Jumaat, 18 Jun 2010

SEPOTONG AYAT





Kalau sudah kebencian beraja dihati
kekufuran ditaati

Hati penuh kesumat
jalan terang tidak dilihat
kecundang juga engkau
dikelangkang dosa

Batinmu penoh dendam
mengatakan aku sebagai penghalang
lihat lah dirimu
bersihkan hati nuranimu
kejam dan takbur
itu yang sukar engkau campakkan

Hidupmu ibarat telor di hujung tanduk
sadarlah wahai umat
andai rohmu pergi tanpa kerelaan
tetapi engkau leka
ikut la rasmi padi
usahlah rasminya lalang
engkau akhirnya akan rebah jua.



Satu pesanan " Aku tinggalkan dua perkara di dunia ini
yang mana jika kamu ikuti keduanya maka kamu akan
selamat yakni al-Quran dan Sunnah"

Sabda Rasullullah s.a.w





........................................................

.

Tiada ulasan: