Rabu, 5 Januari 2011

MASIH ADAKAH RUANG UNTUK KU!!!



Dipenghujung nyawa ini
bukan ada apa-apa yang istimewa lagi
bukan juga ruang untuk bersenang lenang
tiada lagi gurauan senda mu
tiada lagi senyuman nan menawan
tiada lagi kata yang lembut indah
juga tiada lagi ungkapan mesra dan sahdu dari mu
Hari-hari berlalu sepi tanpa kata
pagi hingga sore tiada bayangan kemesraan
menjelma sekadar terpaksa
biasan dirimu ku lihat kelam
kian hilang kian pudar ditelan kegelapan malam
Malam semakin lesu
titik embun membasahi segenap ruang
semakin lama kian lencun
tidak dapat di tolak untuk menahannya
seakan-akan dunia ini ditimbusi kemusnahan
aku sedar kini
ruang untuk ku di hargai telah tiada
amarahmu kadang-kadang buatku jelak
tidak pernah sedikit pun engkau letakkan
keadilan dalam diri ini
bagi mu aku adalah musuhmu
lalu di lontar dikejauhan sudut
tiada makna... apa yang aku perlakukan selama ini
semuanya bagimu omongan
kemelut kian nyata
seperti lenyap dengan
deruan air yang mengalir lesu
memuntahkan segala isi dasarnya
memintal keasyikan panorama yang kian musnah
akhirnya aku kini pasrah
tidak bisa untuk ku ulangi semula
segala kenangan manis diwaktu lampau
kerana kini aku telah hanyut dalam kekecewaan
baik aku membawa kehidupanku sendiri
aku hampir kecewa pada janji
aku benci pada kata yang muluk dari bibir munggilmu
persis kata orang yang mungkir
kerana kemungkiran itu bagi aku adalah lambang keegoaan
engkau prajudis bagi aku
engkau egoes
terimalah..aku kini sudah mula melupakan
semakin lama semakin kelam duniaku
engkau buatlah kehendak dirimu
kerana aku adalah aku
bukan siapa-siapa......



***************

Tiada ulasan: