(ini bukan sajak
hanya himpunan kata-kata
yang sentiasa membawa makna
dua atau tiga
andai kau masih anggap ia sajak
maka ia menjadi sebuah sajak
jika tidak ia masih kata-kata
untuk kita singkap
dan memilih erti dan makna
ini bukan sajak
ia sekadar pernyataan
dan pemberitahuan
bahawa aku masih ada
dan mampu menulis kata demi kata
sebagai satu isyarat
supaya engkau juga tau
aku masih mampu
menghela nafasku
ini bukan sajak
namun jika aku sudah lama tidak menulis
maka engkau harus khuatir
bahawa takdir telah memutuskan rindu
dan aku bagai angin berlalu,
jika engkau tidak menerima khabar
pasti angin lebih bijak menyimpan rahsia
menyimpan bau setanggi
dan haruman bunga-bunga )
Entah mengapa,
aku perhatikan setiap bait-bait sajak dari Bro Azam,
aku merasakan inilah satu dari puisinya yang amat bermakna,
bagi aku puitis sekali ungkapannya
MAAFKAN AKU WAHAI BRO AZAM
Kerana menerobos karyamu
dan aku menyalin semula pada laman blog aku
aku amat menghargai
aku amat berterima kasih
dik kerana BRo Azam la maka
SEKALUNG BICARA SETITIS TINTA
terlakar segala idea yang hanya nukilan usang
Walaupun blog aku hanyalah
curahan dan isihati aku
dan tidak punya apa-apa
keistimewaan.
Tapi aku berbangga kerana biarpun
hanya blog picitan atau blog poyo2 aje
Aku masih tetap sampai bila-bila
menghargai dan menyayanginya
sehingga saat aku tidak berdaya
meluahkan dan melakarkan
segala isi hati untuk SBST ini.
Lalu aku masih punya rasa
aku tidak pernah akan melupakan
setiap jasa dan pengorbanan dari
hasil usaha dari Bro Azam....
Setitis tinta tidak pernah lupa
sehingga saat ini sekalung bicara
sentiasa berdoa padaNYA
muga Bro Azam sentiasa dilimpahi
keberkatan dan kurniaan kesihatan
dan dipermudahkan dalam setiap urusan
Insyaallah, setiap jasa dan budimu
hanya Allah swt sahaja yang membalasnya.
****************************************
Entah mengapa,
aku perhatikan setiap bait-bait sajak dari Bro Azam,
aku merasakan inilah satu dari puisinya yang amat bermakna,
bagi aku puitis sekali ungkapannya
MAAFKAN AKU WAHAI BRO AZAM
Kerana menerobos karyamu
dan aku menyalin semula pada laman blog aku
aku amat menghargai
aku amat berterima kasih
dik kerana BRo Azam la maka
SEKALUNG BICARA SETITIS TINTA
terlakar segala idea yang hanya nukilan usang
Walaupun blog aku hanyalah
curahan dan isihati aku
dan tidak punya apa-apa
keistimewaan.
Tapi aku berbangga kerana biarpun
hanya blog picitan atau blog poyo2 aje
Aku masih tetap sampai bila-bila
menghargai dan menyayanginya
sehingga saat aku tidak berdaya
meluahkan dan melakarkan
segala isi hati untuk SBST ini.
Lalu aku masih punya rasa
aku tidak pernah akan melupakan
setiap jasa dan pengorbanan dari
hasil usaha dari Bro Azam....
Setitis tinta tidak pernah lupa
sehingga saat ini sekalung bicara
sentiasa berdoa padaNYA
muga Bro Azam sentiasa dilimpahi
keberkatan dan kurniaan kesihatan
dan dipermudahkan dalam setiap urusan
Insyaallah, setiap jasa dan budimu
hanya Allah swt sahaja yang membalasnya.
****************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan