semuga kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani
kehidupan ini, disamping bahan renungan untuk kita semua yang mungkin terlalu
leka dengan pekerjaan harian. Luangkanlah waktu sejenak untuk kita muhasabbah
diri kita, kerana kadang-kadang kita sering lalai dari mengingatiNYA disebabkan aktiviti
seharian yang selalu mencuri konsentrasi kita. Kita seolah-olah lupa dengan sesuatu
yang kita tahu bilakah kedatangannya..sebahagian dari kita merasakan ianya kematian
itu amat menakutkan. Semuga kita menjadi insan yang sedar dan kita tidak tahu bagaimana penghujung kehidupan kita nanti... Subhanallah..



******************

1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

salam yong.
saya telah membaca buku itu dan sesungguhnya ia amat memberi kesan yang mendalam.
sebenanya sewaktu roh kelua dari badan hanya kita yang masih mendengar suara suara itu sedangkan kita tidak berdaya lagi.kita melihat jasad kita dan sanak saudaa kita.waktu itu baru kita menshukuri atau menyesali.......